Make your own free website on Tripod.com

e-pas.sabah
Perhidmatan Elektronik PAS Sabah

   BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
BERSAMA MENEGAKKAN KEADILAN

laman utama

PENGENALAN
SEJARAH
AKTIVITI
ORGANISASI
   Badan Per hubungan
INFO PAS
HYPERLINK

PAS Pusat

Net.Team
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Elektronik Sabah (e-gov) 

akhbar borneo

Daily Express
New Sabah Times
Borneo Post
Sarawak Tribune

    

 

Dapatkan waktu Solat di http://www.solat.net/

SAMBUTAN JUBLI EMAS
PERINGKAT NEGERI SABAH
Tarikh : 28 & 29 July 2001
Tempat : Padang Tg. Aru Beach

PROGRAM

- Seminar PEMIKIRAN POLITIK SEMASA BERJAYA Palace Hotel) - Ceramah (Hongkod Koisan) - AqiqahPerlawanan Bolasepak persahabatan antara kawasan - Aturcara Muslimat
TETAMU : YB. Mohd Sabu, YB. Dr Syed Azman, Hj Ahmad Subky Latif

HUBUNGI
Setiausaha Sambutan Jubli Emas Peringkat Negeri Sabah, Hanifuddin di alamat Peti Surat 15770, 88867 Kota Kinabalu, Sabah.
(Tel: 088-767400/019-8334382/Fax:088-262746)


CERAMAH YB MOHD SABU

Tarikh: 28.07.2001 (Sabtu)
Masa: 2.00 p.m. - 5.30 p.m
Tempat: Dewan BALLROOM, Hotel Sanbay (Sandakan)


 

Kekalahan BA kuatkan lagi semangat PAS Sabah
oleh Narsam Findi
harakahsabah@hotmail.com

KOTA KINABALU, 24 Julai (Hrkh) - Kekalahan Barisan Alternatif (BA) yang diwakili oleh calon Keadilan tidak akan melemahkan semangat PAS untuk terus berjuang sehingga kemenangan mutlak Islam menjadi kenyataan di bumi di bawah bayu ini.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr. Haji Datu’ Bandira Datu’ Alang berkata, rakyat perlu sedar bahawa PAS memperjuangkan idealisme Islam bukan sogokan kebendaan seperti yang di bawa dan dicanangkan oleh parti-parti lain.

"PAS bukan hanya sebuah parti politik tetapi juga badan dakwah. Kekalahan BA langsung tidak melemahkan kita. Proses memberi kefahaman tentang Islam dikalangan rakyat Sabah bukan sahaja perlu diteruskan, tapi ditingkatkan lagi, sehinggalah Islam menjadi pemerintah dan bukan diperintah," jelas beliau.

Beliau menyifatkan kempen Barisan Nasional (BN) agresif sehingga ke saat-saat akhir pengundian merupakan salah satu faktor kekalahan teruk pembangkang dalam pilihanraya kecil Dun N13 Likas.

Ini boleh dilihat disetiap peti undi, perayu-perayu undi BN yang kebanyakannya dari luar lebih ramai berbanding dengan perayu undi Keadilan dan PBS hingga menyebabkan perayu pembangkang gagal menemui pangundi saat akhir.

"Pengundi muda mungkin tidak terpengaruh dengan taktik ini, tapi bagaimana dengan pengundi tua terutamanya di saluran satu," jelas beliau kesal.

Keputusan pilihan raya kecil itu, menunjukkan tahap kefahaman berpolitik rakyat di Dun Likas masih di tahap lama dan tidak berani untuk membuat perubahan seperti yang dilakukan di Kelantan dan Terangganu.

"Faktor wang (kebendaan) menjadi taruhan untuk menambat hati pengundi," kata beliau "dan PAS tidak akan terpengaruh untuk turut mengikut taktik ini dan akan melawan arus."

Katanya lagi, faktor calon pembangkang mungkin menjadi ukuran pengundi yang telah menyebabkan peratusan keluar mengundi hanya 52.95 peratus (2001) jika dibandingkan pada pilihanraya negeri pada 1999 lalu iaitu, 68.25 peratus.

Sementara itu, kekalahan calon BA juga disebabkan kongkongan berlebihan Barisan Nasional (BN) terhadap hak pembangkang untuk bersuara.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pengundi di Likas sukar untuk mendapatkan maklumat yang jelas kerana tidak diberi peluang berbuat demikian.

"BN menggunakan secara berleluasa media massa termasuk elektronik dan pelbagai kemudahan kerajaan lain," katanya.

Dalam pilihanraya kecil itu, calon BN, Datuk Yong Teck Lee (9,758 undi) mengatasi tiga calon lain iaitu, PBS, Dr. Chong Eng Leong (2,217 undi), Keadilan, Liew Chin Jin @ Christina Liew (1,724 undi) dan bebas, Joshua Kong (50 undi) dengan majoriti 7,541 undi.

 

 

Dikemaskini
25 July 2001
Laman web PAS Sabah akan diterbitkan sebulan sekali. Namun demikian ianya akan dikemaskini dari masa kesemasa. -webmaster 

PAS SABAH ONLINE

  • Ingin jadi ahli PAS ?
  • Memahami dan mengenali perjuangan PAS
  • Aduan MASALAH ?
  • Kemusykilan Agama ?

Mat-Salleh e-groups

E-mail terus ke pas_sabah@yahoo.com

  


LAMAN INI DITERBIT DAN DISELENGGARAKAN
Unit eknologi Maklumat,
Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah

Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan terus kepada pas_sabah@yahoo.com
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED, 1997-2001