Make your own free website on Tripod.com

utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
POLITIK
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
Sarawak Tribune

    

SEMASA

200 AHLI UMNO TUNKU SERTAI PAS

LAHAD DATU, 4 Mac – PAS Kawasan Silam (Penaja) mencatat sejarah apabila buat julung kalinya berjaya menganjurkan majlis penerangan di Felda Tunku, Lahad Datu. Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Tunku telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, saudara Hamzah Hj. Abdullah.

Beliau yang juga merupakan Yang DiPertua (penaja) PAS Kawasan Libaran telah menceritakan tentang sejarah penubuhan PAS Sabah dan pahit getir beliau sendiri dalam usaha meletakkan PAS di hati rakyat Sabah. Dengan sambutan yang diberikan, beliau amat yakin PAS akan berjaya memerintah Sabah suatu hari nanti.

Menurut Tuan Hj. Hussin, Ketua Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Tunku bahawa masyarakat Tunku kini sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan apa-apa lagi daripada UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.Beliau yang juga yang juga bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Kawasan Silam, memberitahu betapa UMNO dan Barisan Nasional hanya pandai menabur janji setiap 5 tahun sekali bagi merubah nasib para peneroka di sini.

Walau bagaimanapun, keadaan mereka tidak banyak berubah sejak puluhan tahun dahulu. Menurut setiausaha Jawatankuasa penaja PAS cawangan Tunku saudara Yusof , kini mereka sedar bahawa PAS adalah satu-satunya wadah yang benar-benar memperjuangkan Islam dan membela nasib rakyat. Ini terbukti setelah berjaya memerintah dua negeri Kelantan dan Terengganu

Sehubungan dengan itu, rata-rata penduduk mencadangkan agar majlis penerangan seperti itu sering diadakan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat kampung, kerana mereka selama ini tidak mendapat maklumat yang tepat tentang perjuangan sebenar PAS.

Di akhir majlis tersebut, Tuan Haji Hussin telah menyerahkan 200 borang ahli baru cawangan Tunku kepada Saudara Hamzah dan beliau menyatakan masih ramai yang berminat untuk menyertai PAS.

  
 

Laman ini diterbit dan diselenggara oleh
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

E-Mail: pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED