Make your own free website on Tripod.com

e-pas.sabah
Perhidmatan Elektronik PAS Sabah

"Saya tidak hendak pembangunan membuta tuli. Jaga rakyat kerana dalam Islam perkara yang paling berharga ialah manusia. Tanah, logam, bijih dan petroleum adalah barang harga murah. Yang paling mahal sekali ialah manusia. Saya bertanggungjawab menjaga manusia Kelantan lebih daripada saya menjaga pembangunan dan sebagainya.".
TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

   BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
BERSAMA MEMBINA SABAH YANG ADIL, AMAN DAN MAKMUR

laman utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
POLITIK
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
New Sabah Times
Borneo Post
Sarawak Tribune

    

 

Dapatkan waktu Solat di http://www.solat.net/
   
Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari Signall Hill. Di sinilah PAS Sabah dilahirkan pada tahun 1986. selanjutnya

PAS SABAH OnLine

Subscribe to Mat Salleh Net
Nota : Untuk ahli PAS sahaja

200 ahli UMNO Tunku sertai PAS

LAPORAN WAKIL IT KAMI DI LAHAD DATU

LAHAD DATU, 4 Mac – PAS Kawasan Silam (Penaja) mencatat sejarah apabila buat julung kalinya berjaya menganjurkan majlis penerangan di Felda Tunku, Lahad Datu. Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Tunku telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, saudara Hamzah Hj. Abdullah.

Beliau yang juga merupakan Yang DiPertua (penaja) PAS Kawasan Libaran telah menceritakan tentang sejarah penubuhan PAS Sabah dan pahit getir beliau sendiri dalam usaha meletakkan PAS di hati rakyat Sabah. Dengan sambutan yang diberikan, beliau amat yakin PAS akan berjaya memerintah Sabah suatu hari nanti.

Menurut Tuan Hj. Hussin, Ketua Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Tunku bahawa masyarakat Tunku kini sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan apa-apa lagi daripada UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.Beliau yang juga yang juga bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Kawasan Silam, memberitahu betapa UMNO dan Barisan Nasional hanya pandai menabur janji setiap 5 tahun sekali bagi merubah nasib para peneroka di sini.

Walau bagaimanapun, keadaan mereka tidak banyak berubah sejak puluhan tahun dahulu. Menurut setiausaha Jawatankuasa penaja PAS cawangan Tunku saudara Yusof , kini mereka sedar bahawa PAS adalah satu-satunya wadah yang benar-benar memperjuangkan Islam dan membela nasib rakyat. Ini terbukti setelah berjaya memerintah dua negeri Kelantan dan Terengganu

Sehubungan dengan itu, rata-rata penduduk mencadangkan agar majlis penerangan seperti itu sering diadakan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat kampung, kerana mereka selama ini tidak mendapat maklumat yang tepat tentang perjuangan sebenar PAS.

Di akhir majlis tersebut, Tuan Haji Hussin telah menyerahkan 200 borang ahli baru cawangan Tunku kepada Saudara Hamzah dan beliau menyatakan masih ramai yang berminat untuk menyertai PAS.

KENYATAAN AKHBAR 

FIKRAH
DR DATU BANDIRA DATU ALANG
PAS Dan Masa Depan Rakyat Sabah
Dari awal lagi memang saya menjangkakan bahawa saya akan dipecat daripada Umno. Jangkaan saya itu tepat sekali apabila Tan Sri Khalil Yaakub, Setiausaha Agung Umno baru-baru ini mengumumkan nama ahli-ahli Umno yang dicadangkan untuk dipecat kerana menjadi calon atau penyokong parti pembangkang.

DIARI 
Ijtima' Qurban Aidil Adha 1420
Anjuran Dewan Ulama PAS Sabah
Tarikh 18 Mac 2000 (Sabtu) bertempat di PASTI Al Iman, Tuaran.
Penyertaan adalah RM 200 untuk satu bahagian
Berminat sila hubungi
pas.sabah@usa.net

Dikemaskini 10 Mac 2000 

HAK ANDA !

 

 

  


Laman ini diterbit dan diselenggara oleh
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

E-Mail: pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED

Sign My Guestbook

View My Guestbook