Make your own free website on Tripod.com

utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda 
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
POLITIK
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
Sarawak Tribune

    

 

SELAYANG PANDANG

Masjid Raya Kota Belud 

Pemandangan Masjid Raya Daerah Kota Belud (KB).

Kota Belud atau dikenali KB adalah diantara daerah terawal menerima kedatangan PAS.

PAS pernah meletak calon pertamanya untuk pilihanraya parlimen tahun 1986 melalui allayarham Jamlidi Oli dan hasilnya PAS tidak hilang wang pertaruhan.

Bertentangan dengan Masjid Raya ini berdiri sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang pertama didirikan di KB.

KB telah mencatat sejarah UMNO kerana kerusi sulung UMNO Sabah bermula di kawasan Usukan melalui satu pilihanraya kecil. Allayarham Tun Datu Mustapha adalah ADUN UMNO pertama.

KB telah melahirkan ramai anak bangsa yang berjaya. 2 Ketua Menteri Sabah adalah datang dari KB. Mereka ialah Allayarham Tun Said Keruak dan anak beliau YB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak.

Di KB juga terletak sebuah pusat pendidikan Islam secara pondok di kampung Rosok sebuah perkampungan masyarakat dusun. Ianya telah didirikan setelah diwakafkan oleh seorang saudara baru, allayarham Mohd. Aling. iaitu ayah kepada YDP PAS Kawasan Kota Belud sekarang. Walaupun ianya sudah tidak melaksana sistem pendidikan pondok, perkampungan ini telah memainkan peranan besar dalam mentarbiyyah anak-anak penduduk di sekitarnya dengan asas-asas Islam yang syumul..

Selain terkenal dengan Tamu Besar, KB juga terkenal dengan kecekapan masyarakat bajau menunggang kuda.

Kini KB sekali lagi mencipta sejarah kerana KB menerima kedatangan tetamu besar iaitu YAB Tuan Guru Menteri Besar Terengganu, seorang ulamak dan politikus yang terkenal.

PAS KB kini diwajahi oleh generasi awal dan baru satu gabungan anak bangsa yang gigih mahu memancarkan KB dengan sinaran Islam.

Mungkin KB itu bermaksud Kejayaan Bermula di Kota Belud.

" Di KB juga terletak sebuah pusat pendidikan Islam secara pondok di kampung Rosok sebuah perkampungan masyarakat dusun "

 

  

 

Laman ini diterbit dan diselenggara oleh
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

E-Mail: pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED