utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
MAKLUMAT
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
Sarawak Tribune

    

SEMASA

KEMENANGAN KITA SERAHKAN KEPADA ALLAH, YANG PENTING "USAHA" - YDP PUM PUSAT
TUARAN, 18 Mac – Ustaz Abdul Ghani Samsudin meminta umat Islam khususnya di Sabah melipatgandakan usaha untuk membina kekuatan umat Islam bagi menghadapi cabaran alaf baru. Beliau merupakan Yang Dipertua Persatuan Ulamak Pusat, telah menggariskan 20 saranan ulamak terkenal iaitu Al Marhum Abu Hassan An Nadwi dimana umat Islam hendaklah memantapkan keimanan daripada hakisan fahaman maddiyyah pada masa kini.

"Umat Islam juga mesti mengutamakan wahyu daripada akal, mengukuhkan hubungan dengan Al Quran, memperkemaskan hubungan dengan sirah nabawiyah serta memperkukuhkan amalan-amalan rohaniah seperti membaca ma'thurat, zikir munajat, sembahyang sunat dan sembahyang malam", ujar beliau

Ustaz Abdul Ghani juga menyarankan agar umat Islam memanfaatkan IT dengan meningkatkan kemahiran pengguasaan IT dan menjadikan IT sebagai saluran berkomunikasi berkesan.

"Laman Web yang ada hari ini menyediakan banyak maklumat Islam malah kita boleh mendengar bacaan ayat suci Al Quran secara terus dan siaran TV Qatar yang disampaikan oleh ulamak terkenal Yusuf Al Qardawi"

Jalinan berkaitan : http://www.al-jazeera.net

  
 

Laman ini diterbit dan diselenggara oleh
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

E-Mail: pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED