Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
GOLONGAN PROFESSIONAL TERAJUI PAS SANDAKAN 

SANDAKAN:   Muktamar PAS Kawasan Sandakan kali ke-9 yang diadakan pada 3.4.1999 bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Sandakan telah berjaya menampilkan beberapa muka baru dari kalangan professional dan graduan universiti.Yang Dipertua PAS  Sandakan yang baru dipilih untuk sessi 1999-2001 adalah erupakan seorang  ahli ekonomi yang bertugas disebuah institusi kewangan swasta. Muktamar kali ke-9 PAS Sandakan yang dihadiri seramai lebih 100 ahli-ahli PAS juga telah membariskan penyertaan beberapa orang ilmuan Islam yang dijangka mampu memberi nafas baru kepada PAS Sandakan. 

Pada sebelah malamnya, satu ceramah agama telah disampaikan oleh Ustaz Wan Azhar, Setiausaha Dewan Ulama PAS Sabah, merangkap Setiausaha Persatuan Ulama, Cawangan Sandakan. Beliau banyak menyentuh isu-isu semasa dan halangan serta rintangan yang dilalui oleh para pejuang gerakan Islam zaman lampau. Para hadirin merasa cukup bersemangat untuk meneruskan perjuangan PAS dan ia adalah siri ceramah motivasi yang patut terus dilakukan, kata seorang ahli PAS yang telah lama  komited dengan perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS sejak sewaktu   belajar di Semenanjung dulu. 

Rahmat Allah mengatasi segala-galanya. PAS terus mendapat sokongan dan dokongan masyarakat tempatan hatta selepas tewas dengan ada calon-calonnya yang hilang wang pertaruhan dalam pilihanraya baru lalu. Keesokan harinya Ustaz Wan telah dijemput    oleh masyarakat Kampung Sungai Kayu, dalam kawasan pilihanraya YB Datuk Musa Aman, untuk memberikan ceramahnya yang diadakan selepas fardhu isya'.