UTAMA
Pengenalan
Sejarah
Kepimpinan
Dewan
Projek
Aktiviti
Kenyataan Rasmi
Buku Pelawat
 
 

 
 
 

 

 

 

Halaman ini diterbit 
Center Of  IT Developement
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 14, Lorong 12, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
MEMORANDUM MEMBANTAH PENAJAAN DAN IKLAN SYARIKAT MINUMAN KERAS (CARLSBERG) DALAM SUKOM 98

4 Jun 1998 
Kepada :  

YBHG JEN (B) TAN SRI HASHIM MOHD ALI    9 Safar 1419 
Pengerusi SUKOM Ninety Eight Sdn Bhd. 

YBhg. Tan Sri, 

MEMORANDUM MEMBANTAH PENAJAAN DAN IKLAN SYARIKAT MINUMAN KERAS (CARLSBERG) DALAM SUKOM 98 

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) membantah sekeras-kerasnya penglibatan syarikat-syarikat pengeluar minuman keras dan semua barangan atau 
perkhidmatan yang bertentangan dengan Islam dalam menganjur Sukan Komanwel akan datang.Sehubungan dengan itu DPP Pusat juga merasa amat kesal dengan pihak yang mengiklan jenama arak - Carlsberg - di merata tempat di negara ini.DPP Pusat meminta pengurusan SUKOM Ninety Eight Sdn Bhd untuk 
membatalkan penglibatan sebarang syarikat atau pihak penganjur / pengiklan atau bentuk-bentuk penglibatan yang lain di mana pihak-pihak berkenaan menjual 
barangan atau memberi perkhidmatan yang bercanggah dengan syari`at Islam. Ini termasuk antaranya syarikat penjual arak dan syarikat judi. Dengan itu 
penglibatan Carlsberg Sdn Bhd sebagai penganjur mestilah dihentikan serta-merta. 

Kami juga menuntut supaya SUKOM Ninety Eight Sdn Bhd membuang kesemua iklan Carlsberg yang mempromosikan Sukan Komanwel pada September ini.Sebarang penganjuran, penajaan dan pengiklanan perkara haram sepertiminuman keras akan membentuk minda yang tidak sihat di kalangan umat Islam dan rakyat Malaysia dan ianya akan  menambah parahkan lagi gejala sosial yang sedang berlaku. 

DPP Pusat ingin memberi ingatan kepada pihak pengurusan SUKOM Ninety Eight Sdn Bhd bahawa sekiranya enggan membuat demikian ia pasti akan mengundang kemarahan umat Islam negara ini.Sekiranya pihak SUKOM Ninety Eight Sdn Bhd masih berkeras dengan sikap membelakangkan sentimen umat Islam tidak mustahil umat Islam dan rakyat yang prihatin akan memulau sukan ini nanti.DPP Pusat juga merasa amat kesal dengan sikap SUKOM Ninety Eight Sdn 
Bhd kerana langsung tidak prihatin dengan perasaan umat Islam seolah-olah negara ini tidak dihuni oleh mereka. Sedangkan zionis Yahudi pun amat sensitif dengan sebarang isu yang memberi kesan negatif kepada bangsa itu seperti mana dalam isu bantahan 
duta Israel di Thailand terhadap pengiklanan jenama coklat di televisyen Thai yang mempaparkan gambar Hitler baru-baru ini. Apakah Islam lebih rendah 
martabatnya berbanding Zionis Yahudi yang dilaknat Allah itu? Perlu diingatkan bahawa sensitiviti umat Islam adalah berasaskan perintah yang jelas di 
dalam Al Quran tentang haramnya arak dan judi. 
DPP Pusat sekali lagi menuntut pihak SUKOM Ninety Eight Sdn Bhd mengambil tindakan segera untuk menolak penganjur-penganjur Sukan Komanwel 
terdiri dari kalangan syarikat pengeluar arak, judi dan yang lain yang bertentangan dengan 
Islam.  

Sekian wassalam. 

“BERTEKAD MENCAPAI KEMENANGAN” 

Yang benar, 

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR 
Naib Ketua