Make your own free website on Tripod.com

e-pas.sabah
Perhidmatan Elektronik PAS Sabah

RAYUAN BANTUAN KEWANGAN TABUNG PILIHANRAYA
MTD N13 LIKAS

Para dermawandirayu menyumbang apa jua bantuan terus ke akaun Bank Islam Cawangan Wisma MUIS, kota Kinabalu
bernombor : 9010019540

   BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
BERSAMA MENEGAKKAN KEADILAN

laman utama

PENGENALAN
SEJARAH
AKTIVITI
ORGANISASI
   Badan Per hubungan
INFO PAS
HYPERLINK

PAS Pusat

Net.Team
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Elektronik Sabah (e-gov) 

akhbar borneo

Daily Express
New Sabah Times
Borneo Post
Sarawak Tribune

    

 

Dapatkan waktu Solat di http://www.solat.net/


LIKAS BY ELECTION
N13 LIKAS-SABAH

 
1999 N13 ELECTION RESULT
1. Saujin Bin Kadir (Ind)

100

2. Datuk Yong Teck Lee (BN-SAPP)

9,110

3. Gamparoh Lajah (Setia)

318

4. Yahya Kassim (PAS)

200

5. Datuk Harris Mohd. Salleh (BERSEKUTU)

3,576

6. Chong Eng Leong (PBS)

4,146

   
Majority

4,962

Turnout

17,717

Spoilt Votes

265

Percentage 68.25%

DARI MARKAZ BESAR MTD N13 LIKAS

Alamat

PASTI Amal. Jalan Pasir, Kg. Likas, Kota Kinabalu (100M dari Masjid Kg Likas)

e-mail

dpptgaru@hotmail.com

Tel/fax

088-437440

Akaun Bank

9010019540 (BIMB Wisma MUIS)

Peta DUN Likas

Sila lihat

Pengumuman

Akan dimaklumkan kemudian

Link

PAS arahkan penyokongnya sokong calon Keadilan

LIKAS, 13 Julai (Hrkh) - PAS Sabah hari ini menyeru semua umat Islam dan para penyokong PAS di kawasan Likas memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon parti Keadilan, Christina Liew Chin Jin dalam pilihan raya kecil Likas 21 Julai ini.

Pesuruhjayanya, Dr Datu’ Bandira bin Datu’ Alang berkata, sokongan penuh PAS Sabah kepada Keadilan adalah tanda setiakawan PAS terhadap calon Barisan Alternatif (BA).

"Undi kita untuk Christina bukan untuk beliau secara peribadi tetapi untuk perjuangan BA secara keseluruhannya," kata Datu’ Bandira kepada Harakah.

Datu’ Bandira telah dilantik menjadi Pesuruhajaya baru PAS Sabah menggantikan Haji Muhamad Abdullah.

Malam tadi, Datu’ Bandira bersama dengan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah, Ustaz Wan Azhar Wan Wan Ahmad telah mengadakan mesyuarat khas dengan Pengarah Pilihan Raya Keadilan Likas, Azmin Ali.

Mereka telah membincangkan strategi bersama bagi memenangkan calon BA, Christina Liew dalam pilihan raya kecil Likas ini.

"Langkah BA meletakkan hanya calon dari Keadilan membuktikan percubaan sesetengah pihak untuk melagakan calon-calon dalam BA tidak termakan," kata Datu’ Bandira.

Dalam pilihan raya ini, calon Keadilan akan berdepan dengan Dato’ Yong Teck Lee dari BN, Dr Chong Eng Leong dari PBS dan seorang calon bebas, Joshua Kong.

Semalam, hampir 1,000 orang mengiringi calon BA menyerahkan borang pencalonannya di Dewan Maksak. Likas. Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail memimpin perarakan itu.

Turut serta adalah Pengerusi Keadilan Sabah, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak dan Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Pilihan raya lepas yang dimenangi oleh Dato’ Yong Teck Lee telah diisytiharkan sebagai tidak sah oleh Hakim Mahkamah Pilihan Raya Sabah, Dato’ Mohamad Kamil Awang.

Dalam pilihan raya tersebut, Dato’ Yong telah memenangi pilihan raya itu dengan majority 4,962 undi.

LIKAS "BN Vs. BA"

15 Julai 2001
Likas kini sedang berpesta,
Lunas buktikan siapa pendusta,
Likas pun panas dek caci nesta,
Lunas dah terlepas satu skesta.

15 Julai 2001
Likas menjadi si medan perang,
Lunas membuat PM mengerang,
Likas nak tunjuk siapa pejuang,
Lunas dah buktikan siapa "BerUang".

16 jULAI 2001
Likas janjikan pertandingan sengit,
Lunas dah buat PM menggigit,
Likas kini bermandikan ringgit?,
Lunas mengajar Likas pun bangkit.

16 Julai 2001
Likas dikenal dek HANTU yang bangkit,
Lunas pun begitu kalau diungkit,
Likas dibantu PTI terjungkit,
Lunas punya badi bukannya sedikit.

17 Julai 2001
Bukan mencaci bukan memfitnah,
Nak sorok mana barah bernanah,
Biarpun BN janjikan tanah,
Anggaplah mereka bakal memamah.

17 Julai 2001
Biar berjuta janji ditabur,
Nak lihat rakyat yang mata kabur,
Berlagak sombong bersifat takbur,
Anggaplah mereka dah lupa kubur.

18 Julai 2001
Bukanlah kita nak buat cerita,
Nak sokong penipu kita derita,
Betul ker tipu "Warta Berita"?,
Anggaplah mereka dah sediakan kereta.

18 Julai 2001
Bukannya pelik HANTU mengundi,
Nak pastikan PTI turut berjudi,
Bas dah sedia sudi tak sudi,
Anggaplah mereka dah tabur budi.

19 Julai 2001
Bila rakyat semua dah tahu,
Nak kata apa? memang penipu!,
Bertanding semula! tak tahu malu,
Anggaplah mereka dah "kalah malu".

19 Julai 2001
Biar dah tahu nak pangkah lagi?,
Nak buat apa! "hanya taik gigi"!,
Bila menang meraka yang ber"BAHAGI",
Anggaplah mereka tak mahu rugi.

20 Julai 2001
Bila memangkah pastikan yang ADIL,
Nak memastikan calon yang aidil,
Buat apa pangkah yang KUDIL!,
Anggaplah mereka dah sedia bedil.

20 Julai 2001
Bukan sedikit kita dah ditipu,
Nak lunaskan hutang sampai kecucu,
Buatlah keputusan tanpa mengampu,
Anggaplah mereka dah gagal memacu.

Sekian Terima(lah) Kasih,
Oleh:
Azhari(s)
Kota Kinabalu.

Dikemaskini
15 July 2001
Laman web PAS Sabah akan diterbitkan sebulan sekali. Namun demikian ianya akan dikemaskini dari masa kesemasa. -webmaster 

PAS SABAH ONLINE

  • Ingin jadi ahli PAS ?
  • Memahami dan mengenali perjuangan PAS
  • Aduan MASALAH ?
  • Kemusykilan Agama ?

Mat-Salleh e-groups

E-mail terus ke pas_sabah@yahoo.com

  


LAMAN INI DITERBIT DAN DISELENGGARAKAN
Unit eknologi Maklumat,
Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah

Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan terus kepada pas_sabah@yahoo.com
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED, 1997-2001