UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
PROJEK
AKTIVITI
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 
 
 

 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net

KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARA’



Petikan Kertas Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat
 
KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARA’
ÇáÍãÏ ááå ÑÈ ÇáÚÇáãíä, æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÃÔÑÝ ÇáÃäÈíÇÁ æÇáãÑÓáíä æÚáì Âáå æÕÍÈå ÃÌãÚíä, æÈÚÏ
  1. Menegakkan Pemerintahan Islam
  2. Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah (ÎáÇÝÉ) atau Imaratul Mukminin (ÅãÇÑÉ ÇáãÄãäíä) ataupun al Imamah al ‘Uzma (ÇáÅãÇãÉ ÇáÚÙãì). Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan:

    ÎáÇÝÉ Úä Çáä龃 Ýí ÍÑÇÓÉ ÇáÏíä æÓíÇÓÉ ÇáÏäíÇ Èå

    mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya.”

    Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq t sesudah wafatnya Rasulullah r :

    Åä ãÍãÏ ÞÏ ãÇÊ ÝáÇ ÈÏ áåÐÇ ÇáÏíä ããä íÞæã Èå

    Maksudnya:

    “Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya” 

    Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan saqifah Bani Sa’adah (ÓÞíÝÉ Èäí ÓÚÇÏÉ) yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah mengantikan Rasulullah r.

     

  3. Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam
  4. Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun, (Faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi: 

    “Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa olah junjungan besar nabi Muhammad r.”

    Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat (ÇáäÌÏÇÊ) mengatakan bahawa tidak wajibnya menegakkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini. Pendapat mereka ditolak oleh ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al Quran dan Al Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

    ÇáÝÕá Ýí Çáãáá æÇáÃåæÇÁ æÇáäÎá ( Ì 4 Õ : 87 )
     
  5. Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal.
  6. Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali ?

    Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al Quran, Al Sunnah, Al Ijma, dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

    íÇ ÃíåÇ ÇáÐíä ÂãäæÇ ÃØíÚæÇ Çááå æÃØíÚæÇ ÇáÑÓæá æÃæáæ ÇáÃãÑ ãäßã

    Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita.

    Rasulullah r antara lainnya ada bersabda:

    Óíáíßã ÈÚÏí æáÇÉ¡ Ýíáíßã ÇáÝÇÌÑ ÈÝÌæÑå ÝÇÓãÚæÇ æÃØíÚæÇ Ýí ßá ãÇ æÇÝÞ ÇáÍÞ ÝÅä ÃÍÓäæÇ Ýáßã æáåã æÅä ÃÓÇÄÇ Ýáßã æÚáíåã (ÇáÍÏíË ÑæÇå åÔÇã ÇÈä ÚÑæÉ Úä ÃÈí ÕÇáÍ Úä ÃÈí åÑíÑÉ ÑÖí Çááå Úäåã ) ÇáÃÍßÇã ÇáÓáØÇäíÉ.

    Selain dari Al Quran dan Al sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

    Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah r bersabda:

    ÅÐÇ ÎÑÌ ËáÇËÉ Ýí ÓÝÑ ÝáíÄãÑæÇ ÃÍÏßã

    Maksudnya:

    “ jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua.”

    Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

     

     

  7. Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam
  8. Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

    Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Baiah Ammah.

    Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonklan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan baiah ammah di masjid Al Nabawi. Baiah ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai (ÇÓÊÝÊÇÁ ÚÇã), kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah (ÇáÔåÇÏÉ) iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

     

  9. Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam
  10. Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah r:

    ãä ãÇÊ æáíÓ Ýí ÚäÞå ÈíÚÉ ãÇÊ ãíÊÉ ÌÇåáíÉ (ãÓáã)

    Maksudnya:

    “ Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah.”

    Antara lafaz baiah itu ialah:

    ÃÈÇíÚß Úáì Ãä ÊÞíã ÝíäÇ ßÊÇÈ Çááå æÓäÉ äÈíå r

    Maksudnya:

    “ Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya r.”

     

    Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepda antara lainya Firman Allah Ta’ala:

    æÇÔåÏæÇ Ðæí ÚÏá ãäßã ( ÇáØáÇÞ:2)

    Maksudnya:

    “ Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu.”

    Firman Allah lagi:

    æÃÞíãæÇ ÇáÔåÇÏÉ ááå (ÇáØáÇÞ:2)

    Maksudnya:

    “ Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”

     

    Firman Allah Ta’ala lagi:

    æáÇ ÊßÊãæÇ ÇáÔåÇÏÉ æãä íßÊãåÇ ÝÅäå ÂËã ÞáÈå (ÇáÈÞÑÉ: 283)

    Maksudnya:

    “ Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya.”

     

    Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan – seperti mana dikatakan:

    ÃÈÇíÚß Úáì Ãä ÊÞíã ÝíäÇ ßÊÇÈ Çááå æÓäÉ äÈíå r

    Maksudnya:

    “ Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya r.”