Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
PEMBOHONGAN MAHATHIR KEPADA MANGSA TANAH RUNTUH

          Dalam lawatannya ke Sandakan semalam, 18.9.1999, Dr. Mahathir telah mengadakan perjumpaan dengan  masyarakat Sandakan di Dewan Sekolah Menengah Yu Yuan, lebih kurang setengah batu dari rumah saya. Saya  tak pergi ketempat itu kerana merasa sangat benci melihat kezaliman yang Mahathir lakukan keatas Anwar dan  keluarganya. 

          Namun, melalui apa yang diberitahu kepada saya oleh beberapa rakan yang hadir (semata-mata untuk mendengar         sahaja), Mahathir seperti biasa membuat ugutan secara halus iaitu 'Negeri Sabah akan terus membangun dengan  syarat kerajaan yang memerintah adalah Kerajaan BN.'

          Ya...memang itulah sebenarya 'typical' dan watak Mahathir apabila berucap dihadapan rakyat Sabah. Dia  menganggap orang Sabah sebagai dungu-dungu belaka dan boleh termakan ugutan beliau. Nantilah..selepas  pilihanraya ni..Mahathir akan tahu juga siapa yang rakyat akan pilih untuk mentadbir Sabah - BN atau gabungan  parti-parti pembangkang.

          Sebelum tu, sewaktu peristiwa ranah runtuh yang berlaku di Sandakan pada 7.2.1997 yang mengorbankan 17 nyawa, Dr. Mahathir yang ketika itu berada diluar negeri ada membuat janji bahawa beliau akan membantu keluarga para mangsa tanah runtuh yang  terselamat. Itu janji Mahathir sewaktu diluar negeri. Tetapi setelah Allah memberikan kesempatan kepadanya  untuk berkunjung ke Sandakan dimana para mangsa dan ahli keluarga mereka masih menumpang di Dewan  Masayarakat Sibuga (lebih kurang tiga  batu sahaja dari tempat Dr. Mahathir berucap), kenapa Dr. Mahathir langsung tidak menjenguk mereka dan          menunaikan janjinya untuk memberikan bantuan sebagaimana       yang disebutnya diluar negeri itu? 

          Jelaslah Dr. Mahathir seorang pembohong dan seorang yang tidak sensitif terhadap penderitaan rakyat.Sebenarnya, punca yang mengakibatkan kepada ramainya nyawa yang hilang dalam peristiwa tanah runtuh tersebut adalah bukti kegagalan Kerajaan BN dalam membela golongan setinggan. Ya...semestinya sebagai  seorang Muslim kita diwajibkan mempercayai Qada dan Qadar Allah. Tetapi ia tidak bererti kita tidak harus berusaha. Kerajaan BN dan para pemimpinnya langsung tidak peduli tentang masalah sosial yang melanda rakyat di Negeri Sabah malah langsung tidak menunjukkan rasa tanggungjawab ke arah menyelesaikan isu setinggan yang kebanyakkannya adalah terdiri dari kaum Bumiputera Islam.

          Dr. Mahathir jangan nak bohonglah bahawa kononnya dia akan membantu mangsa tanah runtuh tersebut.Dulu...masalah yang menimpa masyarakat yang dilanda ribut Greg di Keningau telah ditipu hidup-hidup oleh pemimpin BN Sabah. Berjuta-juta ringgit wang yang terhasil dari sumbangan orang ramai telah dilesapkan oleh  pemimpin-pemimpin BN dan tidak sampai ketangan para mangsa ribut Greg tersebut.

          Hasil daripada pertemuan saya dengan para keluarga mangsa tanah runtuh pada malam 7.2.1999 dan juga  semalam iaitu selepas Dr. Mahathir balik ke Kota Kinabalu, mereka berjanji untuk turut serta menyumbang  kearah memusnahkan harapan BN untuk berkuasa semula di Sabah ini. Insya'Allah mereka membuat pengakuan  untuk membantu calun PAS dalam pilihanraya yang bakal diadakan pada 6 dan 7hb Mac, 1999 ini.

          Mereka tidak mempercayai UMNO dan BN apatah lagi untuk mempercayai Parti BERSEKUTU yang dipimpin oleh Harris Salleh. Mereka juga sudah faham bahawa Parti Datuk Harris Salleh ini sebenarnya adalah 'alat' Mahathir yang akhirnya akan menyokong BN juga . Bagi  mereka Datuk Harris Salleh bukanlah pemimpin yang punya  akhlak Islam kerana sering minum arak didalam majlis-majlis keramaian yang dianjurkan oleh partinya seperti juga para pemimpin UMNO..

CUCU TOK GURU,

Sandakan.