UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
KENYATAAN AKHBAR 

PAS SAH BERTANDING DI 10 KAWASAN PADA PILIHAN RAYA NEGERI 22/2/99 

KOTA KINABALU, 21 Feb (Bernama) -- PAS hari ini mengesahkan akan bertanding di 10 kawasan pada pilihan raya negeri kali ini. 

Pengarah Pilihan Raya PAS Sabah Mohamad Husain berkata dalam satu kenyataan hari ini, calon-calon yang disenaraikan terdiri daripada kalangan ahli perniagaan, profesional dan petani. 

Sebelum ini, parti itu berkata ia akan bertanding di lapan kawasan iaitu Kalabakan, Merotai, Sri Tanjung, Balung, Sekong, Sukau, Tempasuk dan Likas. 

Pada pilihan raya negeri 1994, PAS bertanding di tiga kawasan -- Merotai, Sri Tanjung dan Balung -- tetapi tewas di ketiga-tiga kerusi. 

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Sabah Haji Muhammad bin Tingka mengumumkan kemasukan semula dua bekas anggota PAS ke dalam parti itu. 

Mereka ialah bekas Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah dan bekas AJK Badan Perhubungan PAS Sabah, Ridwan Baharun. 

Muhammad berkata, Hamzah akan bertanding di kawasan Sekong dan Ridwan pula bertanding di Sukau pada pilihan raya negeri kali ini. --BERNAMA