Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
PAS TANDING 12 KERUSI 

Diantara kawasan yang telah dikenal pasti ialah Kota Kinabalu, Tawau, Keningau, Sandakan dan Kota Belud 

"Kita telah melakukan tinjauan samada PAS perlu bertanding pada pilihanraya negeri  kali ini. Hasil daripada tinjauan tersebut, PAS mempunyai potensi untuk meletakkan calonnya. Dan kita telah mengenal pasti beberapa kawasan yang akan ditandingi oleh PAS," kata Ustaz Hj. Hassan yang juga Pesuruhjaya Badang Perhubungan PAS  Negeri Selangor.
"Setelah mengadakan beberapa perbincangan, kita telah memutuskan untuk bertanding di antara 10 atau 12 kerusi dimana para pengundinya adalah kawasan majoriti Muslims," Tambah Hj. Hassan lagi 

Beliau juga tidak menafikan bahawa ada kemungkinan beberapa tokoh-tokoh UMNO Sabah yang akan menyertai PAS pada pilihanraya kali ini. Begitu juga dengan beberapa pengikut bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mungkin menyertai parti selepas ini. 

"Namun buat masa ini, mereka masih belum bersedia untuk menyertai parti," tambah beliau lagi. 

Menjawab pertanyaan berhubung peluang PAS pada kali ni: "kita telah mendapat permintaan yang menggalakkan  untuk bertanding, maka kita percaya kita mempunyai peluang yang baik untuk memenangi 12 kerusi yang ditandingi." 

Ditanya samada PAS akan menambah jumlah kerusi 12 untuk ditandingi, beliau menjawab PAS mungkin hanya bertanding 12 kerusi sahaja. 

PAS akan mempertimbangkan untuk menambahkan calon pada pilihanraya parlimen akan datang namun ianya bergantung kepada perkembangan pilihanraya Dewan Undangan Negeri. 

Ditanya tentang nama calon-calon yang akan bertanding, beliau mengatakan adalah terlalu awal untuk mengumumkan nama-nama tersebut. 

"Kesemua calon mempunyai peluang untuk menang. Sebahagian besar daripada mereka adalah terdiri daripada muka-muka baru kecuali dari Tawau," 

"Ramai yang beranggapan bahawa PAS hanya mendapat sokongan daripada pengundi Islam sahaja namun PAS sekarang telah mendapat sokongan daripada pelbagai kaum dan agama," 

"Dengan merujuk kejayaan Kerajaan pimpinan PAS di Kelantan,semua  kaum seperti cina, India ataupun Siam menduduki beberapa jawatan penting seperti Ketua Kampung Tanpa Kampung, Ahli Majlis Perbandaran dan Majlis Derah dan beberapa jawatan tinggi yang lain," tambah beliau. 

Ditanya mengenai kewujudan pengundi hantu di Sabah, Hj Hassan berkata kewujudan pengudi hantu tidak hanya terdapat di Sabah namun ianya juga wujud di Semenanjung Malaysia. 

Beliau bersetuju cadangan Parti Bersatu Sabah (PBS) agar ditubuhkan  Suruhanjaya bagi menyiasat akan kewujudan pengundi hantu di Sabah ini. 

"Bilangan pengundi Sabah telah meningkat begitu mendadak iaitu melebihi 200,00 pengundi," 

"Rakyat Sabah berhak untuk tahu bagaimana atau dari mana pengundi-pengundi ini wujud," kata Ustaz Hassan lagi. 

Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga berkata PAS buat masa ini tidak bercadang untuk mengadakan apa-apa kerjasama denga parti-parti politk pembangkang lain  pilihanraya kali ini.Kita tunggu dan lihat!! 

Menurut beliau, walaupun PAS tidak mempunyai banyak cawangan di sini, namun PAS mempunyai tenaga yang cukup pada pilihanraya kali ini. 

Ayuh Rakyat Sabah, Undilah PAS !!!