UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
E-mail: pas.sabah@usa.net
SALINAN LAPORAN POLIS

22/2/99
 

Kepada 
Semua Akhbar Tempatab

Tuan,
KENYATAAN AKHBAR

PAS buat laporan polis

KENYATAAN DOMPOK BERSIFAT HASUTAN

Kota Kinabalu - PAS Sabah hari membuat laporan polis ekoran kenyataan
yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Bernard Dompok yang
meminta rakyat Sabah agar tidak memberi tempat kepada PAS untuk
bertapak di negeri ini yang disifatkannya boleh mengakibatkan
perbalahan berdasarkan faktor agama sebagaimana yang berlaku di sebuah
negara Asia. Kenyataan yang dibuat dihadapan 300 orang pengundi di
Nambazan itu telah disiarkan oleh kebanyakan akhbar tempatan pada hari
ini.

"Kenyataan Tan Sri Bernard amat sensitif, merbahaya dan bersifat
hasutan. Malah ianya boleh membawa tercetusnya situasi politik yang
cemas menjelang pilihanraya negeri yang akan diadakan nanti. Kita
mendesak agar pihak keselamatan mengambil tanggungjawab ini bagi
mengawasi kenyataan-kenyataan yang keterlaluan. Kita memberi amaran
agar beliau (Tan Sri Bernard) menarik balik kenyataan tersebut sebelum
hari penamaan calon, jika tidak PAS Sabah akan mendapatkan nasihat
pihak guaman samada wujud kes untuk membawa perkara ini ke mahkamah.
Beliau tidak perlu terlalu gusar atau bimbang untuk menghadapi demam
kempen pilihanraya kali ini dengan kenyataan-kenyataan seperti itu.
Rakyat Sabah sudah matang untuk memilih pemimpin yang akan mewakili
mereka termasuklah di kawasan Moyog."

Sekian, terima kasih.
 

Yang benar.
 

Haji Wan Azhar Wan Ahmad
Setiausaha Lajnah Politik
Badan Perhubungan Negeri Sabah.