utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
POLITIK
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
Sarawak Tribune

    

KENYATAAN AKHBAR

PAS SABAH DESK SESB HORMATI KONTRAK RAKYAT

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Sabah atau PAS Sabah merakamkan perasaan kesalnya diatas sikap tidak berperikemanusiaan pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) yang telah didalangi oleh segelintir pemimpin UMNO Sandakan yang begitu rakus mengaut kekayaan diatas keperitan dan penderitaan masyarakat Kg. BDC, Kg. Perpaduan dan Kg. Muhibbah.

Sejarah hitam yang pertama kalinya berlaku dizaman pemerintahan UMNO/BN dan tidak pula pernah berlaku dizaman kerajaan yang lepas dimana pihak SESB, yang majoriti sahamnya dipegang oleh Keraj aan, telah bertindak memutuskan bekalan letrik keatas lebih 800 buah rumah di ketiga-tiga kampung berkenaan.

Peristiwa pemotongan bekalan letrik yang dilakukan pada pukul 10.40 pagi, 18.9.2000, juga telah mencatitkan kelainan yang luar biasa. Pihak Kerajaan UMNO/BN telah mengarahkan Pasukan n Gerakan Am (PGA) \line untuk melakukan operasi pemotongan bekalan letrik ini. PGA telah memotong wayar yang menyalurkan arus letrik keatas lebih 800 buah rumah yang sebahagian besarnya adalah para penyokong UMNO/BN.

Akibatnya, para pengguna telah dinafikan hak mereka untuk mendapat bekalan letrik dan terpaksa bergelap untuk tempoh selama 9 hari. Kanak-kanak dan pelajar sekolah adalah golongan paling malang akibat tindakan SESB ini kerana mereka tidak dapat menelaah pelajaran mereka pada waktu malam.

Beberapa lapuran polis telah dibuat oleh masyarakat kampung yang turut mencatatkan beberapa kerosakan ketas peralatan letrik yang berpunca dari pemotongan bekalan letrik ini. Terdapat juga satu insiden dimana seorang kanak-kanak berumur 7 tahun telah mati akibat terkena kejutan letrik.

Beberapa pemimpin PAS Negeri Sabah serta diperingkat kawasan yang diketuai oleh Sdra. Hamzah Hj. Abdullah, telah berkunjung kerumah Ketua Cawangan UMNO dikampung berkenaan. Hasilnya ialah beberapa ceramah umum telah diadakan dimana sambutan yang diberikan adalah amat menggalakan.

PAS Sabah telah memaklumkan masyarakat kampung tentang hak-hak mereka dan satu keputusan telah dicapai untuk mengemukakan saman dimahkamah keatas SESB bagi menuntut gantirugi dan memulihkan semula bekalan letrik kesetiap rumah yang masih mempunyai perjanjian dengan SESB.

PAS Sabah juga telah mengenalpasti seorang peguam terkenal bagi memulakan tindakan sivil keatas SESB. \par Daripada beberapa penyiasatan yang dilakukan oleh PAS Sabah, terdapat bukti kukuh dalam bentuk dokumen dimana sebuah syarikat,

Pentagon Marketing Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang berdaftar di Labuan, telah diberikan hak oleh SESB bagi mengambil alih tanggungjawab memungut bayaran bil letrik dikampung-kampung berkenaan. Apa yang pelik dalam perkara ini ialah syarikat tersebut bukannya sebuah syarikat 'pengeluar tenaga bebas' (IPP) serta tidak mempunyai sebarang infrastructure (prasarana) sebagaimana syarikat IPP lainnya selain hanya sebuah p ejabat biasa.

Orang ramai juga sudah mula membuat beberapa andaian bahawa seorang tokoh UMNO Sandakan adalah dalang disebalik 'kesungguhan' syarikat ini untuk mengutip bayaran bil letrik yang ternyata dua kali ganda lebih mahal dari sebelumnya. Kalau dulu para pengguna hanya membayar 26 sen seunit dari SESB, kini mereka terpaksa membayar 50 sen seunit kepada Pentagon Marketing Sdn. Bhd.

PAS Sabah mendesak agar SESB menghormati 'kontrak' nya dengan para pengguna dan tidak bertindak diluar lunas undang-unda ng.

HAMZAH HJ. ABDULLAH
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.
27.09.2000

  
 

Laman ini diterbit dan diselenggara oleh
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

E-Mail: pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED