Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
. 
AHMAD DOLAH KEKAL KETUA PEMUDA PAS SABAH 

TAWAU, 17 April: Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang berlangsung di Hotel Merdeka telah mengekalkan Sdr. Ahmad Dolah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah bagi sessi 1999/2001.

Majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda kali ini diadakan serentak dengan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah.

Majlis perasmian Muktamar kali ini telah dilakukan oleh Sdr. Samsul Kullu, Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah.

Dalam ucapan perasmian beliau, sdr. Samsul Kullu mengajak kepada semua ahli PAS khususnya para pemuda dan muslimat agar merapatkan semangat persaudaraan di kalangan ahli bagi memantapkan organisasi parti.

Sementara itu, Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah memilih Ketua barunya iaitu Puan. Zaiton Ahmad. Manakalah Naib Ketua Dewan Muslimat disandang oleh Puan Kasmah Abdullah. 

Muktamar yang dihadiri beberapa perwakilan dan pemerhati termasuklah dari Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau.

Muktamar pada kali ini juga telah mencatat kehadiran yang menggalakkan dimana kupon yang disediakan oleh pihak urusetia tidak mencukupi.