Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
PROJEK
AKTIVITI
KENYTAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
PAS BUKAN PARTI EXKSTRIM  


HARAKAH Isnin, 24 Jun 1998 

Mursyidul Am PAS tegaskan 
Oleh ISMAIL HASHIM 

ARAU:  PAS bukanlah sebuah parti ekstrim sehingga menyebabkan  sebilangan anggota masyarakat di negara ini takut untuk menyokong parti tersebut, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. 

Menurutnya, tanggapan itu perlu dikikis dari minda masyarakat dengan menilai sendiri apa yang dilakukan oleh PAS di Kelantan. 

" PAS telah membuktikan selama lapan tahun memerintah Kelantan hal tersebut (ekstrim) tidak berlaku, sebaliknya situasi di Kelantan berjalan dalam suasana aman dan tenteram. "Tidak pernah berlaku sebarang perkara melampau, ekstrim dan sebagainya yang dilakukan PAS terhadap masyarakat bukan Islam di Kelantan," tegasnya. 

Beliau menambah, ekstrim bukan budaya PAS kerana Islam  mengajar aktivisnya jangan melakukan kezaliman kepada orang lain tetapi hendaklah menyuruh berlaku adil kerana ia 
lebih dekat kepada takwa. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah  di Kampung Bongor Kudung, Dun Sanglang dalam Parlimen Arau. 

Hampir 10 ribu orang hadir dalam majlis tersebut.Mursyidul Am menjelaskan, perjuangan PAS adalah untuk membawa masyarakat kepada suasana hidup yang mendapat keredaan 
Allah. 

Lantaran itu katanya, agenda PAS adalah untuk mencipta suasana kehidupan masyarakat seperti dikehendaki Islam sama ada dalam politik, sosial, budaya dan ekonomi. 

Sehubungan itu tegasnya, tiada sebab bagi masyarakat Islam di negara ini menolak PAS yang mempunyai kehendak dan dasar perjuangan yang begitu mulia dan murni. 

"Itulah sebabnya pertembungan antara PAS dan Umno berlaku dan akan terus berpanjangan selagi Umno tidak mengambil Islam sebagai dasar perjuangan. PAS sedia 
bekerjasama kalau Umno kembali kepada Islam," ujar menteri besar. 

Katanya, masyarakat juga hendaklah sedar perjuangan PAS menentang dasar Umno berbeza dengan perjuangan parti politik di Barat.Ini kerana perjuangan Islam bukan 
bermatlamat untuk membolot harta benda atau ingin menjadi 'orang besar'. 

Sebaliknya, jelas beliau, PAS ingin membetulkan masyarakat Melayu khususnya agar kembali semula kepada Islam dan memohon petunjuk Allah SWT. 

 Turut menyampaikan ceramah adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. 



Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik ialah Mursyidul 'Am PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan.