UTAMA
Pengenalan
Sejarah
Kepimpinan
Dewan
Projek
Aktiviti
Kenyataan Rasmi
Buku Pelawat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Halaman ini diterbit 
Center Of  IT Developement
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 14, Lorong 12, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
PERJUANGAN BELUM SELESAI


Rabu 24 Jun 1998  
        
        KOTA BHARU, Selasa - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan belum tiba masanya untuk beliau         melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar atau bersara daripada politik selagi kedudukan Umno, khususnya di negeri ini masih kuat dan utuh.

        Beliau berkata, perjuangannya bersama parti itu belum selesai sehingga berlaku perubahan menyeluruh dalam politik Umno di Kelantan.

        "Saya hanya akan undur (daripada politik) apabila Umno menjadi koyak rabak," katanya di majlis makan        malam dan sesi ramah mesra meraikan wartawan tempatan di kediaman rasminya, di JKR 10, di sini malam tadi.

        Hadir sama, Ahli Exco, Abdullah Yaakub dan Hassan Muhammad; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri,Abdul Fatah Harun.

        Konvensyen Umno Kelantan pada 30 Mei lalu meluluskan resolusi mendesak Nik Abdul Aziz meletakkan
jawatan kerana didakwa gagal mentadbir kerajaan negeri.

        Beliau bagaimanapun menolak sama sekali usul itu dan berazam untuk terus memimpin negeri ini sambil        menyifatkan ada segelintir pihak tidak senang hati, selagi beliau terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar.

        Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, selagi Umno terus wujud dan dilihatnya mempunyai         kekuatan, beliau seolah-olah mendapat suntikan semangat untuk terus berjuang menentang parti itu.

        Mengulas mengenai hubungannya dengan Timbalannya, Abdul Halim Abdul Rahman, beliau tidak menafikan memang wujud perbezaan dari segi pendapat dan gaya dalam pentadbiran.

        "Memang setiap orang (pemimpin) mempunyai perbezaan pendapat dan corak kepemimpinan. Beliau         (Abdul Halim) jika berucap gemar menggunakan angka dan statistik tetapi jika ucapan yang disediakan oleh Setiausaha Akhbar saya memasukkan perkara yang sama, saya akan buang.

        "Tiada manusia mempunyai persamaan 100 peratus malah Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir        Mohamad mengakui (dalam Perhimpunan Agung Umno) ada perbezaan dengan Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penggunaan bahasa," katanya.

        Mengenai bidang tugas wartawan, Nik Abdul Aziz berkata kedudukan dan tanggungjawab mereka adalah         setaraf dengan `tok guru' (ulama) terutama dalam membentuk minda dan mendidik masyarakat.

        "Wartawan seharusnya bertanggungjawab terhadap tulisan yang dihasilkan kerana mereka akan dipersoalkan di akhirat kelak," katanya.

        Sehubungan itu, beliau mahu wartawan membuat laporan sebenar dan tidak memutarbelitkan fakta sebenar sehingga menggelirukan khalayak pembaca.

        Ditanya mengenai cadangan untuk mengisi dana negara, Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri sedia        membantu Kerajaan Pusat berhubung perkara itu.

        "Kutipan bagi mengisi tabung itu mungkin boleh dibuat melalui acara ekspo yang akan diadakan di negeri ini," katanya.



Datuk Nik Abdul Aziz Nik MAt ialah Mursyidul 'Am PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan