Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
KALAU OSU KEKAL KM 5 TAHUN.... UNTUNGKAH UMAT ISLAM?

hamzah abdullah 
 
Semenjak isu penggiliran KM Sabah dibangkitkan semula oleh Dr. Mahathir, timbul perbahasan mengenainya diperingkat para penyokong UMNO dan BN. Rakyat umum yang benci dengan UMNO/BN sebagaimana telah dimanifestasikan mereka melalui peti undi dengan cara mengundi pembangkang baru-baru ini tidak 
berminat untuk turut terheret dalam polemik yang sengaja dibangkitkan oleh Dr. Mahathir untuk kepentingan survival politiknya dan juga UMNO, khususnya ketika pilihanraya umum semakin menghampiri tarikhnya, tarikh yang juga bakal menyaksikan kehancuran para pemimpin UMNO/BN yang mahazalim itu, insya'Allah. 
 

Tepatlah jangkaan yang dibuat oleh YB Dato' Hj. Fadhil Noor tahun lepas bahawa Dr. Mahathir akan cuba membangkitkan   isu Melayu bagi meraih simpati golongan Melayu yang keyakinan mereka terhadap Dr. Mahathir semakin hari semakin terhakis. Isu yang melibatkan cadangan Dr. Mahathir supaya Datuk Osu (KM Sabah yang mewakili UMNO) terus kekal sebagai KM Sabah yang mewakili Bumiputra Islam atas hujah bahawa UMNO mendapat kemenangan mutlak dalam pilihanraya yang diadakan baru-baru yang diwarnai dengan babak tipu-menipui adalah antara strategi Dr. Mahathir mempamerkan dirinya sebagai 'guardian of Malay interest', sekurang-kurangnya di Sabah (lalu mengharapkan juga kesannya di Semenanjung). 

Sebenarnya, walau apapun yang cuba dilakukan oleh Dr. Mahathir dan para pemimpin UMNO bagi meyakinkan orang Melayu dan umat Islam bahawa mereka adalah pelindung kepada kepentingan orang Melayu dan umat Islam, sejarah yang terbentang dihadapan mata kita sukar untuk meyakinkan kita bahawa sifat-sifat tersebut ada   pada diri para pemimpin UMNO. 

Satu ungkapan spontan yang sering kita dengar apabila kita bertanyakan dengan individu atau anggota masyarakat yang celik dengan sepak terajang para pemimpin UMNO ialah....'para pemimpin UMNO orang opportunist!!!" pemimpin- pemimpin UMNO bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu! Pemimpin UMNOlah yang merampas tanah orang Melayu di Kerpan, Kedah dengan bertopengkan 'Akta Pengambilan Tanah' sehingga mereka hilang punca rezqi dan terpaksa memberhentikan anak-anak mereka dari bersekolah. 

Pemimpin UMNO yang buat undang- undang sehingga orang-orang Singapura sudah beli sebahagian besar tanah-tanah di Johor. Pemimpin UMNO yang buat orang Melayu sengsara di Pulau Pinang! Pemimpin UMNO juga yang terlibat dengan penambakan tanah dipinggir pantai Sembulan untuk diberikan kepada tauke Singapura bagi didirikan Sutera Harbour Resort yang mereka tentang sewaktu projek itu bermula dizaman PBS. 

Sekarang, ada pemimpin-pemimpin UMNO yang jadi proxy kepada tauke-tauke dari Taiwan membeli tanah-tanah balak dan tanah-tanah pertanian di Sabah. Pemimpin UMNO/BN yang terlibat dengan pembalakan haram di Banggi, Keningau, Sugut, Kalabakan, etc., Pemimpin UMNO yang terlibat buat arahan agar   ceramah- ceramah agama di masjid-masjid tidak diadakan kerana dibimbangi rakyat akan mempunyai kesedaran positif tentang politik Islam lalu bertekad untuk menukar pemimpin-pemimpin UMNO sekular/pragmatis! 

Jadi....dengan struktur kepimpinan UMNO sedemikian rupa, apalah sangat yang boleh diharapkan oleh umat Islam walaupun Osu jadi Ketua Menteri untuk tempoh 5 tahun. Lihat sahajalah ucapan-ucapan tahniah yang terpampang didada-dada akhbar Sabah selepas Osu dilantik jadi Ketua Menteri. Siapa dia yang banyak mengutus   ucapan-ucapan tahniah tersebut? Apakah tauke-tauke ini saja suka-suka utus tahniah atau memang ada udang disebalik maggie mee? (meminjam kata-kata YB Hj. Mohd. Sabu). 

Selalunya yang utus ucapan-ucapan tahniah ini datangnya dari macai-macai Ketua Menteri yabg memang ada kepentingan business dan biasa duduk semeja, kadang-kadang tu makan 'bak kut teh' dan minum teh Cina sekali! Inilah dia dilema orang-orang Melayu setiap kali selesainya musim pilihanraya Kalaupun ada orang-orang tertentu dari kalangan orang Melayu yang dapat habuan (projek? kontrek?) dari Datuk Osu, maka dia tidak lain hanyalah kroni beliau. 

Kalau persaingan dibuat secara sihat dan 'gentleman' diantara usahawan Bumiputra dengan bukan Bumiputra bagi mendapat sesuatu projek, tender, tanah-tanah pertanian, balak, etc., maka ia adalah hampir mustahil boleh memihak kepada usahawan Bumiputra, kecualilah kalau syarikat yang bersaing itu memang nominee kepada Menteri-menteri tertentu. 
  . 
Kalau habuan dalam bentuk komisyen tidak diberi terlebih dahulu untuk mendapatkan sesuatu kelulusan, maka nescaya gagallah ia. 
Jadi...persaingan diantara Bumiputra dan bukan Bumiputra dalam apa jua bidang bukan lagi ditentukan atas dasar kemampuan atau kebolehan atau kepakaran yang dimiliki oleh sesuatu kaum atau individu itu tetapi atas dasar siapa yang boleh bagi banyak habuan!!  Dan dalam konteks UMNO, tauke yang mampu biayai perbelanjaan perwakilan ( e.g. ongkos penginapan, makan minum, wang poket) dari Bahagian UMNO yang Ketua Bahagiannya   adalah Menteri-menteri UMNO, maka tauke tersebut 'can rest assure that he will get either tendered projects or negotiated projects.' 

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa tiada satu program yang serius yang dapat dijelmakan oleh para pemimpin UMNO sepanjang tempuh mereka memegang kuasa pemerintahan untuk melahirkan usahawan Bumiputra berkualiti. Kalaupun ada program-program tertentu yang diwujudkan, ia tidak lebih seperti melepaskan batuk ditangga. Hiruk-pikuk pemimpin UMNO untuk kononnya mahu melahirkan golongan usahawan kelas menengah Melayu tidak lebih hanya satu ungkapan manis   bertujuan menutup tembelang mereka yang selama ini tidak pernah ambil  kisah tentang masa depan golongan usahawan bumiputra/Islam yang mempunyai minat tinggi dalam bidang keusahawanan. 

Memang ada golongan usahawan menengah Melayu  yang dianugerahkan projek-projek besar kerajaan. Tetapi tengoklah seperti kesnya dengan projek pembinaan poliklinik Sandakan (projek Federal) yang memakan belanja puluhan juta ringgit itu. Bermula dari fasa 1 hingga tamat, semuanya dialibabakan kepada kontrektor Cina. Jadi, sampai bila  usahawan Melayu yang tulin dan bertanggungjawab dapat diwujudkan? 

Tanah kosong yang terletak dikawasan pinggir bandar yang pernah menjadi tapak pejabat JKR Sandakan yang cukup strategik untuk dijadikan premis perniagaan bagi disewa atau dijual kepada usahawan Islam, telah diberikan kepada   seorang tauke Cina yang punya kaitan rapat dengan bekas Menteri Kejaraya  yang  lalu. Inilah yang dikatakan 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.' Habis  berbuih mulut para pemimpin UMNO mahu kononnya memperjuangkan hak-hak   orang Melayu. 
 

Bolehkah umat Islam mengharapkan 
perubahan membanggakan jika Osu jadi 
KM untuk tempoh waktu 5 tahun?

Hak apa yang diperjuangkan UMNO bila yang sepatutnya  menjadi hak orang Melayu diberi kepada orang bukan Melayu!!!! Inilah  yang dikatakan menjual hak orang Melayu. Itulah kepintaran UMNO mentadbir negara ini. Akhirnya orang   Melayu akan jadi seperti Red Indian di Amerika sana! 

Kalau Datuk Osu sensitif dengan masa depan umat Islam Sabah, maka jangka masa  5 tahun beliau jadi Ketua Menetri adalah cukup panjang dan boleh dimanfaatkan kearah itu. Datuk Osu tidak perlu bersikap dan berhujah secara  keanak-anakan  dimana apa yang sering kita dengar bila timbul saranan sebegini dari kalangan individu atau kumpulan yang prihatin dengan nasib masa depan umat Islam dibumi sendiri ialah kata-kata pemimpinUMNO 'tak boleh...kita tak boleh tindas kaum lain, negara kita masyarakat berbilang bangsa, berbilang kaum, kita kena adil.' Ini balasan spontan yang kita dengar dari pemimpin UMNO. 

Kita nak tanya pula, apa kena mengena usaha kita nak tolong golongan yang tertinggal jauh dalam bidang ekonomi dan keusahawanan ini dengan menindas kaum  lain??  Bukankah itu dua isu yang berbeza? Apakah selama ini usahawan Islam mendapat   layanan adil dari kalangan tertentu yang memegang tampuk kuasa dalam  badan-badan tertentu? Jawabnya ada pada kita. 

Datuk Osu harus mempunyai wawasan untuk melakukan perubahan fundamental supaya tanah-tanah kosong pinggir bandar tidak dibolot oleh kaum tertentu sahaja malah dapat diwujudkan pusat-pusat perniagaan dengan menyediakan cara mudah untuk usahawan Islam memiliki atau menyewanya. Sekolah-sekolah agama Islam yang   tak ubah seperti kandang kambing harus dirubah wajahnya sesuai dengan perkembangan semasa. 

Bandingkan dengan sekolah-sekolah dan tadika Cina, khususnya di Sandakan, sekolah agama MUIS Batu 1 1/2 cukup memalukan umat Islam. Saya kira yang harus paling malu ialah pemimpin UMNO sendiri, itupun kalau ada kemaluan! Kalau tidak ada kemaluan langsung, menteri pondanlah namanya. 

Bolehkah umat Islam mengharapkan perubahan membanggakan jika Osu jadi KM untuk tempoh waktu 5 tahun? Atau akan lebih banyak tergadaikah kampung-kampung umat Islam untuk diberi laluan kepada pelabur-pelabur Taiwan mendirikan industri dan hotel atau pusat peranginan, etc, dan membiarkan orang Melayu hanya menjadi penonton keatas pembangunan pesat yang sering dbangga- banggakan? 

Sama-samalah kita tunggu dan lihat 

 
 

Hamzah Abdullah ialah Yang Dipertua (penaja) PAS Kawasan Libaran. Beliau adalah aktivis sosial yang banyak memperjuangkan nasib golongan miskin dan setinggan di Sabah khususnya kawasan Sandakan.