Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
APA ERTINYA SARANAN DATUK THAM NYIP SHEN 

hamzah abdullah 

Memang agak sukar untuk kita membahaskan sesuatu isu yang menyangkut persoalan kaum di Malaysia. Mentaliti kita, khususnya bangsa Melayu ni, memang sudah lama terdidik dan tertanam suatu sindrom bahawa kononnya membahaskan sesuatu isu yang berunsur mempersoalkan hak atau keistimewaan sesuatu kaum lain   itu adalah sensitif, bersifat 'seditious' dan salah disisi undang-  undang walaupun hak dan keistimewaan orang-orang Melayu semakin hari semakin terhakis dan hancur lebur.. Undang-undang apa ini dan ciptaan siapa? Undang-undang manusia dan ciptaan UMNO!!! Orang Melayu kata, jangan cakap soal Cina Melayu, sensitif tu, nanti kena tangkap kau!  

Oleh  yang demikian, secara umumnya umat Melayu gemar mengambil jalan mudah lagi dangkal yang bersifat 'defeatist attitude' dengan berkata..." ah biarlah bah..nanti kalau kau soal banyak-banyak ditangkap ISA pula kau, baru kau tau." Biarlah...ada juga si Osu tu jadi KM kan...dia taulah tu... pasal diapun orang Melayu juga kan? Itulah sedikit lakaran   atau senario pemikiran dan mentaliti orang- orang Melayu yang akhirnya kita boleh nampak dengan jelas akan kesan kesudahannya .....sekurang-kurangnya hingga saat ini. Inilah hasil didikan para pemimpin   UMNO dan Dr. Mahathir sehingga umat Melayu terpisah jauh dari Al-Quran   dan tidak lagi mengambil Al-Quran sebagai rujukan mutlak apabila  berhadapan dengan sesuatu isu besar khususnya yang mencabar dan menggugat keutuhan dan martabat umat Melayu/ Islam. Al-Quran telah   dengan jelas mendidik umat Islam bagaimana sikap kita jika berhadapan   dengan isu yang diutarakan tadi.  

Firman Allah: 
'Muhammad itu adalah   utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras  terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya,  tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dan bekas sujud.'  

(Surah Al   Fat'h (Kemenangan) : 29) 
 
Kita didendangkan dengan slogan-slogan indah bahawa kononnya para Menteri BN Sabah adalah mewakili kepentingan semua kaum. Ertinya...mana-mana  Menteri atau Timbalan Ketua Menteri atau Ketua Menteri, ia adalah mewakili semua kaum di Sabah tak kira bangsa Cina, Melayu, Kadazan, Murut, etc., Okay, slogan ini   memang baik dan sebagai umat manusia yang cintakan keamanan dan keharmonian kaum disebuah negara seperti Malaysia ini.... kita sambut baik saranan seperti ini.  

Tetapi pernahkah kita memberi sedikit perhatian tentang apa yang   dilakukan oleh Datuk Tham sejak dia menyertai BN 5 tahun lalu dan memegang jawatan TKM yang mewakili SAPP sehingga kesaat ini? Saudara-saudara ambil surat-surat khabar lama sebagai rujukan dan yang terbaru bertarikh 2.4.1999. Saudara  lihat muka surat 13 akhbar Daily Express bertarikh 2.4.1999. Jelas disitu terpampang kenyataan Datuk Tham yang meminta usahawan Taiwan untuk memindahkan operasi mereka ke Sabah dan menjadikan Sabah sebagai pengkalan untuk pelaburan mereka. Suatu ketika dulu saya teringat ada seorang pelabur Muslim dari Timur Tengah yang bergiat dalam   sektor pembuatan besi (steel manufacturer) yang menyatakan minatnya kepada Datuk Tham untuk menjadikan Sabah sebagai pusat operasinya. Entah apa sudah jadi dengan pelabur Muslim tersebut. Saya yakin Datuk Tham tentu saja akan sabotaj usaha- usaha baik sebegini yang melibatkan usahawan Muslim. 
Ya..inilah yang saya cuba highlightkan disini... masalah perkauman dan juga keagamaan.  

Semua tahu dan faham bahawa jika mana-mana pihak yang mahu membuat pelaburan di Sabah, maka mereka akan dapat layanan cukup istimewa. Dan dalam konteks pelabur Taiwan....Datuk Thamlah yang akan menguruskan tanah-tanah atau kawasan- kawasan yang mahu dijadikan tempat untuk mendirikan kilang-kilang para pelabur Taiwan ini. Kalau pelaburan itu melibatkan pembinaan hotel atau pusat-pusat peranginan, maka umumnya   kampung- kampung Melayu dipinggir pantailah yang akan menjadi korban. Ini bakal berlaku di Kg. BDC, Sandakan, yang mana hampir semua penghuninya yang berjumlah lebih 20,000 orang adalah terdiri dari masyarakat Islam. Ia sudah berlaku di Papar, Sembulan, Tuaran dan beberapa tempat lain. Itu dari segi kawasan-kawasan yang akan menjahanamkan penempatan  orang-orang Islam.  
   
Datuk Tham sudahpun mendedahkan rancangannya untuk menjadikan kawasan-kawasan perkampungan umat Islam di Sandakan sebagai zon industri  sebagaimana berita TV1 jam 6.00 p.m. 3 hari selepas BN menang pilihanraya Sabah secara yang paling jijik dan tidak bermaruah. Atau dalam istilah jenayah...YB-YB BN yang ada sekarang ini adalah YB-YB yang menang secara menipu. Kalau naik secara menipu...maka tindakan mereka juga adalah tindakan orang penipu!!! Jadi sepanjang tempoh 5 tahun mereka jadi YB, kalau tak ada yang mati, maka mereka adalah   penipu!! Satu bukti penipuan yang dilakukan oleh beliau ialah apabila beliau menafikan bahawa rumah-rumah setinggan akan dirobohkan. Itulah dia janji  pilihanraya. Sewaktu  belum menang dan berkuasa, janji-janji yang dibuat indah belaka sehingga orang Melayu/ Islam terpengaruh dengannya. Tetapi...sekarang, selepas sudah menang dan  berkuasa, mana pergi janji-janji indah tersebut? Nampaknya orang Melayu/ Islam bakal gigit jari lagi kali ini. Inilah yang dinamakan 'menang sorak, kampung tergadai.'  

Dari segi masa depan generasi remaja umat Islam yang sekarang masih diperingkat bangku sekolah, bagaimana agaknya kedudukan mereka 10-15 tahun akan  datang, khususnya mereka yang mempunyai bakat dan minat untuk berniaga?  Bayangkan...dalam masa 10-15 tahun dari sekarang, semua tanah-tanah kosong di Sabah ini telah dibolot semuanya oleh para pelabur Taiwan angkara strategi yang dimainkan oleh Datuk Tham. Bayangkan semua   tanah-tanah pertanian, tanah-tanah untuk didirikan industri ringan dan berat, hotel-hotel dan pusat peranginan, projek perumahan kos tinggi dan mewah semuanya dikuasai oleh pelabur Taiwan!!! Dimana   agaknya ketika itu kita boleh bermimpi untuk bersaing dari segi kekuatan ekonomi dengan orang-orang kafir? Jangan cakap nak bersainglah...nak memulakan sesuatu aktiviti ekonomipun memang mustahil!!! Sekarang inipun kita sudah dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri dan dapat mengagak akan nasib masa depan kita ditanah air kita sendiri. Lihat sahajalah strategi licik yang dimainkan oleh pemimpin chauvinist SAPP ini...habis semua tanah-tanah kosong 'prime land' diberikan kepada pelabur-pelabur (ada  juga pelabur yang syarikatnya bermodal RM2.00 sebagaimana yang Osman  Aroff -bekas MB Kedah -luluskan untuk memajukan tanah seluas 15,000 ekar  untuk kononnya nak dijadikan Disneyland Malaysia???) Siapa dia pelabur-pelabur yang dapat habuan tanah-tanah 'Golden Triangle' di KK semasa Yong Teck Lee dan Tham Nyip Shen berada dipuncak pemujaan Dr. Mahathir kerana SAPP berjaya menumbangkan PBS (juga dengan cara yang tidak demokratik) kalau bukan pelabur-pelabur dari Singapura, Hong Kong  dan Taiwan? Tak usah cakap lagi soal pelabur-pelabur dari Sarawak!!!  

Apakah ini bukan perkauman dan chauvinist namanya? Apakah umat Islam harus terus membisu sehingga menjadi syaitan bisu walaupun masa depan mereka semakin malap dibumi Sabah ini? Apakah kita cuba bermain isu perkauman atau kita sebenarnya menentang pemimpin yang tebal sifat perkaumannya? Untuk mengharapkan pihak berkuasa yang berada dalam cengkaman Mahathir bagi mengambil tindakan undang-undang keatas para pemimpin yang melakukan penyelewengan ini ibarat menunggu kucing bertanduklah jadinya. Kan pepatah dah mengatakan 'Anak borek, bapa mesti rintik.' Guru kencing berdiri, anak murid   kencing berlari.'  

Inilah musibah yang menimpa dan akan terus menimpa umat Islam akibat dari tindakan mereka meninggalkan Al-Quran yang telah diwariskan oleh junjungan besar Muhammad s.a.w. kepada kita. Sistem 'asabiyyah yang zalim yang menjadi kebanggaan dan amalan orang-orang Melayu juga menjadi sebab kepada kemuduran mereka. Usaha membantu orang-orang Melayu gagal kerana rasuah dan penindasan, maka   rasuah dan penindasan mestilah dihancurkan. Umat Melayu/ Islam hendaklah menolak sistem 'asabiyyah yang dijelmakan oleh UMNO dan mesti kembali bersama jamaah Islam yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w. sebagai asas  rujukan dan tindakan mereka jika mereka ingin kepada kemuliaan. Rasulullah s.a.w. memberi peringatan kepada umatnya supaya menyertai jamaah agar memperoleh rahmat, sedangkan tidak menyertai jamaah itu akan mendapat  azab Allah s.w.t.  

Sabda Rasul s.a.w. : 'Hendaklah kamu berada dalam  jamaah, kerana sesungguhnya jamaah itu adalah rahmat, sedangkan  perpecahan itu merupakan azab.' (Hadith Riwayat: Muslim)  

 Akhir sekali, suka saya memperingatkan diri saya dan saudara-saudara seagama dengan satu ayat Allah: 

' Maka berepgang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu, sesungguhnya kamu berada diatas jalan yang lurus.  Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagi mu dan kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungjawab.'  

(az-Zukhruf:  43-44)
 

Hamzah Abdullah ialah Yang Dipertua (penaja) PAS Kawasan Libaran. Beliau adalah aktivis sosial yang banyak memperjuangkan nasib golongan miskin dan setinggan di Sabah khususnya kawasan Sandakan.