Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
WARKAH TERBUKA UNTUK UMAT ISLAM SABAH


 
Pilihanraya  Negeri Sabah sudah berlalu, insya'Allah pilihanraya umum bakal menjelang   tiba. PAS kalah berdasarkan keputusan yang diisytiharkan oleh SPR. Menurut Dr.   Mahathir, PAS kalah 6-0 di Stadium Darul Aman, Kedah. Entah...bagaimana dia   membuat pengumuman seumpama itu sehingga menyamakan pilihanraya dengan perlawanan  bolasepak. Itu agaknya petanda seorang yang telah nyanyuk dan bakal   menunuggu saat-saat kejatuhan menjelang pilihanraya umum nanti. 

Banyak komentar yang kita baca dan dengar.  Kes-kes penipuan seperti membeli undi, politik ugut dan gertak seperti: 'JIKA BN KALAH...AWAS KAMU, IC KAMU AKAN DIRAMPAS  DAN DIGUNTING, DAN KAMPUNG KAMU AKAN   DIROBOHKAN, penglibatan Special Branch secara langsung yang seolah-olah   menggambarkan  mereka itu seperti satu lagi komponen BN Sabah dan tentunya banyak lagi unsur-unsur penipuan hanya memberikan imej bahawa pemimpin-pemimpin   BN Sabah menjadi wakil rakyat dengan cara yang tidak bermaruah dan mereka hanya   layak dipanggil YB Haram kerana naiknya dengan cara haram!! 

PAS sudah kalah. Tetapi apakah perjuangan PAS sudah berakhir atau baru bermula? PAS membawa mesej Islam dan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah Kerajaan   Islam yang didalamnya terlaksana undang-undang Allah yang Maha Adil dan Maha   Lengkap itu. Oleh yang demikian, soal PAS merasa putus asa atau kecewa tidak berbangkit sama sekali. Kalah menang perjuangan untuk menegakkan Islam akan pasti mendapat ganjaran dari Allah. 

Firman Allah:
"Janganlah kamu merasa hina dan dukacita,  kamu  sebenarnya berada di maqam yang tinggi sekiranya kamu beriman." 

(ali Imran: 139)  

Yang lebih utama untuk kita fahami dalam perjuangan Islam ini ialah bahawa  Allah akan menguji keimanan dan ketaqwaan kita. Allah pasti akan menguji untuk  diketahui siapakah yang benar dan siapakah yang berpura-pura. 

Firman Allah:
" Apakah kamu menyangka kamu akan dimasukkan ke Syurga, pada hal kamu belum menempuh pengalaman umat terdahulu daripada kamu, mereka mengalami berbagai penderitaan, kemudharatan dan gegaran, sehingga Rasul dan orang-orang yang bersamanya berkata, "Bilakah lagi pertolongan Allah akan tiba."  Ketahuilah sesungguhnya pertolongan  Allah itu hampir tiba." 

(al-Baqarah: 214) 

Terdengar juga komen negatif daripada Dr. Mahathir bahawa kononnya PAS bertanding hanya untuk memecahkan undi orang Islam supaya PBS akan menang mudah. Tidak sedikit yang terpengaruh dengan tuduhan liar seperti ini khususnya dari kalangan mereka yang berumur lewat lima puluhan. Memanglah...golongan   inipun tidak banyak yang kita boleh harapkan dari mereka kerana mereka sudah banyak 'termakan garam' sehingga terasa masin sangat mulut mereka dan terasa sukar untuk mereka menukar minda mereka yang banyak diracuni oleh propaganda jahat dan nakal  media elektronik seperti TV3 yang berslogankan 'PENYEBAR FITNAH SENSASI, PELAPUR  BERITA PALSU TERKINI. 

Tetapi Dr. Mahathir sengaja membutakan matanya dan cuba menipu sejarah bahawa sebenarnya UMNOlah punca sebenar perpecahan umat Melayu. Sejak awal pemerintahan BN yang dimulakan oleh Perikatan, siapakah yang bertanggunjawab menggadai kawasan- kawasan yang majoritinya umat Melayu untuk diboloti oleh  MCA atau MIC? Siapakah yang bertanggungjawab sehingga  ramai gadis Melayu menukar agamnya sama ada menjadi Hindu atau Keristian?  Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penggadaian Tanah Rezab Melayu dan kampung-kampung  tradisional Melayu sehingga orang-orang Melayu hanya layak duduk ditepi-tepi  laut atau di pulau-pulau. Semuanya adalah angkara UMNO dan para pemimpinnya. Hanya orang-orang bebal dan buta mata dan hatinya yang akan terus menyokong  UMNO yang semakin hari semakin rakus dan ganas itu. 

Bagi yang mengundi BN hanya kerana mengharapkan wang RM50.00, 10 kilo beras  dan 10 keping zink, tanya-tanyalah diri anda....dimana sudah perginya habuan-habuan itu. Tentunya sudah menjadi tahi!! Sekarang...bagaimana kehidupan anda? Tentu  sekali berbalik kepada kesusahan yang asal juga. Anda terpaksa mencari makan dengan sendiri, kelaut memancing, kedarat jadi buruh atau kuli dengan pendapatan sekitar RM7.00 - RM12.00. Cukup untuk belanja untuka keluarga bagi sehari. Bagaimana dengan masa depan anda jika anda seorang setinggan? Jawabnya hanyalh tinggal   menunggu masa dihalau oleh pihak berkuasa dibawah Kerajaan BN yang anda undi baru-baru ini. 

Apakah anda fikir YB-YB yang anda undi baru-baru ini akan mengambil berat masalah sosial anda dan mereka akan tunaikan janji-janji mereka? Jawabnya  tentu tidak!! Banyak pengalaman- pengalaman yang lepas membuktikan bahawa YB-YB BN adalah orang yang suka mengkhianati janji. Cuba lihat slogan 'TRADISI MEMBELA RAKYAT.'  Apa yang berlaku selepas pilihanraya ialah slogan itu  bertukar menjadi 'TRADISI MEMBELIT RAKYAT!!'. Tengok sendiri apa yang BN buat kepada para penduduk setinggan di Ampang pada bulan puasa yang lepas! PADA BULAN PUASA, BN tealh merobohkan rumah-rumah setinggan disitu  tanpa rundingan dan musyawarah dengan para penduduk disitu. Itu satu contoh yang BN adalah parti penipu dan pembohong. 

Saudara-saudara ku umat Islam yang dikasihi, baliklah kepada Islam yang sejati dan tulin. Jangan hanya jadi Islam tempelan atau warisan. Fahamilah Islam secara sungguh-sungguh, kaji Al-Quran, hayati ajarannya dan praktikkan apa yang di- perintahNya. Insya'Allah Allah akan memberkati hidup kita dan mengurniakan   kita dengan kefahaman Islam yang jelas. Dan moga-moga kita akan menjadi insan yang sentiasa berniat untuk syahid dijalan Allah..Amin. 

IBNU ABDULLAH, 
Sandakan