Make your own free website on Tripod.com

e-pas.sabah
Perhidmatan Elektronik PAS Sabah

"Saya tidak hendak pembangunan membuta tuli. Jaga rakyat kerana dalam Islam perkara yang paling berharga ialah manusia. Tanah, logam, bijih dan petroleum adalah barang harga murah. Yang paling mahal sekali ialah manusia. Saya bertanggungjawab menjaga manusia Kelantan lebih daripada saya menjaga pembangunan dan sebagainya.".
TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

   BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
BERSAMA MEMBINA SABAH YANG ADIL, AMAN DAN MAKMUR

laman utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
ALAMAT KAWASAN
KENYATAAN RASMI
MAKLUMAT
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
New Sabah Times
Borneo Post
Sarawak Tribune

    

 

Dapatkan waktu Solat di http://www.solat.net/
   
Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari Signall Hill. Di Kota inilah PAS Sabah dilahirkan pada tahun 1986. selanjutnya

PAS SABAH OnLine

Hantar E-mail sekarang kepada kami di alamat seperti dibawah.

 

BERITA SEMASA 

PAS TAWAN KINABALU
RANAU, 8 April Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Sabah telah berjaya mengembangkan sayapnya ke bumi Gunung Kinabalu berikutan tertubuhnya 3 cawangan baru dan seterusnya menubuh jawatankuasa penaja PAS kawasan Kinabalu baru-baru ini. Cawangan- cawangan tersebut adalah PAS cawangan Ranau, PAS cawangan Taman Pasir Putih dan PAS cawangan Kundasang.

Majlis penyerahan keahlian PAS ini telah dihadiri oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Sabah, Yang Dipertua PAS Kawasan (penaja) Tanjung Aru dan Pengerusi Lujnah Teknologi Maklumat Dewan Ulamak PAS Sabah.

Dengan kejayaan PAS bertapak di lembah pergunungan kinabalu telah membuktikan bahawa perjuangan PAS semakin diyakini dan diterima di kalangan masyarakat Sabah khususnya di kawasan pendalaman.

Kawasan Kinabalu terkenal dengan kawasan peranginan seperti Gunung Kinabalu, National Park, Ladang Teh Sabah, Mesilau Basin Park, Pekan sayur-sayuran Kundasang dan kolam air panas Poring.

Kawasan parlimen Kinabalu mempunyai dua kawasan Dewan Undangan negeri dan satu parlimen. kawasan tersebut ialah DUN Ranau dan DUN Kundasang serta parlimen Kinabalu. DUN Ranau diwakili oleh Datuk Siringan Gubat (UPKO-BN), Kundasang oleh Karim adam (PBS) manakala Kinabalu oleh Tan Sri Bernard Dompok (UPKO-BN).

KEMENANGAN KITA SERAHKAN KEPADA ALLAH, YANG PENTING "USAHA" - YDP PUM PUSAT
TUARAN, 18 Mac – Ustaz Abdul Ghani Samsudin meminta umat Islam khususnya di Sabah melipatgandakan usaha untuk membina kekuatan umat Islam bagi menghadapi cabaran alaf baru.
Berita selanjutnya

KENYATAAN AKHBAR 
SABAH PAS SAYS MANY WORKING ILLEGALLY
KOTA KINABALU: PAS Sabah hailed the disclosure by Sabah Immigration Department on the drop in the number of foreign workers employed in the various sectors in the State.
Full story

FIKRAH
DR DATU BANDIRA DATU ALANG
PAS Dan Masa Depan Rakyat Sabah
Dari awal lagi memang saya menjangkakan bahawa saya akan dipecat daripada Umno. Jangkaan saya itu tepat sekali apabila Tan Sri Khalil Yaakub, Setiausaha Agung Umno baru-baru ini mengumumkan nama ahli-ahli Umno yang dicadangkan untuk dipecat kerana menjadi calon atau penyokong parti pembangkang.

DIARI 
Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah
Tarikh : 30 April 2000
Tempat : Hotel Millenium Tawau
Sebarang permasalahan bolehlah dirujuk kepada saudari Sri Wahyuni Bunari (089 766803) ATAU Pn. Zaiton Ahmad (088 751887)

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Tarikh : 23 April 2000 (sabtu)
Tempat :Hotel Milleneum
Tetamu : Sdr. Hanipa Maidin, AJK Dewan Pemuda PAS Pusat.. Keteranan lanjut sila hubungi
pas.sabah@usa.net

Hizbi Jannati (Partiku syurgaku)
Tarikh : 30 April 2000(ahad)
Tempat : Belum ditetntukan
Tetamu : YB. Datuk Dr Hassan Ali, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Keterangan lanjut sila hubungi
pas.sabah@usa.net

Dikemaskini 16 April 2000
Laman web PAS Sabah akan diterbitkan sebulan sekali. Namun demikian ianya akan dikemaskini dari masa kesemasa. -webmaster 

HAK ANDA !

 

 

  


LAMAN INI DITERBIT DAN DISELENGGARAKAN
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan terus kepada pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED, 1997-2000