UTAMA
Pengenalan
Sejarah
Kepimpinan
Dewan
Projek
Aktiviti
Kenyataan Rasmi
Buku Pelawat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Halaman ini diterbit 
Center Of  IT Developement
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 14, Lorong 12, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
KENYATAAN MEDIA 


(4 Jun 1998/9 Safar 1419) 

PROGRAM FRANCAIS MATRIKULASI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN KAITAN DENGAN DASAR PENGKORPORATAN IPTA (RUJUKAN KHAS PROGRAM ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA) 
 

Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP Pusat) memandang serius permasalahan yang timbul dari isu   Program Francais Pengajian Matrikulasi di IPTA khususnya program Asasi Sains Universiti Malaya. Isu yang berbangkit ialah mengenai ‘ketelusan’ program Asasi 
Sains universiti tersebut yang telah menimbulkan keresahan serta kepayahan kepada pelajarserta ibubapa yang terlibat. Kami telah mendapat maklumat bahawa pelajar-pelajar tersebut telah ‘dipawah’ kepada beberapa buah kolej swasta dalam keadaan yang amat mencurigakan. 

Antara perkara yang berbangkit ialah; 
Tiadanya maklumat yang jelas bahawa pelajar-pelajar yang akan di ambil oleh pihak UM dan IPTA yang lain  akan ditempatkan di beberapa buah IPTS yang telah 
dipawahkan. 

Perbezaan kos pengajian yang rata-rata terlalu tinggi berbanding dengan program yang di kendalikan sendiri oleh pihak UM. Adalah difahamkan bahawa kos 
di IPTS adalah diantara RM8,000 hingga RM10,000 berbanding dengan hanya RM3,000 setahun di 
UM. 

Bayaran penempatan tempat tinggal yang terlalu tinggi di mana kebanyakan anak Melayu bumiputera tidak mampu menampungnya. Kami mendapat maklumat 
bahawa ada IPTS yang dipawahkan ini, telah menempatkan pelajar-pelajar di Kondominium 
yang mengenakan bayaran sewa bulanan RM250 seorang. 
 
Ada di antara IPTS yang dipawahkan ini tidak mempunyai kemudahan yang memuaskan. 
Malahan ada juga tempat pengajian di rumah-rumah kedai sahaja yang tidak menampakkan susana pembelajaran sebagai tempat pengajian. Begitu juga 
dengan tenaga pengajar yang sememangnya tidak setanding dengan tenaga pengajar yang sedia ada di 
UM. 

DPP Pusat melihat isu yang berlaku di Pusat Asasi Sains di UM ini adalah sebahagian dari kesan ‘Dasar Pengkopratan IPTA’  dan liberalisasi pendidikan yang 
sedang rancak berlaku di negara kita sekarang ini. Dasar ini didokong oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang dikatakan bagi kepentingan anak bangsa Melayu. Tetapi jelas, apa yang sedang berlaku adalah disebaliknya, yang menjadi mangsa kepada dasar ‘memperniagakan pendidikan’ ini adalah ibubapa anak-anak Melayu Bumiputera sendiri yang rata-rata miskin dan hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. 

DPP Pusat menegaskan bahawa pendidikan adalah pelaburan negara untuk jangka masa panjang yang tidak boleh diniagakan. Ia merupakan satu kerugian kepada negara sekiranya mereka yang bijak tidak dapat melanjutkan  pelajaran kerana dibelenggu 
oleh kemiskinan akibat daripada liberalisasi pendidikan. 

Sekali lagi DPP Pusat ingin menegaskan bahawa apabila sistem pendidikan di perdagangkan oleh golongan yang berkepentingan, maka akibatnya rakyat miskin khususnya bangsa Melayu yang akan menjadi mangsa. Kami ingin menggesa semua pihak yang terbabit agar mengkaji kembali dasar yang berbentuk ‘aniaya dan menipu’ anak-anak Melayu Bumiputera dan rakyat miskin yang benar-benar dahagakan pendidikan yang sempurna. 

Sekian Wassalam. 

“BERTEKAD MENCAPAI KEMENANGAN” 

Yang benar, 
 
HAJI MAHFUZ HAJI OMAR 
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat