Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
IBADAH KORBAN DISAMBUT PENUH SYUKUR 

Kota Kinabalu: Sambutan ibadah korban di Sabah pada kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan penuh gembira. Umat Islam Sabah telah memenuhi masjid-masjid dan surau-surau pada awal-awal pagi lagi untuk sama-sama bertakbir, bertahmid dan mengerjakan ibadah korban ditempat masing-masing. 
Berita penuh. 

Di Likas, Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Tanjung Aru dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Likas telah mengadakan ibadah korban pada hari raya pertama. Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan dan diagih-agihkan kepada masyarakat yang berdekatan seperti Kg, Likas, Kg. Warisan  dan lain-lain. 

Pada hari kedua telah diadakan jamuan kesyukuran sempena penyertaan pertama kali PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Likas. Walaupun PAS tidak menang pada kali ini namun PAS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada masyarakat dan petugas yang telah memberi sokongan dan dokongan sepanjang pilihanaya tempohari. 

Sementara itu, hasil penyertaan PAS pada piluhanraya baru-baru ini, bekas calon PAS N13 Likas HjYahya Kassim telah mengetuai usaha menubuh jawatankuasa penaja PAS Kawasan Gaya. 

Parlimen P150 Gaya mempunyai 2 DUN iaitu N12 Inanam dan N13 Likas.Pada pilihanraya baru-baru ini N12 Inanam telah dimenangi oleh calon PBS, Johny Goh manakala N13 Likas Datuk Yong Teck Lee daripada Barisan Nasional 

Di Kota Belud, PAS Kawasan Kota Belud juga turut sama mengadakan ibadah korban di Kg. Rosok Bagaron, Kota Belud. Beberapa ekor lembu telah dikorbankan untuk diagih-agihkan kepada masyarakat setempat. 

Kg. Rosok Bagaron ialah satu kawasan perkampungan masyarakat dusun. Sebahagian masyarakat disitu telahpun memeluk agama Islam.Disitu juga telah berdiri sebuah pondok yang dinamakan Pondok Fi Zilalil Quran.Pondok ini mempunyai kawasan seluas 6 ekar dan ia telah diwakafkan oleh Allahyarham Mohd. Aling iaitu ayah kepada YDP PAS Kawasan Kota Belud. 

Namun demikian pondok tersebut masih tidak dapat berjalan seperti matlamat asal penubuhan berikutan menghadapi masalah guru yang layak dan masalah kewangan. 

Manakala sebuah Sekolah Agama Rakyat telah didirikan di samping sebuah masjid yang dibina menggunakan kayu sebagai satu usaha membimbing masyarakat setempat mengenal dan mendekati Islam dengan lebih jauh. 

Yang Dipertua PAS Kawasan yang juga bekas calon N6 Tempasuk adalah diantara mereka yang hadir pada majlis tersebut.