Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
PAS TIDAK BERSUNGGUH SERTAI PILIHANRAYA SABAH 

Tuan 

Sila sampaikan maklumat ini kepada yang berkenaan kerana saya tidak berupaya untuk sampaikan pada Dato' presiden PAS walaupun menghadiri  ceramah politiknya di San Bay Hotel Sandakan semalam.  

Sebenarnya saya telah merangka soalan untuk beliau tapi dinasihatkan oleh sahabat supaya   menyalurkan soalan hanya jika perlu dan sesuai atas alasan keselamatan   dan keselesaan buat masa ini untuk semua termasuk keluarga.  

Sebenarnya saya agak kecewa dengan satu pesanan dalam ucapan yang  disampaikan oleh dato' presiden yang berasa puas hati dengan pencapain penambahan kerusi PAS sebagai calon untuk dipilih dalam pilihanraya Sabah ke-9.  

Adakah wajar untuk kita berasa puas hati dengan pencapain 100% 
sedangkan jumlah kerusi bumiputera islam lebih kurang 27 kerusi. Sepatutnya pihak PAS tidak perlu merasa ragu pada awal-awal lagi samada akan dipilih atau tidak dalam pilihanraya kali ini dan sepatutnya menghadirkan diri di Sabah dengan laungan menegakkan keadilan bermula sekurang-kurang 6  bulan yang lalu.  

Usaha harus ditunjukkan dengan kesungguhan sebenar dan keyakinan harus di tanam untuk terus berjuang. Saya berpendapat bahawa tentangan hebat bagi UMNO-BN sejak akhir-akhir ini adalah PAS. Walaupun di Sabah tidak begitu ketara sokongan rakyat kepada PAS tapi ini tidak menggambarkan mereka tidak akan menyokong jika memahami situasi sebenar pergolakkan politik negara yang melibatkan kredibiliti kerajaan khususnya kerajaan pusat.  

Kami memang sedia maklum bahawa kredibiliti UMNO-BN diserang dengan bertubi-tubi di semenanjung hingga beberapa kawasan memperlihatkan yang rakyat telah berani dengan terang-terang menunjukkan kemarahan dengan menurunkan bendera BN dan menggantikan dengan bendera PAS.  

Mungkin situasi begini tidak akan dilihat di Sabah sebelum pembubaran tapi saya yakin bahawa ramai rakyat yang berkeculi terpaksa menyokong BN tapi tidak bermakna tiada undi buat PAS.  

Rakyat kampungan bukannya bodoh sangat tapi memanglah agak lambat sikit  untuk memahami mesej yang ingin disampaikan apa lagi dalam keadaan bahasa yang agak berbeza. Malah gambaran yang digunakan di semenanjung bahawa kerajaan sudah dengan terang-terang menidakkan hak rakyat seperti 

kes sdra anwar memanglah tidak setanding dengan penerimaan rakyat di semenanjung. Ini disebabkan rakyat Sabah tidak diwakili oleh ramai rakyat yang terlibat secara langsung dengan kes-kes tersebut. Tapi saya masih percaya bahawa pada akhirnya rakyat pasti dapat membezakan yang mana intan dan yang mana suasa. Lebih-lebih lagi penyampaian mesej dan nilai-nilai perjuangan boleh disalurkan dengan berbagai kaedah bergantung pada penerimaan rakyat setempat.  

Percayalah bahawa kesungguhan usaha akan membuahkan hasil hanya jika terus berlandaskan kebenaran dan tawakkal ilallah. Sebenarnya kebenaran hanya akan terserlah jika di utarakan oleh seseorang yang benar-benar berjuang demi menegakkan kebenaran semata-mata tanpa didorong oleh perasaan yang menaruh rasa benci dan dendam. Mereka tidak perlu bergelar 

Suekarno untuk berpidato atau menjadi mahatma gandhi untuk mengajar rakyat erti kuasa rakyat sebenar. Cukuplah sekadar menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa bersedia dengan ilmu terkini sebagai persediaan menuju ke alaf baru.  

Persoalannya....adakah PAS akan terus dengan pengalamannya di Sabah  selama ini sejak bertapak di sini dengan sikap tunggu dan lihat dulu ataukah akan membawa suatu bentuk perubahan yang sebenarnya  dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah. Keadaan yang dinanti-nantikan ini samada ianya akan datang dari PAS atau sebuah parti yang lebih baik atau sekurang-kurangnya boleh menandingi BN selain PAS. 
J
usteru itu bersiaplah untuk perang yang lebih besar dalam masa tidak sampai setahun ini. Samada boleh menubuhkan kerajaan baru atau tidak berusahalah dahulu dengan kesungguhan yang tinggi dan keyakinan yang kukuh. Semoga keadilan akan terus terpelihara di bumi Malaysia dan suatu masyarakat madani yang diimpikan selama ini boleh di realisasikan, insyaAllah. 

  

 Si Buga 
 Libaran, Sandakan