Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net

PAS AKAN TERUS BERJUANG DI SABAH



Harakah : 22 Mac. 1999

TAWAU: PAS menerima keputusan pilihan raya ke-9 dengan hati terbuka. Ia adalah pilihan rakyat berdasarkan kefahaman mereka pada masa ini dalam suasana BN menggunakan taktik kotor, penyalahgunaan kemuda-han media massa kerajaan dan politik wang. 

Demikian menurut kenyataan Pengarah Pilihan raya, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah, Mohamad Husain dalam kenya-taannya di sini kelmarin. 

Katanya, Kemenangan Barisan Nasional (BN) dan penubuhan kerajaan beri-kutnya adalah  mengikut peraturan demokrasi ala-Malaysia, di mana calon dan parti yang memenangi kelebihan
undi dari parti lain dikira menang. 

Bagaimanapun, kata beliau, BN mesti faham bahawa kemenangan mereka tidak semestinya menunjukkan sokongan majoriti rakyat di setiap kawasan yang mereka menangi. Sebahagian kerusi BN dikira menang walaupun jumlah calon lain (undi menentang) melebihi undi yang dicapai oleh BN sendiri. 

Menurut Mohamad Husain, PAS akan terus berjuang dan akan menyertai pilihan raya seterusnya di Sabah. 

Kekalahan di Tempasuk, Likas, Sekong dan Sukau adalah biasa. Ini kali pertama PAS bertanding di Dun berkenaan. Di Marotai dan Kalabakan, katanya, ulunya satu kerusi (Dun Merotai) PAS
 menda-pat peningkatan jumlah undi dari 164 pada pilihan raya 1994 kepada 666 undi pada kali ini (Marotai 373 dan Kalabakan 293). 

"Kita akan membuat post-mortem segera dan tindakan susulan bagi membaiki serta meningkatkan lagi kesedaran rakyat di kawasan tersebut akan dilakukan," katanya. 

 PAS Sabah, kata beliau, mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan ahli PAS atas sumbangan, sokongan moral dan doa mereka. Insya-Allah PAS akan menang pada suatu masa nanti. Kita terhutang budi kepada semua petugas yang telah berusaha sedaya upaya siang dan malam di seluruh Sabah. 

PAS akan terus memberi khidmat menyuarakan hasrat rakyat dan mencegah segala kemungkaran kerajaan di setiap ruang ruang yang ada.