Make your own free website on Tripod.com

Selamat Menyambut Awal Muharam

e-pas.sabah
Perhidmatan Elektronik PAS Sabah

"Saya tidak hendak pembangunan membuta tuli. Jaga rakyat kerana dalam Islam perkara yang paling berharga ialah manusia. Tanah, logam, bijih dan petroleum adalah barang harga murah. Yang paling mahal sekali ialah manusia. Saya bertanggungjawab menjaga manusia Kelantan lebih daripada saya menjaga pembangunan dan sebagainya.".
TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

   BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
BERSAMA MEMBINA SABAH YANG ADIL, AMAN DAN MAKMUR

laman utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
POLITIK
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
New Sabah Times
Borneo Post
Sarawak Tribune

    

 

Dapatkan waktu Solat di http://www.solat.net/
   
Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari Signall Hill. Di sinilah PAS Sabah dilahirkan pada tahun 1986. selanjutnya

PAS SABAH OnLine

Untuk Ahli PAS Sahaja

 

KEMENANGAN KITA SERAHKAN KEPADA ALLAH, YANG PENTING "USAHA" - YDP PUM PUSAT
TUARAN, 18 Mac – Ustaz Abdul Ghani Samsudin meminta umat Islam khususnya di Sabah melipatgandakan usaha untuk membina kekuatan umat Islam bagi menghadapi cabaran alaf baru. Beliau merupakan Yang Dipertua Persatuan Ulamak Pusat, telah menggariskan 20 saranan ulamak terkenal iaitu Al Marhum Abu Hassan An Nadwi dimana umat Islam hendaklah memantapkan keimanan daripada hakisan fahaman maddiyyah pada masa kini.

"Umat Islam juga mesti mengutamakan wahyu daripada akal, mengukuhkan hubungan dengan Al Quran, memperkemaskan hubungan dengan sirah nabawiyah serta memperkukuhkan amalan-amalan rohaniah seperti membaca ma'thurat, zikir munajat, sembahyang sunat dan sembahyang malam", ujar beliau

Ustaz Abdul Ghani juga menyarankan agar umat Islam memanfaatkan IT dengan meningkatkan kemahiran pengguasaan IT dan menjadikan IT sebagai saluran berkomunikasi berkesan.

"Laman Web yang ada hari ini menyediakan banyak maklumat Islam malah kita boleh mendengar bacaan ayat suci Al Quran secara terus dan siaran TV Qatar yang disampaikan oleh ulamak terkenal Yusuf Al Qardawi"

Majlis yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Sabah ini turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, sdr. Hamzah Abdullah, Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah, YDP-YDP Pas Kawasan serta ahli PAS di pantai Barat Selatan. Bersempena dengan majlis tersebut, telah diadakan Ijtimak Qurban disamping 2 ekor lembu korban.

200 AHLI UMNO TUNKU SERTAI PAS
LAHAD DATU, 4 Mac – PAS Kawasan Silam (Penaja) mencatat sejarah apabila buat julung kalinya berjaya menganjurkan majlis penerangan di Felda Tunku, Lahad Datu. Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Tunku telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, saudara Hamzah Hj. Abdullah.
Berita selanjutnya

KENYATAAN AKHBAR 

FIKRAH
DR DATU BANDIRA DATU ALANG
PAS Dan Masa Depan Rakyat Sabah
Dari awal lagi memang saya menjangkakan bahawa saya akan dipecat daripada Umno. Jangkaan saya itu tepat sekali apabila Tan Sri Khalil Yaakub, Setiausaha Agung Umno baru-baru ini mengumumkan nama ahli-ahli Umno yang dicadangkan untuk dipecat kerana menjadi calon atau penyokong parti pembangkang.

DIARI 
Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah
Tarikh : 30 April 2000
Tempat : Hotel Millenium Tawau
Sebarang permasalahan bolehlah dirujuk kepada saudari Sri Wahyuni Bunari (089 766803) ATAU Pn. Zaiton Ahmad (088 751887)

Muktamar Dewan PAS Negeri Sabah
Tarikh : 22 April 2000
Tempat : Belum ditentukan
Tetamu : Sdr. Hanipa Maidin, AJK Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dikemaskini 30 Mac 2000 

HAK ANDA !

 

 

  


Laman ini diterbit dan diselenggara oleh
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

E-Mail: pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED

Sign My Guestbook

View My Guestbook