Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
 Ringkasan Akhbar Harakah 


 Harakah 4 September 1998/Edisi Jumaat 
 
FATWA TANTAWI BATIL-AZ ZUHAILI 
KUALA LUMPUR: Fatwa Sheikhul Al Azhar, Sheikh Tantawi bahawa orang yang murtad tidak bleh dihukum bunuh isifatkan sebagai batil oleh seorang ulama' terkenal, Sheikh Dr Wahbah Al Zuhaili. 

UM MELABUR DALAM GUINESS ANCHOR 
KUALA LUMPUR:Langkah Universiti Malaya (UM) melabur dalam sebuah syarikat arak, Guiness Anchor Berhad memeranjatkan banyak pihak dan amat dikesali kata Presiden PKPIM, Amidi Abdul Manan. 

SELESAI KRISIS KEYAKINAN : PAS 
SHAH ALAM: Presiden PAS Dato, Haji Fadzil Noor menegaskan, krisis ekonomi yang melanda negara ketika ini tidak akan diatasi jika dua perkara asas tidak diperbetulkan. 
   Pertama, mengatasi krisis keyakinan terhadap kerajaan yang ada dan kedua melakukan perubahan asas yang berani untuk memperbaiki kelemahan sistem kewangan negara. 

PERTAHAN KEMERDEKAAN MENURUT ISLAM: MB KELANTAN 
KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, neninta rakyat mempertahankan kemerdekaan negara sebagaimana yang dituntut oleh Islam bagi mendapat keberkatan disamping perlindungan dari bala dan bahaya. 
 

GAWAT: JANGAN SALAH ORANG LAIN 
TUMPAT: Pemimpin Umno tidak wajar mempersalahkan orang lain sehingga kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang membebankan pendudukdengan kenaikan harga sekamin meningkat kata Wakil Rakyat Wakaf Baru, Haji Ramli Abu Bakar. 

KAWAL PERLAKUAN REMAJA MELALUI KESEDARAN 
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan lebih mengutamakan program ke arah kesedaran berbanding penguatkuasaan undang-undang untuk menjaga perlkuan remaja termasuk menutup aurat kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato/ Nik Abdul Aziz Nik Mat 

PAS BANTU MANGSA KEBAKARAN DESA HORMAT RAFIE 
PETALING JAYA:Setiausaha Surau Ehsaniah di sini,En Badli Shah telah mengucapkan terima kasih atas perhatian PAS kerana menghulurkan bantuan mangsa kepada kebakaran di Desa Hormat Rafie. 

NASIB PENEROKA FELDA AKAN DIPERJUANG 
JERANTUT:Masyarakt peneroka dinegeri ini wajar bertindak bijak memenangkan PASpada pilihanraya akan datang bagi mengenengahkan masalah mereka diperingkat lebih tinggi.kata Yang Dipertua PAS Jerantut, Abdul Malik Yusof. 

PERLIS AKAN CONTOHI KELANTAN 
ARAU: zperlias akan melaksanakan pentadbiran yang berasaskan Islam seperti di kerajaan Kelantan sekiranya negeri itu ditawan oleh PAS pada pilihanraya umum akan datang, kata Anggota Parlimen Arau Ustaz Hashim Jasin. 
 

Berita Kelantan 

Merdekakan pemikiran
PASIR MAS:Serangan pemikiran bertunjang idea dari Barat perlu dibebaskan oleh rakyat negara ini supaya pemerintah dapat melaksanakan syariat Islam, kata Anggota Dewan Undangan (ADUN) Meranti, Ustaz Nasarudin Haji Daud.

Memancing Alternatif
PASIR PUTIH: Aktiviti memancing boleh menjadi alternatif kepada sukan yang lain membabitkan perbelanjaan mahal seperi Golf kata Menteri Besar Kelantan seaktu menutup Grand Prix joran di Pantai Semerak isnin lalu.


30 bekas ahli Umno sertai PAS 
TEMERLOH: PAS Temerloh berjaya menambah cawangan baru apabila tertubuh PAS Cawangan Kampung Belengu pada baru-baru ini. 

PAS tembusi kubu kuat Umno Semenyih 
HULU LANGAT: Sebuah lagi kubu kuat Umno dapat ditembusi oleh PAS apabila tertubuhnya PAS Cawangan Semenyih yang dilancarkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Mohd. Hatta Ramli. 

63, termasuk JKKK, bendahari Umno masuk PAS
PADANG BESAR: Seramai 63 orang termasuk Ahli Jawarankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah menyertai PAS di kampung Kubang Perun, Chuping dekat sini baru-baru ini.. 

Bekas Ketua Pemuda Umno dan rakan sertai PAS
PADANG SERAI: Kemasukan bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman Batu Pekaka, Kuala Ketil bersama 46 orang rakannya memberi kekuatan kepada PAS Kawasan Padang Serai amnya dan Dewan Pemuda kawasan khususnya.

Rakyat perlu tolak anggapan Umno-P-Jaya
TEMERLOH: Rakyat jangan terperangkapdengan anggapan pemimpin Umno yang menyatakan rakyat tidak mengenang budi jika menyokong pembangkang.
   Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Mohd Baqi Othman sempena penyerahan borang 36 ahli dan penyokong Umno Felda Tementi menyertai PAS di Felda itu dekat sini baru-baru ini.

Pengaruh PAS di Kapar meningkat
KAPAR: Pengaruh PAS di Kapar meningkat dengan tertubuhnya sebuah lagi cawangan iaitu Cawangan Sungai Saim, Rantau Panjang.

17 penyokong Umno sertai PAS
ARAU: Seramai 17 orang bekas penyokong Umno di sini menyertai PAS dalam majlis ramah mesra bersama Ustaz Hashim.Program ini diadakan serentak sempena menyambut kedatangan 99 anggota rombongan PAS kawasan Pasir Putih ke Perlis dan Kedah selama tiga hari baru-baru ini.

 

Ringkasan Akhbar Harakah ini diterbit secara bebas dari Akhbar Harakah.Untuk Edisi penuh, para pembaca dinasihatkan mendapatkannya melalui pembekal Harakah ditempat masing-masing. 
Pihak kami akan berusaha mengemaskini terbitan harakah setiap keluaran untuk tatapan semua insyaAllah.Kelewatan akan berlaku memandangkan terbitan ini dilakukan di negeri Sabah, memandangkan proses penghantaran akhbar Harakah ke Sabah memakan masa beberapa hari. 
Segala pertanyaan  sila kemukakan melalui e-mail: pas.sabah@usa.net