Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
RAKYAT MESTI BERHIJRAH DENGAN MENOLAK  KEZALIMAN BN 

Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) menyeru seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat di pelbagai sektor supaya bangkit menjadikan sambutan Maal Hijrah pada tahun 1420 H ini sebagai hijrah yang benar-benar bermakna dengan berhijrah daripada segala bentuk kezaliman kepada keadilan yang hakiki. 

GERAK menyedari bahawa seluruh rakyat Malaysia hari ini berada dalam kebimbangan ekoran daripada kegawatan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku akibat kezaliman yang ditaja dan dijana oleh Kerajaan BN.Penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan keangkuhan BN ini hanya boleh ditamatkan dengan seluruh rakyat Malaysia bangkit membuat perubahan melalui hijrah daripada menyokong kezaliman BN kepada menentang kezaliman mereka. Sambutan Maal Hijrah ini sewajarnya menjadi titik tolak kepada perubahan kerana inilah masa yang terbaik untuk perubahan. 

GERAK menyeru semua golongan elit dan atasan dari kalangan ahli-ahli korporat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli akademik, para ulama, ahli-ahli perundangan serta golongan profesional dari kalangan peguam, doktor, jurutera, akauntan dan pakar-pakar supaya tidak lagi menjadi pendokong kepada penjanaan kezaliman ini, sebaliknya bertindak untuk menyatakan sokongan terbuka terhadap usaha-usaha untuk menentang kezaliman. GERAK juga mengharapkan para penggerak media massa agar tidak 
terus menjadi agen kepada proses kezaliman tetapi menjadi sumber yang menggerakan minda rakyat untuk menentang kezaliman. Segala provokasi dan fitnah media massa mesti dihentikan dan kepincangan serta penyelewengan Kerajaan BN yang zalim wajar didedahkan. 

Para kakitangan kerajaan, pasukan polis dan anggota tentera juga harus mempastikan mereka tidak lagi diperalatkan oleh rejim BN yang zalim untuk melebarkan kezaliman mereka kepada rakyat. Mereka sepatutnya menjadi pelindung kepada rakyat daripada usaha-usaha jahat untuk memusnahkan masa depan negara kerana merekalah yang dipergunakan oleh Kerajaan BN untuk melaksanakan segala perancangan jahat ini. Kakitangan  
badan-badan berkanun,  swasta dan korporat juga mesti mengambil langkah yang sama. 

Mahasiswa sekali lagi wajar untuk menjadi agen kepada perubahan 
masyarakat ketika kegawatan ini. Mereka mesti menggerakkan gelombang kebangkitan ini dengan membina kesedaran politik masyarakat. Para petani, nelayan, peneroka, buruh kasar, pekerja kilang dan penghunisetinggan mesti mengambil kesempatan ini untuk membina kehidupan mereka yang lebih baik pada masa akan datang dengan menolak kezaliman BN dan memberi sokongan padu kepada perjuangan menuntut keadilan. 

GERAK mengharapkan perubahan minda dan tindakan yang dibuat sebagai pengorbanan hijrah ini akan menamatkan kezaliman yang sedang menular. Seluruh rakyat mesti mengambil kesempatan di atas peluang perubahan ini dengan menolak BN di dalam Pilihanraya Umum Kesepuluh nanti dan menggantikan dengan sebuah kerajaan baru yang telus, adil dan beriman yang bakal memberi keselesaan kepada seluruh rakyat kelak.  Mengekalkan Kerajaan BN beerti mengekalkan kezaliman dan hijrah yang disambut pada 
kali akan menjadi tidak beerti lagi. 

DATO’ HJ FADZIL MOHD NOOR 
Pengerusi GERAK / Presiden PAS 
1 Muharram 1420 / 17 April 1999