|
APA
ERTINYA SARANAN DATUK THAM NYIP SHEN
hamzah abdullah Memang agak sukar untuk kita membahaskan sesuatu isu yang menyangkut persoalan kaum di Malaysia. Mentaliti kita, khususnya bangsa Melayu ni, memang sudah lama terdidik dan tertanam suatu sindrom bahawa kononnya membahaskan sesuatu isu yang berunsur mempersoalkan hak atau keistimewaan sesuatu kaum lain itu adalah sensitif, bersifat 'seditious' dan salah disisi undang- undang walaupun hak dan keistimewaan orang-orang Melayu semakin hari semakin terhakis dan hancur lebur.. Undang-undang apa ini dan ciptaan siapa? Undang-undang manusia dan ciptaan UMNO!!! Orang Melayu kata, jangan cakap soal Cina Melayu, sensitif tu, nanti kena tangkap kau! Oleh yang demikian, secara umumnya umat Melayu gemar mengambil jalan mudah lagi dangkal yang bersifat 'defeatist attitude' dengan berkata..." ah biarlah bah..nanti kalau kau soal banyak-banyak ditangkap ISA pula kau, baru kau tau." Biarlah...ada juga si Osu tu jadi KM kan...dia taulah tu... pasal diapun orang Melayu juga kan? Itulah sedikit lakaran atau senario pemikiran dan mentaliti orang- orang Melayu yang akhirnya kita boleh nampak dengan jelas akan kesan kesudahannya .....sekurang-kurangnya hingga saat ini. Inilah hasil didikan para pemimpin UMNO dan Dr. Mahathir sehingga umat Melayu terpisah jauh dari Al-Quran dan tidak lagi mengambil Al-Quran sebagai rujukan mutlak apabila berhadapan dengan sesuatu isu besar khususnya yang mencabar dan menggugat keutuhan dan martabat umat Melayu/ Islam. Al-Quran telah dengan jelas mendidik umat Islam bagaimana sikap kita jika berhadapan dengan isu yang diutarakan tadi. Firman Allah:
(Surah Al
Fat'h (Kemenangan) : 29)
Tetapi pernahkah kita memberi
sedikit perhatian tentang apa yang dilakukan oleh Datuk Tham
sejak dia menyertai BN 5 tahun lalu dan memegang jawatan TKM yang mewakili
SAPP sehingga kesaat ini? Saudara-saudara ambil surat-surat khabar lama
sebagai rujukan dan yang terbaru bertarikh 2.4.1999. Saudara lihat
muka surat 13 akhbar Daily Express bertarikh 2.4.1999. Jelas disitu terpampang
kenyataan Datuk Tham yang meminta usahawan Taiwan untuk memindahkan operasi
mereka ke Sabah dan menjadikan Sabah sebagai pengkalan untuk pelaburan
mereka. Suatu ketika dulu saya teringat ada seorang pelabur Muslim dari
Timur Tengah yang bergiat dalam sektor pembuatan besi (steel
manufacturer) yang menyatakan minatnya kepada Datuk Tham untuk menjadikan
Sabah sebagai pusat operasinya. Entah apa sudah jadi dengan pelabur Muslim
tersebut. Saya yakin Datuk Tham tentu saja akan sabotaj usaha- usaha baik
sebegini yang melibatkan usahawan Muslim.
Semua tahu dan faham bahawa
jika mana-mana pihak yang mahu membuat pelaburan di Sabah, maka mereka
akan dapat layanan cukup istimewa. Dan dalam konteks pelabur Taiwan....Datuk
Thamlah yang akan menguruskan tanah-tanah atau kawasan- kawasan yang mahu
dijadikan tempat untuk mendirikan kilang-kilang para pelabur Taiwan ini.
Kalau pelaburan itu melibatkan pembinaan hotel atau pusat-pusat peranginan,
maka umumnya kampung- kampung Melayu dipinggir pantailah yang
akan menjadi korban. Ini bakal berlaku di Kg. BDC, Sandakan, yang mana
hampir semua penghuninya yang berjumlah lebih 20,000 orang adalah terdiri
dari masyarakat Islam. Ia sudah berlaku di Papar, Sembulan, Tuaran dan
beberapa tempat lain. Itu dari segi kawasan-kawasan yang akan menjahanamkan
penempatan orang-orang Islam.
Dari segi masa depan generasi remaja umat Islam yang sekarang masih diperingkat bangku sekolah, bagaimana agaknya kedudukan mereka 10-15 tahun akan datang, khususnya mereka yang mempunyai bakat dan minat untuk berniaga? Bayangkan...dalam masa 10-15 tahun dari sekarang, semua tanah-tanah kosong di Sabah ini telah dibolot semuanya oleh para pelabur Taiwan angkara strategi yang dimainkan oleh Datuk Tham. Bayangkan semua tanah-tanah pertanian, tanah-tanah untuk didirikan industri ringan dan berat, hotel-hotel dan pusat peranginan, projek perumahan kos tinggi dan mewah semuanya dikuasai oleh pelabur Taiwan!!! Dimana agaknya ketika itu kita boleh bermimpi untuk bersaing dari segi kekuatan ekonomi dengan orang-orang kafir? Jangan cakap nak bersainglah...nak memulakan sesuatu aktiviti ekonomipun memang mustahil!!! Sekarang inipun kita sudah dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri dan dapat mengagak akan nasib masa depan kita ditanah air kita sendiri. Lihat sahajalah strategi licik yang dimainkan oleh pemimpin chauvinist SAPP ini...habis semua tanah-tanah kosong 'prime land' diberikan kepada pelabur-pelabur (ada juga pelabur yang syarikatnya bermodal RM2.00 sebagaimana yang Osman Aroff -bekas MB Kedah -luluskan untuk memajukan tanah seluas 15,000 ekar untuk kononnya nak dijadikan Disneyland Malaysia???) Siapa dia pelabur-pelabur yang dapat habuan tanah-tanah 'Golden Triangle' di KK semasa Yong Teck Lee dan Tham Nyip Shen berada dipuncak pemujaan Dr. Mahathir kerana SAPP berjaya menumbangkan PBS (juga dengan cara yang tidak demokratik) kalau bukan pelabur-pelabur dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan? Tak usah cakap lagi soal pelabur-pelabur dari Sarawak!!! Apakah ini bukan perkauman dan chauvinist namanya? Apakah umat Islam harus terus membisu sehingga menjadi syaitan bisu walaupun masa depan mereka semakin malap dibumi Sabah ini? Apakah kita cuba bermain isu perkauman atau kita sebenarnya menentang pemimpin yang tebal sifat perkaumannya? Untuk mengharapkan pihak berkuasa yang berada dalam cengkaman Mahathir bagi mengambil tindakan undang-undang keatas para pemimpin yang melakukan penyelewengan ini ibarat menunggu kucing bertanduklah jadinya. Kan pepatah dah mengatakan 'Anak borek, bapa mesti rintik.' Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.' Inilah musibah yang menimpa dan akan terus menimpa umat Islam akibat dari tindakan mereka meninggalkan Al-Quran yang telah diwariskan oleh junjungan besar Muhammad s.a.w. kepada kita. Sistem 'asabiyyah yang zalim yang menjadi kebanggaan dan amalan orang-orang Melayu juga menjadi sebab kepada kemuduran mereka. Usaha membantu orang-orang Melayu gagal kerana rasuah dan penindasan, maka rasuah dan penindasan mestilah dihancurkan. Umat Melayu/ Islam hendaklah menolak sistem 'asabiyyah yang dijelmakan oleh UMNO dan mesti kembali bersama jamaah Islam yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w. sebagai asas rujukan dan tindakan mereka jika mereka ingin kepada kemuliaan. Rasulullah s.a.w. memberi peringatan kepada umatnya supaya menyertai jamaah agar memperoleh rahmat, sedangkan tidak menyertai jamaah itu akan mendapat azab Allah s.w.t. Sabda Rasul s.a.w. : 'Hendaklah kamu berada dalam jamaah, kerana sesungguhnya jamaah itu adalah rahmat, sedangkan perpecahan itu merupakan azab.' (Hadith Riwayat: Muslim) Akhir sekali, suka saya memperingatkan diri saya dan saudara-saudara seagama dengan satu ayat Allah: ' Maka berepgang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu, sesungguhnya kamu berada diatas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagi mu dan kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungjawab.' (az-Zukhruf:
43-44)
Hamzah Abdullah ialah Yang Dipertua (penaja) PAS Kawasan Libaran. Beliau adalah aktivis sosial yang banyak memperjuangkan nasib golongan miskin dan setinggan di Sabah khususnya kawasan Sandakan. |