Make your own free website on Tripod.com
 
UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
DATUK CLAUDIUS TIDAK SERIUS ATASI MASALAH KANDANG BABI 

hamzah abdullah 

Kenyataan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Caludius Roman, yang tersiar dalam akhbar Daily Express keluaran  29.4.1999, yang  dibuat selepas  mesyuarat ahli-ahli majlis (councillors' meeting) mengenai kedudukan ladang babi yang terletak di Kampung Batu Putih, sebuah penempatan yang diduduki hampir 100 % oleh umat  Islam, adalah amat dikesali. 

Datuk Claudius telah bersikap 'double-standard' apabila beliau  menyatakan bahawa keadaan tidak terlalu mendesak untuk menyegerakan pemindahan ladang babi terbabit  yang telahpun wujud sejak lebih 30 tahun lalu.memandangkan belum lagi 
terdapat sebarang  jangkitan penyakit JE dikawasan terbabit. 

Lebih mengecewakan lagi ialah  kenyataan beliau bahawa satu jalan alternatif akan dibuat dikawasan tersebut bagi  mengelakkan orang ramai (tentunya umat Islam) dari terus menghidu bau busuk  apabila melalui jalan tersebut setiap hari. Kita nak bertanya, wang siapakah yang akan  digunakan untuk membina jalan alternatif tersebut semata-mata untuk mempastikan kelangsungan  kewujudan ladang babi tersebut?? 

Apakah wang itu akan dikeluarkan dari poket Datuk Claudius sendiri, atau pengusaha ladang babi atau dari poket kami- para pembayar cukai??? Selaku seorang umat Islam yang sensitif dengan benda-benda yang telah diharamkan oleh Allah, kita amat kesal bahawa saranan yang dibuat oleh Datuk Musa Aman, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, untuk menyegerakan pemindahan ladang babi tersebut telah dipandang remeh oleh Datuk Claudius Roman. Nampaknya sudah semakin terbukti bahawa arahan yang dibuat oleh Menteri-Menteri UMNO  berkaitan kepentingan umat Islam tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya hatta daripada jabatan-jabatan kerajaan yang berada dibawah pentadbiran Kerajaan BN Sabah yang UMNO menjadi tulang belakangnya. 

Datuk Claudius nampaknya lebih sensitif kearah merobohkan kampung-kampung setinggan umat Islam dan menangkap serta
merampas barang-barang yang dijual oleh para penjaja Bumiputera seperti yang berlaku dikawasan Pelabuhan Karamunting dan kawasan penjaja berhampiran flat MPS, Karamunting. Sampai bila umat Islam  harus terus membutakan mata dan hati mereka diatas kepincangan yang berlaku dihadapan mereka??? 

 

Hamzah Abdullah ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap Yang Dipertua (penaja) PAS Kawasan Libaran. Beliau adalah aktivis sosial yang banyak memperjuangkan nasib golongan miskin dan setinggan di Sabah khususnya kawasan Sandakan.