Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 
Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
SABAH DAN PILIHAN RAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI 


 
Sambungan muka depan.. 

Sabah adalah negeri yang mencatat kewujudan parti-parti politik yang terbanyak sekali di Malaysia samada ianya berpengkalan di Semenanjung Malaysia mahupun berpengkalan di negeri Sabah itu sendiri. 

Sabah juga negeri yang mencatat rekod perpindahan politikus parti yang paling kerap sekali di Malaysia.Dalam beberapa tahun sahaja, individu politik tersebut boleh bertukar dalam beberapa parti dan ada juga akhirnya kembali kepada parti politik asal.Misalnya adik bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, bermula PBS-> PDRS (tidak diluluskan) -> AKAR Bersatu -> akhirnya kembali kepada PBS.Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Haris Salleh, bermula dengan USNO-> Berjaya -> UMNO -> dan kini memimpin parti BERSEKUTU.Dan ramai lagi. 

Sabah juga negeri yang mencatat pertukaran kerajaan yang paling kerap sekali di Malaysia.Bermula dengan kerajaan Sabah Alliance  (USNO-SCA-UPKO; 1963 - 1976), Kerajaan Berjaya (1976 - 1985), Kerajaan PBS (1985 - 1994) dan sekarang Kerajaan pimpinan UMNO (1995 - ??). 

Dari segi rekod pusingan kerajaan Sabah yang lepas , setiap parti pemerintah hanya mampu bertahan selama  2 penggal dan kemudiannya tumbang.Apakah senerio ini terus berlaku di Sabah selepas ini ? 

Maka apakah masa depan Kerajaan BN yang ada terutamanya parti politik daripada kaum kadazan-dusun seperti PDS,PBRS mahupun parti cina seperti LDP, MCA, Gerakan mahupun parti berbilang kaum seperti AKAR ?? 

Ada pendapat, hanya UMNO dan PBS sahaja benar-benar mampu bertahan dan mendapat sokongan rakyat Sabah.Manakala sokongan masyarakat cina adalah berdasarkan arus dan perkembangan politik sekitar. 

Malah ada pendapat juga, PAS mempunyai potensi besar di negeri Sabah dalam beberapa tahun akan datang.Bumiputera Islam tidak mempunyai alternatif memandang parti yang ada tidak mempunyai asas kekuatan dan ketahanan dalam masa jangka panjang.Maka selain daripada UMNO, PAS adalah alternatif masyarakat Sabah khususnya Islam. 

Kesimpulannya, pilihanraya Sabah kali ini akan memberi beberapa jawapan kepada kita iaitu :- 

1. Bertahankah kerajaan BN melalui semangat "Power Sharing"  dan "Smart patnership" ?? 
2. Bertahankah PDS, PBRS dan AKAR khususnya meraih simpati dan sokongan masyarakat KDM. 
3. Dapatkah  PBS berkuasa semula ? Sekiranya PBS kalah masa depan PBS mungkin akan menjadi seperti apa yang berlaku kepada USNO pada tahun-tahun sudah. 

Kemana politik Sabah menjelang abad 21 ini sebenarnya masih samar dan sukar diramalkan.Masing-masing ingin terus mencuba nasib dan beradu di pentas pilihanraya.Seperti apa yang diperkatakan oleh Dr. Jefrey Kitingan baru-baru ini, "pilihanraya Sabah kali ini akan menentukan masa depan politik Sabah".Jawapannya hanyalah pada Tuhan dan rakyat Sabah itu sendiri. 
  
Selamat mengundi.