Halaman ini diterbit Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan 88100 Kota Kinabalu Sabah. E-mail: pas.sabah@usa.net, |
SIARAN MEDIA
JABATAN AGAMA ISLAM SABAH MESTI BERTINDAK PAS Sabah menyifatkan sebagai biadap, memalukan serta menghina Islam dan penganut agama Islam berhubung tingkah-laku seorang pemimpin perniagaan Cina yang beragama Islam, Datuk Mohd. Sari Hj. Nuar, yang memulakan upacara megutip derma untuk mangsa JE dengan memotong daging babi yang telah dipanggang. Tindakan Datuk Mohd. Sari pada malam Khamis, 14.4.1999, yang memotong daging babi panggang dalam satu upacara mengutip derma yang berlangsung di Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, adalah bukti jelas bahawa agama Islam yang selama ini menjadi anutan beliau hanya digunakan sebagai 'topeng' untuk mengaut keuntungan material bagi kepentingan dirinya. Reaksi masyarakat Islam yang rata-rata marah dengan tindakan yang mengaibkan Islam itu menyifatkan agama Islam yang dianuti beliau hampir sama sahaja dengan beberapa tokoh permiagaan Cina seperti Datuk Nasir Yeo, Datuk Farid Tan, etc., Apa yang masih terlekat pada diri Datuk Mohd. Sari hanyalah agama Islam itu belum lagi diisytihar sebagai dilucutkannya sebagaimana yang telah dilakukan oleh beberapa orang Cina yang masuk Islam dizaman USNO yang akhirnya mengisytiharkan keluar dari agama tersebut atau lebih tepat lagi MURTAD dan kembali kepada agama asal mereka selepas kemenangan PBS pada 1985. Umat Islam tidak dapat menerima perbuatan Datuk Mohd. Sari memotong daging babi panggang yang mana ianya turut disaksikan oleh Datuk Yong Teck Lee, Datuk Tham Nyip Shen, Tim. Ketua Menteri Sabah, YB Philip Yong, MP Gaya, dan ribuan hadirin keturunan Cina yang lainnya. Datuk Mohd. Sari boleh memotong ribuan daging babi panggang mengikut suka hatinya dengan syarat dia mestilah mengisytharkan telah MURTAD dan keluar dari Islam. Sehubungan dengan itu PAS Sabah mendesak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) supaya segera mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkkan lebih banyak perbuatan yang mengaibkan Islam dan memalukan umat Islam yang bakal dilakukan oleh Datuk Mohd. Sari. PAS Sabah telah sekian lama memerhatikan gelagat Datuk Mohd. Sari dan membuat kesimpulan berdasarkan insiden mutakhir ini bahawa beliau bukan seorang Muslim sejati yang punya keprihatinan keatas nasib umat Islam Sabah, sama ada umat Islam keturunan Cina, keturunan India, etc., Datuk Mohd. Sari tidak pernah menjalankan aktiviti meningkatkan ekonomi umat Islam walaupun beliau mempunyai kemahiran dibidang tersebut. Datuk Mohd. Sari lebih banyak terlibat dalam aktiviti yang memberi menafaat kepada bukan Islam. PAS Sabah juga mendesak agar
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat siasatan terperinci atas kedudukan
Datuk Mohd. Sari agar beliau tidak dikategorikan sebagai Bumiputera berdasarkan
rekod beliau seorang penganut Islam yang telah bertindak bertentangan dengan
Islam.
HAMZAH HJ. ABDULLAH
|