Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SABAH DITUBUH

KOTA KINABALU: PAS membuka satu lagi lebaran baru dalam perjuangan mendaulatkan Islam di bumi di bawah bayu ini dengan tertubuhnya Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah.

Majlis perasmian penubuhan Dewan Ulamak PAS Sabah telah dilakukan oleh Ahli  Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Hj. Alwi Abdul Hamid. Bersempena dengan majlis perasmian ini, Dewan Ulamak telah mengadakan Muktamar Agungnya yang pertama di Putatan Square, 15KM dari Bandar Kota Kinabalu.

"Penubuhan PAS adalah di atas usaha para ulamak kita terdahulu", Kata Tuan Guru Hj. Alwi. "

Oleh yang demikian dengan tertubuhnya Dewan Ulamak ini, diharap ulamak dapat memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan", tambah beliau lagi.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, Tuan Hj. Wan Azhar Wan Ahmad, pendaftaran penubuhan Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah telah diluluskan padaawal tahun ini. 

Barisan kepimpinan Dewan Ulamak PAS Sabah membariskan beberapa tenaga ulamak dari peulusuk Sabah termasuklah dari Keningai, Kota Belud, Semporna dan Kota Kinabalu.