UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
RAKYAT SABAH MAHUKAN PAS   

PAS telah ditubuhkan di bumi bawah bayu ini pada tahun 1986.PAS  telah menyertai pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah dan parlimen pada tahun 1986 buat pertama kalinya dan kesemua calon-calon PAS yang bertanding tidak kehilangan wang pertaruhan 

PAS Sabah telah berjaya menubuh beberapa kawasan di Tawau, Sandakan, Kota Belud dan Kinabatangan daripada 20 kawasan parlimen Sabah. Manakala beberapa cawangan juga telah ditubuhkan di Tuaran, Kota Kinabalu dan beberapa di kawasan lain. 

Pada tahun-tahun  berikutnya, PAS Sabah telah menghadapi saat saat getir apabila Pesuruhjayanya. Sdr. Hj. Hamzah Abdullah telah menyertai USNO dan kemudiannya telah bertanding di atas tiket USNO pada tahun 1990. Manakala bekas naib Ketua Pemuda PAS Sabah, seorang bekas aktivis pelajar dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)  Sdr. Samin Ongki telah menyertai UMNO pada tahun berikutnya. 

Namun demikian PAS terus berkembang dengan pesatnya sesuai dengan matlamat penubuhan dan kedatangannya ke negeri Sabah.Diantaranya penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh negeri Sabah, penubuhan institusi pendidikan Islam dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan politik. 
  
Kemelut yang sedang melanda dalam negara kita  menyebabkan  rakyat Sabah khususnya masyarakat Islam mencari alternatif parti yang mampu memberi keadilan, kesejahteraan dan pembelaan kepada mereka. 

Kejayaan PAS memerintah di negeri Kelantan serta ketokohan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin kerajaan Negeri Kelantan juga telah menarik minat kepada rakyat Sabah untuk terus mendekati PAS. 

Sehingga kini, PAS tidak hanya mendapat  sambutan di kawasan Bandar semata-mata namun PAS kini telah  menerima jemputan masyarakat di daerah pendalaman dan kecil seperti Keningau, Tenom, Ranau, Kudat dan sebagainya. 

Di Daerah Keningau sahaja, PAS akan menubuh beberapa cawangan dan dijangka akan menubuhkan PAS Kawasan Keningau. 

Adalah dijangka beberapa bulan akan datang PAS akan menubuhkan beberapa jawatankuasa penaja Kawasan di seluruh pelusuk negeri Sabah insyaAllah. 

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli PAS atau memerlukan beberapa keterangan lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat PAS Negeri Sabah atau Kawasan yang berdekatan dengan anda. 

Sokonglah PAS dan Undilah PAS