utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda 
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
POLITIK
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
Sarawak Tribune

    

MAJLIS KESYUKURAN PAS KOTA BELUD
MB TERENGGANU JADI TAMU PAS KOTA BELUD 23 JANUARI

KOTA BELUD Menteri Besar Terengganu yang baru, YAB Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dijangka menjadi tamu kehormat pada majlis kesyukuran sempena pelancaran cawangan-cawangan PAS di daerah ini pada 23 Januari di Kampung Tamau dekat sini.:

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dijangka akan menarik perhatian orang ramai untuk mengenali lebih dekat lagi perjuangan PAS.

Pada Majlis Kesyukuran itu, PAS akan melancarkan beberapa cawangannya di Kota Belud yang bakal menjadi kubu kuatnya di negeri ini.

Sementara itu, pada sebelah malamnya, Haji Hadi akan menyampaikan ceramah perdana dalam majlis yang dijangka akan dihadiri kira-kira 2000 orang penyokong kuat PAS di daerah ini

Sekian itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, YB. Hj. Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Datuk Dr. Hassan Ali akan turut sama menyampaikan ceramah pada majlis itu. Bekas calon PAS bagi Parlimen Kota Belud Dr. Datu Bandira Datu Alang juga dijangka akan menyampikan ucapan.

Pada majlis kesyukuran itu juga, PAS Kota Belud akan menyampiakan sumbangan ikhlas kepada golongan kurang upaya di Kampung Tamau.

Dalam perkembangan lain, PAS Kota Belud akan membuat kunjungan hormat ke Semenanjung Malaysia bermula 14 januari ini.

Lawatan selama tiga hari ini disertai oleh serombongan 15 orang ahli-ahi PAS Kota Belud dan sewaktu di Semenanjung mereka dijadualkan melawat Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur selain mengunjungi Kelantan dan Terengganu.

Tujuan lawatan itu ialah untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada ahli-ahli PAS untuk mengenali organisasi PAS Pusat selain untuk menyampaikan tahniah kerana kejayaan PAS mengekalkan kerajaan Kelantan dan menawan Terengganu selain menambahkan beberapa kerusi di Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.

Mereka akan membuat kunjungan ke Pejabat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Januari dan mengunjungi Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 17 Januari- Borneo Post

  
 

Laman ini diterbit dan diselenggara oleh
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

E-Mail: pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED