APA DASAR & MATLAMAT PAS
?
APA TUJUAN/MATLAMAT PERJUANGAN PAS
? Memperjuangkan wujudnya di
dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang
terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan
hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
Mempertahankan
kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
APAKAH
USAHA-USAHA PAS?
-
Menyeru umat manusia kepada syari'at Allah dan sunnah
RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan
amalan.
-
Memperjuangkan
Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta
menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan
bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman
dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di
segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran,
ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
-
Memupuk
dan memperkuatkan ukhuwwah Islamiah dan menyuburkan
rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara
kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan
berkebajikan.
-
Mengajak
dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan- pertubuhan
dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan
memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan
hidup Islam.
-
Menyediakan
rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki
susunan institusi-Institusi masyarakat, bentuk
politik dan Keadilan ekonomi dan negara, untuk
membela kepentingan rakyat seluruhnya.
[sedutan dari perlembagaan PAS]
MAMPUKAH
PAS MEMERINTAH MALAYSIA?
Gandingan
Ulama' ( orang yang takut kepada Allah) dan ahli profesional
yang ramai di dalam PAS tentunya merupakan aset yang besar
untuk PAS membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang
berkembang pesat lagi di redhai Allah.
PAS yang
bergerak atas landasan Islam, menentang segala bentuk
rasuah, tentunya akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi
yang adil kepada seluruh rakyat. Mereka yang memerlukan,
tidak mengira kaum dan agama, akan dibantu secara adil
dan saksama bukannya kepada kroni ahli-ahli politik
tertentu.
Mereka yang
telah berjaya akan terus diberi galakan. Buktinya,
bancian penduduk miskin yang dibuat oleh agensi-agensi
di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar termasuk
Risda, Kesedar dan Kemas mendapati pengurangan penduduk
miskin di Kelatan berkurang daripada 23,000 pada 1990
kepada 5000 pada 1998. ekonomi dan negara, untuk membela
kepentingan rakyat seluruhnya
PAS BUKAN PARTI PERKAUMAN Dasar perjuangan PAS ialah
Islam iaitu agama yang menjamin keadilan dan kebahagian kepada
dunia seluruhnya. Justeru itu PAS akan terus memperjuangkan
keadilan dan membenteras kezaliman kepada seluruh rakyat tanpa
mengira kaum dan agama sepertimana yang dituntut oleh Allah.
Kelantan, negeri yang di perintah oleh PAS adalah satu-satunya
negeri yang melantik penghulu daripada kalangan bukan
Melayu.
ADAKAH
PAS BENCIKAN ORANG-ORANG BUKAN ISLAM?
Islam yang menjadi dasar PAS tidak pernah
mengajar umatnya supaya bencikan orang bukan Islam. Islam
mengajar umatnya supaya menjaga kepentingan manusia
seluruhnya. Kerana itu PAS berperanan menjaga dan melindungi
orang bukan Islam serta memberikan hak-hak mereka secara adil.
PAS telah membuktikannya di Kelantan dan
Terengganu
PAS lindungi
mereka sepenuhnya, pertahankan nyawa, harta benda dan
maruah mereka, sama seperti PAS melindungi nyawa, harta
dan maruah orang Islam. Bahkan, anak isteri mereka
merasa aman dan jauh lebih selamat kerana tidak ada lagi
tempat perjudian, suami masing-masing tidak lagi berjudi
dan balik malam.
BOLEHKAH PAS BERJAYA DALAM
PERJUANGANNYA? Jawapannya BOLEH sekiranya
seluruh rakyat mengenali PAS melalui lidah PAS, bukannya
melalui propaganda daripada mana-mana media yang tidak suka
kepada PAS. Penduduk Malaysia yang berbagai kaum akan menerima
PAS apabila memahami dan mengenali
PAS CINTAKAN KEDAMAIAN PAS telah membuktikan yang
ia cintakan kedamaian dan bencikan huru hara. PAS telah 10
kali bertanding dalam pilihanraya tidak pernah menimbulkan
sebarang huru hara dan sentiasa mengikut lunas undang- undang
walaupun hanya berjaya memerintah negeri Kelantan dan
Terangganu sahaja. PAS telah berjaya memerintah Kelantan
semenjak 1990 tanpa sebarang huru hara bahkan dapat
menjalinkan hubungan yang erat daripada penduduk berbilang
kaum dan agama.
PAS TIDAK EKSTRIM
Terdapat propaganda yang mengatakan PAS sebuah parti
yang ekstrim dan PAS akan memaksa orang bukan Islam
supaya menganut Islam. PAS sebuah parti yang meletakkan
Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan, menafikan
sekeras-kerasnya kedua-dua tuduhan di atas. PAS
berpegang dengan keseluruhan arahan Allah di dalam Al-Quran
termasuk arahan : "Tidak ada paksaan
dalam agama". Maka PAS tidak akan sesekali memaksa
orang bukan Islam supaya menganut Islam. Tetapi PAS akan
berusaha memberi kefahaman Islam yang sebenar kepada orang
bukan Islam.
PAS DAN NEGARA ISLAM Konsep negara Islam telah
dimomokkan begitu buruk oleh mereka yang tidak faham Islam
samada dari golongan yang mengaku Islam ataupun dari orang
bukan Islam. Islam selain dari sudut aqidah, ia juga mempunyai
sudut kenegaraan dan politik. Untuk dunia sahaja, seseorang
tidak perlu memeluk Islam tetapi boleh menerima dasar
kenegaraan Islam yang berteraskan keadilan, persamaan,
kehormatan, belas kasihan dan keamanan.
Atas sudut
inilah PAS memperjuangkan negara Islam. Ia adalah konsep
yang universal, yang berkembang mengikut keperluan
semasa dan setempat bukannya satu doktrin yang statik.
Lebih penting lagi, mengikut konsep Islam, usaha
mewujudkan kestabilan dan memelihara kepentingan semua
kaum dan agama adalah perintah keagamaan seperti
digambarkan oleh kata-kata Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang menyakitkan hati rakyat
bukan Islam, ia sebenarnya telah menyakitkan hatiku"
PAS TIDAK MENGHALANG WANITA
BERKERJA Islam
yang menjadi dasar PAS amat memuliakan kaum wanita dan tidak
pernah menghalang wanita daripada berkerja. Lantaran itu PAS
sentiasa mengkaji untuk meningkatkan hak-hak keistimewaan kaum
wanita. Antaranya cuti bersalin 60 hari yang telah lama
dilaksanakan di Kelantan. PAS juga dalam pengkajian untuk
memendekkan waktu berkerja bagi wanita bagi meluangkan lebih
masa kepada keluarga.
AMANAT PIMPINAN PAS
Mursyidul Am PAS,
YAB Tuan Guru Dat' Nik Abd Aziz B. Nik Mat:
"Allah
AWT memberi kemudahan asasi segala infrastruktur langitnya,
buminya, mataharinya, untuk kesenangan hidup manusia. Tetapi
Tuhan tidak membiarkan manusia hidup dengan begitu sahaja
tanpa panduan daripadaNya. Oleh sebab itu Allah SWT kirim Nabi
Musa dan Nabi-Nabi yang lain termasuk Nabi Muhammad
SAW."
Bekas
Presiden PAS,
ALmarhum Dato' Hj. Fadzil b. Mohd Noor:
"Saya
mengharap pimpinan dan pendukung PAS di semua peringkat
menghayati dasar-dasar dan perjuangan kita dengan jujur
dan tabah, meletakkan keredhaan Allah SWT sebagai
matlamat terunggul dalam perjuangan kita. Adalah salah
bagi gerakan kita meletakkan harapan bahawa dengan
menyertai PAS kita akan mendapat kemewahan dunia "
MAKLUMAT PAS DALAM INTERNET
Laman Web rasmi PAS Pusat
Harakah
Daily , Harakah terbitan Internet
secara Harian.
|