Assalamu
alaikum wrt.
Apa khabar semua ?
Semoga semuanya sihat walafiat.
Laman ini telah wujud
sejak sekian lamanya iaitu seawal tahun 1997. Namun
demikian sepertimana dengan sesetengah laman web lain,
cabaran utama kami ialah memastikan laman ini sentiasa
dikemaskini bagi emmenuhi kehendak pengunjung.
Kembalinya laman web
ini diharap akan menjadi portal sehenti khususnya bagi
mereka yang ingin mendapat maklumat, ilmu dan
perkhidmatan PAS di negeri bumi bawah bayu ini.
Pendekatan kami kali
ini ialah memberi perkhidmatan terus ke komputer yang
bersifat dua hala. Walaupun ia bersifat "offline
", namun kami berusaha mewujudkan komunikasi yang
lebih dinamik, memudahkan mendapat bantuan dengan kadar
yang kami termampu.
Suka juga saya menyebut,
perkembangan PAS di Sabah amat positif sekali sejak
penubuhanya pada tahun 1986. Sambutan masyarakat
terhadap program dan aktviti PAS amat baik sekali. PAS
di bawah kepimpinan almarhum Dr Datu' Bandira telah
berjaya memecahkan tembok masyarakat dengan PAS.
Hari ini sdr/sdri boleh melihat
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sudah berada di Kinabatangan, terletak di pendalaman
Sabah. Begitu juga di Keningau, PAS dan PASTI telahpun
wujud sejak tahun 1998 lagi. Sehingga hari
ini PASTI telah mencecah bilangan 40 buah sejak
ditubuhkan pada tahun 1987.
Akhir sekali kami amat
mengalu-alukan sebarang komen, cadangan dan teguran yang
membina demi kelangsungan perjuangan Islam dan keadilan
rakyat di muka bumi ini.
Terima kasih di atas
sokongan anda.
webmaster
pas_sabah@yahoo.com
|