Make your own free website on Tripod.com

Meninjau Ke Arah mana hala tuju Kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat marhain Sabah...jangan dok lihat kelemahan pembangkang sahaja, sila pastikan keberkesanan  tanggungjawab kerajaan di Sabah..


KOTA BELUD :
Ketiadaan surau di Kampung Siring Bukit, Pulau Mantani di sini memaksa umat Islam mengerjakan sembahyang berjemaah di padang kampung berkenaan setiap Hari Raya 'Aidi Fitri sejak beberapa tahun.

Masalah ketiadaan surau di kampung tersebut sudah dialami penduduk kira-kira lima tahun lalu bila surau yang lama roboh akibat angin kencang.

Penduduk kampung tiga jam perjalanan but dari daratan Kg Kuala Abai, 10 km dari sini mendakwa masalah surau itu telah berkali-kali disuarakan kepada pihak berkuasa dan pihak berkenaan pula telah herjanji akan menunaikan permintaan penduduk tetapi sehingga kini belum ada tindakan lanjut dilakukan.

Selain itu, pihak berkuasa juga telah memberi harapan kepada wakil penduduk dengan mengarahkan kakitangan mereka melawat kampung berkenaan sambil meminta orang kampung menunggu sahaja.

Penduduk juga mendakwa, baru-baru ini wakil dari kampung berkenaan telah pergi menagih dan meminta bantuan yang telah dijanjikan, namun tetap tidak menerima apa-apa jawapan malah pihak berkuasa seperti tidak ingin menunaikan permintaan tersebut.

Seorang penduduk, Norsha Hj Ukuk, 36, berkata setiap tahun mereka menunggu dan terus menunggu, namun segala janji yang diberikan tidak pernah sampai.

“Selama ini, kami terpaksa menunaikan hari-hari kebesaran lslam dengan penuh kepayahan dan ketidakselesaan. Contohnya, Hari Raya baru-baru ini, kami terpaksa menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri di tengah padang kampung ini dan begitulah yang berlaku sejak lima tahun lalu.

Betapa daifnya kampung kami pada ketika ini, mungkin penduduk di kampung yang lain selesa menunaikan ibadah tersebut tetapi kami di sini pula sebaliknya.

"Lima tahun kebelakangan ini saya lihat, beberapa kampung di daerah ini sudah mengalami perubahan, mempunyai segala kemajuan yang cukup, namun kampung kami tidak punya apa-apa kemajuan.

“Hendak mempunyai kemudahan awam pun susah, apalagi hendak memiliki surau yang sebuah itu pun susah ditunaikan, hanya janji-janji kosong saja yang diberikan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Rasad Hlj Abdul Rahman, 40, berkata mereka amat payah menunaikan sembahyang jemaah kerana terpaksa membersihkan padang di kampung berkenaan setiap kali ingin bersembahyang akibat keadaan padang yang kotor dipenuhi najis kambing dan lembu.

Penduduk di kampung berkenaan terpaksa membersihkan padang tersebut pada setiap menjelang malam takbir raya untuk kemudahan penduduk apabila mengerjakan sembahyang sunat Aidilfitri.

Wakil penduduk memang telah berkali-kali datang nenemui pihak berkuasa tetapi tidak pernah ada jawapan malah pihak mereka juga telah memberikan alasan bahawa kampung kami tidak mempunyai jumlah pernduduk yang rama.

"Namun, bagi kami itu bukanlah satu alasan yang baik untuk mengelakkan diri daripada menunaikan janji kerana itu adalah kewajipan dan tugas mereka dalam memajukan sesuatu kawasan dan penduduk tenipatan. Lagipun itu adalah
misi dan harapan dalam pemerintahan, " katanya.

Sehubungan itu, penduduk berharap agar pihak-pihak tertentu akan dapat mengambil tindakan wajar kerana ini adalah demi masa depan dan kemajuan rakyat terutama di kampung berkenaan.


Sumber : Berita Sabah, Edisi 24-31 Januari 2002 (ms 2)