BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
Memartabatkan Kedaulatan Rakyat

 

laman utama

pengenalan 
pucuk pimpinan 
direktori 
jadi ahli  
jadi sukarelawan 
bantulah kami 
hubungi kami 
kenali PAS 
sejarah pas sabah  
asas dan sejarah 
perjuangan 
kenali sabah 
kerajaaan negeri
melancong 
maklumat lslam (JHEAINS)  

Q & A 

memahami dan  mengenali  perjuangan PAS 

bagaimana saya  boleh menjadi ahli 

negara islam 

e-berita 

     

utama > sejarah PAS Sabah

Sejarah penubuhan PAS Sabah

"Maka pada 19hb Mei, 1986, PAS Sabah telah ditubuh dengan resminya dan majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS
(sekarang Presiden), Tuan Hj. Yusof Rawa."

DETIK AWAL
Cadangan untuk PAS mengembangkan sayapnya ke Sabah telah lama dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung / Muktamar PAS Pusat. Namun cadangan tersebut tidak disusuli dengan tindakan bagi merealisasikannya.

Pada awal tahun 1986, satu perbincangan yang diadakan diantara Sdra. Hamzah Hj. Abdullah dengan Ustaz Nakhaie Hj. Ahmad melalui telefon telah disusuli dengan perjumpaan bagi mengaturkan tarikh pelancaran PAS Sabah. Natijahnya ialah satu tarikh telah ditetapkan bagi memenuhi maksud tersebut. Maka pada 19hb Mei, 1986, PAS Sabah telah ditubuh dengan resminya dan majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS (sekarang Presiden), Tuan Hj. Yusof Rawa.

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN DAN PELANCARAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH

Tempat Dewan Mesyuarat, Kinabalu International Hotel (sekarang Hyatt Int'l. Hotel)
Tarikh 19hb Mei, 1986
Masa 7.45 malam

Mesyuarat dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta.
Yang DiPertua PAS, Ustaz Hj. Yusof Rawa, Naib Yang DiPertua PAS, Ust. Nakhaie Ahmad dan Hj. Malik Husein adalah pemimpin PAS Pusat yang datang untuk merasmi dan menghadiri mesyuarat penubuhan PAS Sabah. Majlis telah dipenuhi dengan ceramah oleh pemimpin berkenaan serta pemilihan AJK PAS Sabah.

Dalam meminta cadangan berhubung dengan penubuhan PAS Sabah, En. Jamaluddin Ismail dari Beaufort telah bangun untuk menyokong usaha baik PAS bagi mengembangkan sayapnya ke Sabah. Cadangan Encik Jamaluddin ini telah disokong oleh Tuan Hj. Ismail Hj. Wahab.

Oleh yang demikian, maka tertubuhlah parti PAS di Sabah atas kehendak dan permintaan sebahagian besar masyarakat Islam Sabah.

Walaupun mesyuarat diadakan didalam bulan Ramadhan, namun atas kegigihan para penyokong dan ahli-ahli PAS, mereka telah dapat menghadirkan diri bagi mempastikan kejayaan penubuhan PAS Sabah.

Suasana pemilihan AJK PAS Sabah diadakan dalam keadaan baik serta teratur.Diakhir mesyuarat ini, satu sidang akhbar telah diadakan yang dihadiri oleh pemberita-pemberita dari pelbagai akhbar tempatan dan nasional.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PAS NEGERI SABAH:

Pesuruhjaya

Hamzah Hj. Abdullah

Tim. Pesuruhjaya

Ishak Shafei
  Habib Abdul Rahman Habib Alawi
  Hj. Ismail Hj. Wahab

Setiausaha

Cikgu Alias Tijad

Bendahari

(kosong)

AJK Perhubungan

Amir Kamsa (Sandakan)
  Zaaba Ismail (Kota Kinabalu)
  Hashim Abbas (Beaufort)
  Jain Bidin (Beaufort)
  Jamaluddin Ismail (Beaufort)

Ketua Dewan Pemuda

Hussain Qasau (sekadar cadangan)

MESYUARAT PERTAMA AJK BADAN PERHUBUNGAN PAS SABAH:
Mesyuarat pertama AJK PAS Sabah telah diadakan bertempat di:No.3, Flat C,Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu.
Mesyuarat bermula jam 8.00 malam pada tarikh 11.7.1986.

PENUBUHAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH:
Permohonan untuk menubuhkan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 24.9.1986. Nombor sijil pendaftaran bagi DPP Negeri Sabah ialah: PPM/SB-26/52-3319/(2).

Muktamar Penubuhan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah diadakan pada:

Tarikh 13.11.1988
Hari Ahad
Masa 4.00 p.m
Tempat Pusat Tarbiyyah Islamiah Sabah, KOTA KINABALU.

Setiausaha DPP PAS Negeri Sabah yang pertama ialah Sdra. Tri Sukma Arshad

Ustaz Abdul Hadi dan Tuan Hj. Subky adalah dua tokoh PAS yang telah menyumbang banyak tenaga dalam membimbing PAS Sabah diperingkat awal.

SUMBER : Hamzah Hj. Abdullah.


LAMAN INI DITERBIT DAN DISELENGGARAKAN OLEH
Jabatan IT PAS Negeri,
Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah
 
Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan terus kepada
pas_sabah@yahoo.com
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED, 1997-2004