e-pas.sabah
Perhidmatan Elektronik PAS Sabah

"Saya tidak hendak pembangunan membuta tuli. Jaga rakyat kerana dalam Islam perkara yang paling berharga ialah manusia. Tanah, logam, bijih dan petroleum adalah barang harga murah. Yang paling mahal sekali ialah manusia. Saya bertanggungjawab menjaga manusia Kelantan lebih daripada saya menjaga pembangunan dan sebagainya.".
TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

   BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
BERSAMA MENEGAKKAN KEADILAN

laman utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
ALAMAT KAWASAN
KENYATAAN RASMI
MAKLUMAT
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
New Sabah Times
Borneo Post
Sarawak Tribune

    

 

Dapatkan waktu Solat di http://www.solat.net/
   
Gambar demostrasi membantah konsert keranamu Malaysia bersebelahan masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas.

PAS SABAH OnLine

  • Sudahkah anda menjadi PAS ?
    Cara-cara menjadi ahli PAS
  • Memahami dan mengenali perjuangan PAS
  • Aduan MASALAH ?
    Kami sedia membantu anda
  • Kemusykilan Agama ?
    Tanyalah kepada merela yang tahu

Hantar E-mail sekarang kepada kami di alamat seperti dibawah.

BERITA SEMASA


KENYATAAN RASMI

PAS SABAH DESAK SESB HORMATI KONTRAK RAKYAT

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Sabah atau PAS Sabah merakamkan perasaan kesalnya diatas sikap tidak berperikemanusiaan pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) yang telah didalangi oleh segelintir pemimpin UMNO Sandakan yang begitu rakus mengaut kekayaan diatas keperitan dan penderitaan masyarakat Kg. BDC, Kg. Perpaduan dan Kg. Muhibbah.

Sejarah hitam yang pertama kalinya berlaku dizaman pemerintahan UMNO/BN dan tidak pula pernah berlaku dizaman kerajaan yang lepas dimana pihak SESB, yang majoriti sahamnya dipegang oleh Kerajaan, telah bertindak memutuskan bekalan letrik keatas lebih 800 buah rumah di ketiga-tiga kampung berkenaan.
berita selanjutnya

 

Link berkaitan

Serangan bom rambang ke atas umat Islam Filipina dibidas
TAWAU, Sabah, 19 Sept (Hrkh) - PAS Sabah hari ini mengutuk tindakan tentera Filipina melancarkan serangan bom ke atas kawasan penduduk Islam di selatan negara itu berikutan peristiwa penculikan oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf di perairan Malaysia baru-baru ini.
Berita selanjutnya

PAS SABAH DAN NGO BANTAH KONSERT KERANAMU MALAYSIA DI SEBELAH MASJID BANDARAYA
KOTA KINABALU, – PAS SABAH telah mengadakan satu demosntrasi secara aman di masjid bandaraya bagi membantah tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh UMNO mengadakan konsert Kerana Mu Malaysia bersebelahan Masjid Bandaraya.Konsert Kerana Mu Malaysia itu diadakan bersempena majlis penutupan Hari Merdeka baru-baru ini.

Jarak tapak konsert Kerana Mu Malaysia hanyalah 200M dari Masjid Bandaraya dan ianya sudah tentu akan mencemarkan kesuican masjid sebagai rumah Allah dan tidak sensitif perasaan umat Islam yang sedang bersembahyang atau beriktikaf.

Tindakan kerajaan Barisan Nasional jelas menunjukkan sikap yang bertentangan mereka kononya UMNO adalah parti yang memperjuangkan Islam khususnya di Sabah.

Diakhir demo tersebut, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Sabah, Tuan Hj Wan Azhar Wan Ahmad cuba menyampaikan nota bantahan kepada Tuan Yang Terutama, Tun Hj. Sakaran Dandai namun ianya dihalang oleh para pengawal peridbadi beliau.

Tururt berucap pada majlis itu ialah Ketua Penerangan PAS Sabah sdr Dr Datu Bandira Datu Alang.

PAS ANJUR IJTIMA PAS SABAH YANG PERTAMA
KOTA KINABALU 2 sept– Badan Perhubungan PAS Sabah telah berjaya menganjurkan ijtima PAS Sabah buat pertama kalinya di negeri ini. Ijtima yang menghimpunkan seluruh ahli PAS di negeri Sabah telah memberikan satu azam dan tekad untuk memperkukuhkan lagi kekuatan PAS sebagai sebuah parti alternatif dengan berganding bahu bersama parti-parti Barisan Alternatif di Sabah.

Sementara itu juga, Dewan Mulimat PAS Sabah telah menganjurkan program amal nisa' yang bertempat di PASTI Amal Kg. Likas.

Manakala di sebelah malam telah diadakan siri ceramah perdana di salah sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kota Kinabalu.

DIARI 
Akan menyusul

Dikemaskini
28 september2000
Laman web PAS Sabah akan diterbitkan sebulan sekali. Namun demikian ianya akan dikemaskini dari masa kesemasa. -webmaster 

HAK ANDA !

 

 

  


LAMAN INI DITERBIT DAN DISELENGGARAKAN
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan terus kepada pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED, 1997-2000