Make your own free website on Tripod.com
HARAKAH : PAS Sabah Giatkan Aktiviti

Berusaha lahirkan pimpinan berkualiti

PAS Sabah giatkan aktiviti

 

Tawau: Dewan Ulama' PAS Sabah yang baru didaftarkan berjaya menganjurkan Tamrin Qiyadi sulungnya di Tawau baru-baru ini bagi mempergiatkan aktivitinya. 
Barisan pimpinan dewan ulama pas sabah bergambar bersama jawatankuasa pengelola tamrin qiyadi sabah
Tamrin yang dirancangkan khusus untuk barisan kepimpinan PAS kawasan Tawau di semua peringkat itu telah dijalankan selama tiga hari dan tamat pada 13 September lalu. 

Menurut Ketua Dewan Ulama' PAS Sabah, Ustaz Harun Haya, Dewan Ulama' PAS Sabah telah merangka gerak kerja tarbiyyah yang drastik untuk membawa perubahan dan peningkatan kepada kualiti kepimpinan PAS di negeri ini. 

 

"Usaha gerak kerja ini adalah serius. Tiada istilah sambil lewa atau main-main di dalam kerja-kerja memperjuangkan Islam,"tegasnya. 

Beliau juga menjelaskan, Tamrin Qiyadi itu merupakan salah satu agenda penting yang dilaksanakan ke seluruh Sabah. 

"Selepas ini banyak lagi agenda penting akan menyusul bagi membawa arus perubahan kepada umat Islam di Sabah," tambahnya. 

Menurut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang juga Setiausaha Dewan Ulama' PAS Sabah di antara objektif Tamrin qiyadi itu ialah untuk mempersiapkan para petugas jamaah PAS dalam semua aspek khususnya di segi amal jama'ie dan wawasan kerja." 

Sebanyak tujuh kertas kerja dibentangkan dan dikupas secara terperinci di dalam tamrin berkenaan. 

Beberapa resolusi penting telah dipersetujui oleh semua peserta untuk dilaksanakan selepas tamatnya tamrin tersebut.