Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
 Ringkasan Akhbar Harakah 


 Harakah 31 Ogos 1998/Edisi Jumaat 
 
Umat Islam Bantar Amerika 
KUALA LUMPUR: Beribu-ribu umat Islam di Kota Bharu dan Kuala Lumpur melahirkan bantahan terbuka mereka terhadap tindakan Amerika menyerang Sudan dan Afghanistan baru-baru ini. Mursyidul 'Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat hajat di Kota Bharu bagi meminta perlindungan kepada semua umat Islam dari keganasan Amerika. 

Di Kuala Lumpur pula hampir 2,000 Pemuda PAS berdemonstrasi membantah tindakan Amerika di depan bangunan kedutaan negara itu sebaik sahaja selesai solat jumaat 

Kelantan terus terima pelaburan di zaman gawat 
KOTA BHARU: Kerajaan dianggap bertuah kerana masih lagi menerima pelaburan melibatkan kos puluhan juta ringgit biarpun kegawatan begitu terasa di seluruh negara 

Langkah Tabung Haji dibimbangi 
PULAU PINANG: Masyarakat Islam negeri itu bimbang dengan sikap dalam Tabung Haji kerana cuba menyelamatkan syarikat yang bermasalah dengan cara membeli aset-asetnya yang menjalankan perniagaan komersial. 

Jangan sekali lagi guna ISA - PRM 
PETALING JAYA: Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr. Syed Husin Ali melahirkan rasa bimbang bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sekali lagi enggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menangkap 'kambing hitam' untuk menutupi kelemahannya dalam mengatasi kegawatan ekonomi semasa 
 
 

Berita Kelantan 

Kelantan tarik pelancong kenali Islam BACHOK:Kerajaan negeri bersedia untuk membantu Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(Perkim) Pusat dan negeri mencari tapak yang sesuaiuntuk membolehkan tempat khas diwujudkan bagi menarik pelancong asing mengenali Islam kata Menteri Besar Kelantan. 

Ketua Penolong Pengarah baru 
KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (YIK) mendapat Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) baru bagi menggantikan Ustaz Ismail Nuh yang menamatkan perkhidmatan dengan YIK. 
    Ustaz Mansor Haji Daud 36, bekas Mudira Maahad Tahfiz Al Quran Pulai Chondong dilantik ke jawatan tersebut mulai 16 ogos lalu. 

Bukan Islam Sokong 
JELI: Senario politk Kelantan sudah berubah apabila dasar-dasar kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama' 
    Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dasar- dasar yang dijalankan kerajaan negeri ternyata mampu memberi keselesaan kepada semua rakyat. 



Jangan Sekat Ulama' 
PARIT BUNTAR: Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia, Ustaz Haji Ahmad Awang menasihatkan pihak tertentu di negara ini supaya jangan menyekat ulama' dan ahli agama untuk berdakwah kerana perbuatan itu hukumnya berdosa 

2 cawangan baru PAS di Pasir Salak 
PASIR SALAK: Kemasukan ahli Umno ke dalam PAS di kawasan Pasir Salak menunjukkan perubahan sikap masyarakat tempatan sedang berlaku dan ia akan memberikan kesan baik terhadap PAS kawasan berkenaan kataKetua Pemudanya, Sdr. Muhaimin Sulam. 

100 sertai PAS di Jenga 18 
MARAN: Seramai 100 orang lagi ahli Umno cawangan Felda Jengka 18 dekat sini menyertai PAS setelah mereka hilang kepercayaan terhadap Umno 

PAS Parit tubuh satu lagi cawangan 
PARIT: PAS Kawasan Parit terus mendapat sokongan padu dari masyarakat akhir-akhir ini berikutan kegawatan dan krisis dalaman Umno yang memuncak menurut YDP PAS kawasan ParitSeramai 52 ahli dan penyokong Umno di Kg. Lambor Kiri telah berbuat demikian. 

Dua lagi cawangan PAS di Titiwangsa 
KUALA LUMPUR: Dua buah cawangan PAS di kawasan Titiwangsa telah ditubuhkan serentak di sebuah hotel di jalan Haji pada 23 ogos lalu. 
   Bendahari PAS Wilayah Persekutuan, Haji Aasiumudin Shamaan telah merasmikan penubuhan PAS cawangan Chow Kit da cawangan Raja Alang itu. 

54 lagi sertai PAS 
JERLUN: PAS kawasan Jerlun telah berjaya menambahkan satu lagu cawangannya dengan perasmian PAS Cawangan Kuala Tunjang dekat sini oleh Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor.

 

Ringkasan Akhbar Harakah ini diterbit secara bebas dari Akhbar Harakah.Untuk Edisi penuh, para pembaca dinasihatkan mendapatkannya melalui pembekal Harakah ditempat masing-masing. 
Pihak kami akan berusaha mengemaskini terbitan harakah setiap keluaran untuk tatapan semua insyaAllah.Kelewatan akan berlaku memandangkan terbitan ini dilakukan di negeri Sabah, memandangkan proses penghantaran akhbar Harakah ke Sabah memakan masa beberapa hari. 
Segala pertanyaan  sila kemukakan melalui e-mail: pas.sabah@usa.net