UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
KAWASAN
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 

 
 
 

 

 

 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
KETUA MENTERI SABAH: KENAPA BERNARD DOMPOK 

Special Report  
Jumaat 10 Safar 1419/5 Jun 1998  

Oleh ANN WAN SENG  

PERLANTIKAN Tan Sri Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri (KM) Sabah yang baru menggantikan Datuk Yong Teck Lee bukanlah sesuatu yang luar biasa biarpun ia sedikit mengejutkan.  

Ini kerana nama beliau sememangnya telah disebut- sebut sebagai KM yang baru bagi mewakili masyarakat bumiputera yang bukan beragama Islam.  

Selain daripada Bernad Dompok, terdapat lagi seorang calon yang turut disebut akan menggantikan Yong Teck Lee.  

Beliau ialah Datuk Joseph Kurup.Malahan adalah tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Joseph Kurup mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dilantik sebagai KM Sabah yang baru berdasarkan reputasi, kewibawaan, pengalaman dan senioritinya dalam kerajaan.  

Justeru itu, ramai menjangka dan meramalkan bahawa Joseph Kurup sudah hampir pasti akan dilantikmengisi jawatan KM Sabah dalam sistem giliran yang diperkenalkan oleh BN negeri sejak tahun 1994.  

Mengikut sistem ini, KM dilantik secara bergilir mengikut komposisi tiga kaum terbesar di negeri Sabah iaitu bumiputera Islam, Kadazan-Dusun dan Cina. Tun Sakaran Dandai merupakan KM pertama dilantik di bawah sistem ini sebelum digantikan oleh Datuk Salleh Tun Said setahun kemudian.  

Walaupun Umno merupakan parti yang terbesar dan mempunyai keanggotaan yang paling ramai dalam kerajaan tetapi sistem giliran telah memberi ruang kepada pemimpin parti-parti yang kecil untuk menduduki jawatan KM.  

Di antara pemimpin minoriti yang paling bernasib baik ialah Yong Teck Lee kerana berpeluang menduduki jawatan sekalipun partinya, SAPP hanya menang dua buah kerusi dalam pilihanraya negeri 1994.  

BN nampaknya tidak mempunyai pilihan lain kecuali menunaikan segala janji yang telah dibuat bagi memastikan sokongan yang berterusan dari parti-parti kecil ini.  

Tanpa sokongan tampuk pemerintahan daripada parti yang pemimpin oleh Datuk Pairin Kitingan itu.  

Dalam pilihan raya negeri 1994, PBS menang dengan majoriti yang kecil tetapi cukup untuk membentuk kerajaan.  

Bagaimanapun kerajaan yang dibentuk itu hanya dapat bertahan selama dua minggu sahaja sebelum ditumbangkan oleh "penghijrahan" secara esar-besaran sebahagian pemimpinnya ke dalam BN.  

Di antara pemimpin yang bertanggungjawab menghancurkan kerajaan PBS ialah Joseph Kurup, Bernard Dompok dan Jefrey Kitingan.  

Joseph Kurup menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sementara Bernard Dompok pula menaja penubuhan Parti Demokratik Sabah (PDS).Parti-parti itu menyertai BN negeri sebagai sebahagian daripada anggota komponennya.  

Jadi, sudah sewajarnya BN membalas jasa para pemimpin tersebut dengan memberikan mereka peluang untuk menduduki jawatan tinggi dalam kerajaan negeri termasuk KM Sabah.  

Meskipun timbul beberapa masalah di peringkat awal perlaksanaan sistem giliran ini tetapi nampaknya sistem itu telah berjalan dengan lancar dimana peralihan kuasa yang berlaku serta perlantikan KM yang baru tidak menimbulkan sebarang perbalahan yang serius.  

Biarpun politik Sabah pernah dikejutkan dengan perletakan jawatan oleh Timbalan Ketua Menterinya, Abdul Ghafur pada akhir tahun 1997 tetapi kekecohan itu kembali reda setelah beliau menarik semula surat perletakan jawatannya itu.  

Walaupun politik Sabah kelihatan tenang di permukaan tetapi di dasarnya sentiasa berlaku pergolakan termasuk pemilihan KM yang baru bagi mengganti Yong Teck Lee.  

Dalam pemilihan KM Sabah yang lepas, tidak timbul masalah mencari pemimpin yang berwibawa.  

Tetapi dalam pemilihan kali ini, terdapat dua calon yang mempunyai pengaruh dan kelayakan yang tidak jauh bezanya di antara satu sama lain.  

Dari segi personaliti dan penerimaan di kalangan parti komponen BN negeri, dilihat Joseph Kurup mengatasi Bernard Dompok. Namun kalau hendak diukur dari segi kekuatan parti dan kemampuan menghadapi parti PBS, Bernard Dompok tidak syak lagi  
merupakan pemimpin yang lebih sesuai ditampilkan sebagai KM.Dalam BN negeri, parti PDS yang dipimpin oleh Bernard Dompok merupakan parti yang kedua terbesar dengan mempunyai 11 anggota dalam Dewan Undangan Negeri.  

PBRS pula yang hanya memiliki dua buah kerusi sahaja. Pun begitu, itu bukan merupakan sandaran utama dalam pemilihan serta perlantikan KM di Sabah.  

Kriteria yang mungkin dipertimbangkan oleh BN dalam memilih Bernard Dompok sebagai KM Sabah yang baru ialah kemampuan untuk membantu BN mengekalkan  
pemerintahannya di negeri bawah bayu itu.Ini kerana perkembangan politik yang berlaku di negeri Sabah dewasa ini menunjukkan tanda-tanda kebangkitan semula PBS sebagai parti yang bakal dan boleh menggugat kedudukan BN negeri dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun 1999 ini.  

Keyakinan Jerfey Kitingan ke dalam PBS setelah gagal mengambil alih tampuk kepimpinan parti AKAR.Datuk Jefrey Kitingan dikatakan sedang giat merancang dan  
memantapkan kedudukan PBS bagi menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang.  

Jadi BN akan sekali lagi berdepan dengan ujian yang getir dan kerana itu KM yang dipilih itu perlulah mampu mewujudkan perpaduan dikalangan parti komponen di samping mendapat sokongan serta kepercayaan daripada rakyat Sabah khususnya masyarakat  
Kadazan-dusun yang memainkan peranan penting serta sering menjadi kuasa penentu dalam percaturan politik di negeri tersebut.  

Samada pemilihan dan perlantikan Bernard Dompok sebagai KM yang baru adalah tepat ataupun tidak bukan merupakan suatu yang penting lagi.  

Apa yang lebih penting lagi ialah jawatan KM yang disandangnya akan menghadapkan Bernad Dompok kepada ujian dan cabaran yang besar yang tidak pernah dihadapi oleh KM-KM Sabah yang lain.  

Beliau hanya mempunyai tempoh masa tidak sampai setahun untuk membuat percaturan dan perancangan untuk memastikan kerajaan yang dipimpinnya akan kekal untuk tempoh masa lima tahun lagi.  

Jika tidak kerjaya Bernard Dompok akan berakhir sebagai KM yang paling singkat sejarah politik negeri Sabah.