Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
PAS SABAH SIAP HADAPI PILIHANRAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI 

Penyertaan PAS pada kali ini dijangka akan memberi saingan hebat berikutan pergolakan dan krisis dalaman UMNO yang banyak merugikan umat Islam Sabah.

Kepimpinan UMNO yang menjadi tunggak Kerajaan Barisan Nasional telah gagal melaksana amanah dan kepercayaan rakyat negeri Sabah pada pilihanraya Dewan Undangan Negeri yang lepas.

UMNO pada pilihanraya lepas telah memenangi 18 DUN dimana pengundinya adalah majoriti masyarakat bumiputera Islam. Masyarakat Islam  telah meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada UMNO untuk mengembalikan kepimpinan Islam setelah kejatuhan Kerajaan USNO yang dipimpin oleh Allayarham Tun Datu Mustapha Datu Harun pada tahun 1976.

Kegagalan pemimpin UMNO memenuhi hasrat dan aspirasi masyarakat Islam  menyebabkan mereka mula mengalih kepada beberapa parti-parti yang lain. Di antaranya ialah Parti Bersatu Sabah (PBS) dimana telah mewujudkan satu Jawatankuasa Hal Ehwal  Islam  yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PBS (kuata bumiptera Islam) Hj. Abdul Malek Chua, bekas pemimpin BERJAYA dan bekas Presiden Belia Islam Sabah (BISA). Setakat ini, PBS hanya mampu menarik beberapa bekas pemimpin Islam khususnya bekas ahli BERJAYA seperti Datuk Mohd. Noor Mansur, AK Aliuddin, Tan Sri Suffian Koroh dan beberapa pegawai kerajaan  seperti Hj. Awang Tengah dan Hj. Uda B. Sulai..

Sebahagian umat Islam Sabah juga mengalih sokongan mereka kepada Parti BERSEKUTU yang dipimpin oleh bekas Ketua Menteri Sabah di zaman kerajaan BERJAYA iaitu Datuk Mohd. Haris Salleh. 

Penampilan PAS pada kali ini akan memberi pilihan kepada rakyat Sabah untuk memilih kepimpinan Islam yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya.

Kepimpinan Islam telah berjaya dibuktikan oleh PAS melalui kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. PAS telah menampilkan corak kepimpinan yang cekap, telus dan bebas daripada rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan.

Setelah hampir 2 penggal PAS memerintah Kerajaan Negeri Kelantan dengan Dasar "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" telah membuktikan PAS mampu memtadbir dan membangunkan negeri Kelantan ke arah kemajuan dan kemakmuran yang berasaskan Islam.

Kepimpinan Islam Kerajaan Negeri Kelantan juga telah membuktikan bahawa masyarakat bukan Islam dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan aman dan baik.Mereka tetap dibenarkan melaksana aktiviti keagamaan tanpa digangu oleh sesiapapun. Begitu juga pemimpin mereka telah dilantik menjadi Ahli Majlis Daerah, Penghulu Tanpa Mukim dan beberapa jawatan yang lain bagi memberi mereka peluang untuk turut sama membangun dan mentadbir negeri Kelantan.

Oleh itu PAS Sabah percaya, PAS juga mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Sabah.Dengan mengamalkan akhlak dan kepimpinan Islam, PAS akan dapat melaksana tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik yang mungkin.

Ayuh Rakyat Sabah, Undilah PAS !!!