utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
MAKLUMAT
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
Sarawak Tribune

    

SEMASA

PAS TAWAN KINABALU
RANAU, 8 April– Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Sabah telah berjaya mengembangkan sayapnya ke bumi Gunung Kinabalu berikutan tertubuhnya 3 cawangan baru dan seterusnya menubuh jawatankuasa penaja PAS kawasan Kinabalu baru-baru ini. Cawangan- cawangan tersebut adalah PAS cawangan Ranau, PAS cawangan Taman Pasir Putih dan PAS cawangan Kundasang.

Majlis penyerahan keahlian PAS ini telah dihadiri oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Sabah, Yang Dipertua PAS Kawasan (penaja) Tanjung Aru dan Pengerusi Lujnah Teknologi Maklumat Dewan Ulamak PAS Sabah.

Dengan kejayaan PAS bertapak di lembah pergunungan kinabalu telah membuktikan bahawa perjuangan PAS semakin diyakini dan diterima di kalangan masyarakat Sabah khususnya di kawasan pendalaman.

Kawasan Kinabalu terkenal dengan kawasan peranginan seperti Gunung Kinabalu, National Park, Ladang Teh Sabah, Mesilau Basin Park, Pekan sayur-sayuran Kundasang dan kolam air panas Poring.

Kawasan parlimen Kinabalu mempunyai dua kawasan Dewan Undangan negeri dan satu parlimen. kawasan tersebut ialah DUN Ranau dan DUN Kundasang serta parlimen Kinabalu. DUN Ranau diwakili oleh Datuk Siringan Gubat (UPKO-BN), Kundasang oleh Karim adam (PBS) manakala Kinabalu oleh Tan Sri Bernard Dompok (UPKO-BN).

  
 

Laman ini diterbit dan diselenggara oleh
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

E-Mail: pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED