Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
WARNA WARNI PILIHANRAYA SABAH 1999 

Penyertaan PAS pada pilihanraya kali ini sedikit sebanyak telah mewarnai pilihanraya Sabah pada kali ini.  

Walaupun PAS tidak menang sebarang kerusi, namun rakyat Sabah sudah mula mengenali perjuangan PAS dengan lebih dekat. Kehadiran pimpinan PAS termasuklah Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadhil Noor dalam siri kempen piliganraya baru-baru ini menambahkan lagi keyakinan masyarakat akan dasar dan matlamat yang dibawa oleh PAS khususnya untuk masyarakat Sabah. 

Kesan yang amat ketara selepas pilihanraya Sabah '99 minat masyarakat untuk menyertai PAS semakin menggalakkan. Beberapa tempat sedang dalam proses penubuhan PAS Kawasan seperti di Gaya, Libaran, Beufort dan Penampang. 

PAS sudah pasti akan terus mewarnai pentas politik Sabah pada masa-masa akan datang dengan membawa obor-obor perjuangan Islam. 
 

 
Majlis perarakan calon PAS N13 Likas di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu. Turut mengiringi calon PAS ialah AJK PAS Pusat Hj. Subky Abdul Latif, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Hj. Mohsinun Tahir, Bekas Wakil Rakyat Kelantan,
Hj. Hashim, YDP (Penaja) PAS Kawasan Tanjung Aru dan  para pimpinan PAS Tanjung Aru. 
 
Muslimat PAS banyak membantu pilihanraya Sabah '99. Gambar menunjukkan sebahagian Muslimat di majlis perarakan calon PAS N13 Likas.
 
Para petugas PAS sibuk memasang poster calon PAS kawasan Sukau, 
Ustaz Ridhuan Baharum.
 
Majlis penerangan PAS di Kota Belud. Kelihatan bersama ialah 
calon PAS N6 Tempasuk, Aminudin Aling
 
 
Sesi Taklimat Pilihanraya oleh Sdr. Wan Nik Yusof dari Pusat Kajian Strategik, Kelantan kepada paea petugas Muslimat PAS di Sandakan. Hadir sama ialah Tuan Hj. Subky Abdul Latif, AJK PAS Pusat. 
 
 Pesuruhjaya PAS Johor, Dr. Sanusi Daeng Mariok turut membantu calon PAS di Merotai dan Kalabakan. Turut hadir ialah Sdr. Salehuddin Ayub, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat dan Tuan Hj. Muhammad Abdullah, Pesuruhjaya PAS Sabah.
 
 Calon PAS N6 Tempasuk, Sdr. Mohd. Aminudin Aling turut meluangkan masa menziarahi salah seorang penduduk yang uzur. 
 
 
 Muslimat adalah diantara petugas yang begitu gigih membantu calon PAS dalam siri kempen dan merayu undi. Kelihatan Muslimat PAS sedang menerangkan sesuatu berhubung perjuangan PAS.