Make your own free website on Tripod.com

e-pas.sabah
Perhidmatan Elektronik PAS Sabah

"Saya tidak hendak pembangunan membuta tuli. Jaga rakyat kerana dalam Islam perkara yang paling berharga ialah manusia. Tanah, logam, bijih dan petroleum adalah barang harga murah. Yang paling mahal sekali ialah manusia. Saya bertanggungjawab menjaga manusia Kelantan lebih daripada saya menjaga pembangunan dan sebagainya.".
TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

   BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
BERSAMA MENEGAKKAN KEADILAN

laman utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
ALAMAT KAWASAN
KENYATAAN RASMI
MAKLUMAT
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
New Sabah Times
Borneo Post
Sarawak Tribune

    

 

Dapatkan waktu Solat di http://www.solat.net/
   
Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari Signall Hill. Di Kota inilah PAS Sabah dilahirkan pada tahun 1986. selanjutnya

PAS SABAH OnLine

Hantar E-mail sekarang kepada kami di alamat seperti dibawah.

SELAMAT BERMUKTAMAR PARA PERWAKILAN DAN PEMERHATI PEMUDA DAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH

 

BERITA SEMASA


Hamzah Abdullah sedang memperkatakan sesuatu kepada penduduk setinggan.

CEROBOH SETINGGAN : PAS KESAL TINDAKAN KERAJAAN BN
SANDAKAN, 17 April Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Sabah hari ini menyatakan rasa kesal dan dukacita dengan tindakan tidak berperikemanusiaan kerajaan Barisan Nasional (BN) diatas tindakan menceroboh dan memusnahkan bangunan rumah-rumah setinggan di seluruh Sabah.

Kerajaan BN melalui majlis kerajaan tempatan telah bertindak meroboh rumah-rumah penduduk setinggan atas alasan struktur binaan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

"UMNO Sabah terus mengkhianati umat Islam Sabah. Beberapa kampung yang didiami oleh umat Islam Sabah telah dirobohkan dan gerakan merobohkan kampung-kampung umat Islam terus dijalankan"; Kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

"Di Sandakan, beberapa buah kampung penduduk Islam bakal dihancurkan. Di Batu 1/2, notis telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan untuk merobohkan rumah-rumah penduduk Islam disitu. Mereka diberi tempoh sehingga 21 april ini supaya berpindah", jelas beliau lagi.

 

FOKUS MASALAH SETINGGAN DI SABAH

Dalam tinjauan kami di Kota Kinabalu, setinggan wujud disebabkan kebanyakan penduduk tidak mampu menyewa rumah dimana rata-ratanya diantara RM 350 - 600 untuk rumah dua bilik atau tiga bilik. Dengan pendapatan sekitar RM 300 - RM 900 para penduduk terpaksa menyara kos pendidikan yang tinggi, kos barang yang semakin naik dan taraf kehidupan bandar amat tinggi.

Terdapat juga rumah-rumah setinggan yang dibina oleh penduduk tanpa izin atau pekerja asing yang mempunyai permit sah bekerja di negeri ini.

  • Kerajaan perlu memberi keutamaan penduduk miskin dan berpendapatan rendah dengan membina rumah-rumah kos rendah atau menyediakan kawasan penempatan baru bagi golongan ini.

  • Begitu juga dengan pekerja-pekerja asing, kerajaan perlu bertindak tegas terhadap majikan yang gagal menyediakan tempat tinggal yang sewajarnya kepada mereka.

Kebanyakan warga setinggan menyokong UMNO dan mempunyai cawangan UMNO. Sewaktu kempen pilihanraya lepas, kumpulan ini adalah tenaga yang bekerja keras memastikan UMNO memenangi pilihanraya negeri dan parlimen lepas.

Apa pendapat anda ? sila hantar e-mail terus kepada kami

 

PAS Kawasan Sandakan kini sedang mengambil beberapa langkah membela mangsa penindasan kerajaan Barisan Nasional. PAS Sandakan telah mengadakan satu perjumpaan dengan penduduk setinggan di situ bagi mencapai kata sepakat berhubung isu yang sedang berlaku.Terdapat lebih lapan puluh buah rumah di kawasan ini.

Kegagalan kerajaan menangani isu setinggan dengan sebaik-baiknya akan menimbulkan banyak masalah sampingan lain seperti jenayah, homeless, gejala sosial dan sebagainya akibat tekanan kehidupan yang semakin bertambah.

PAS TAWAN KINABALU
RANAU, 8 April– Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Sabah telah berjaya mengembangkan sayapnya ke bumi Gunung Kinabalu berikutan tertubuhnya 3 cawangan baru dan seterusnya menubuh jawatankuasa penaja PAS kawasan Kinabalu baru-baru ini.
Berita selanjutnya

KENYATAAN AKHBAR 
SABAH PAS SAYS MANY WORKING ILLEGALLY
KOTA KINABALU: PAS Sabah hailed the disclosure by Sabah Immigration Department on the drop in the number of foreign workers employed in the various sectors in the State.
Full story

FIKRAH
DR DATU BANDIRA DATU ALANG
PAS Dan Masa Depan Rakyat Sabah
Dari awal lagi memang saya menjangkakan bahawa saya akan dipecat daripada Umno. Jangkaan saya itu tepat sekali apabila Tan Sri Khalil Yaakub, Setiausaha Agung Umno baru-baru ini mengumumkan nama ahli-ahli Umno yang dicadangkan untuk dipecat kerana menjadi calon atau penyokong parti pembangkang.

DIARI 
Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah
Tarikh : 30 April 2000
Tempat : Hotel Millenium Tawau
Sebarang permasalahan bolehlah dirujuk kepada saudari Sri Wahyuni Bunari (089 766803) ATAU Pn. Zaiton Ahmad (088 751887)

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Tarikh : 23 April 2000 (sabtu)
Tempat :Hotel Milleneum
Tetamu : Sdr. Hanipa Maidin, AJK Dewan Pemuda PAS Pusat.. Keteranan lanjut sila hubungi
pas.sabah@usa.net

Hizbi Jannati (Partiku syurgaku)
PROGRAM HIZBI JANNATI DITANGGUHKAN SEHINGGA TARIKH YANG BELUM DITENTUKAN. HARAP MAKLUM

Dikemaskini 21 April 2000
Laman web PAS Sabah akan diterbitkan sebulan sekali. Namun demikian ianya akan dikemaskini dari masa kesemasa. -webmaster 

HAK ANDA !

 

 

  


LAMAN INI DITERBIT DAN DISELENGGARAKAN
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan terus kepada pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED, 1997-2000