Make your own free website on Tripod.com

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
Memartabatkan Kedaulatan Rakyat

 

laman utama

pengenalan 
pucuk pimpinan 
direktori 
jadi ahli  
jadi sukarelawan 
bantulah kami 
hubungi kami 
kenali PAS 
sejarah pas sabah 
asas dan sejarah 
perjuangan 
kenali sabah 
kerajaaan negeri
melancong 
maklumat lslam (JHEAINS)

Q & A 

memahami dan  mengenali  perjuangan PAS  

bagaimana saya  boleh menjadi ahli 

negara islam 

e-berita 

     

utama > memahami & mengenali perjuangan PAS

APA DASAR & MATLAMAT PAS ?

  • Dasar PAS ialah Islam

  • Seruan PAS adalah ALLAHU AKBAR

  • Hukum tertinggi dalam perjuangan PAS ialah KITABULLAH (AL-Quran) dan SUNNAH RASUL serta IJMAK' ULAMA dan QIAS yang terang dan nyata

APA TUJUAN/MATLAMAT PERJUANGAN PAS ?
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

APAKAH USAHA-USAHA PAS?

  • Menyeru umat manusia kepada syari'at Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

  • Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

  • Memupuk dan memperkuatkan ukhuwwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

  • Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan- pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

  • Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan institusi-Institusi masyarakat, bentuk politik dan Keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan rakyat seluruhnya.
    [sedutan dari perlembagaan PAS]

MAMPUKAH PAS MEMERINTAH MALAYSIA?
Gandingan Ulama' ( orang yang takut kepada Allah) dan ahli profesional yang ramai di dalam PAS tentunya merupakan aset yang besar untuk PAS membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berkembang pesat lagi di redhai Allah.

PAS yang bergerak atas landasan Islam, menentang segala bentuk rasuah, tentunya akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang adil kepada seluruh rakyat. Mereka yang memerlukan, tidak mengira kaum dan agama, akan dibantu secara adil dan saksama bukannya kepada kroni ahli-ahli politik tertentu.

Mereka yang telah berjaya akan terus diberi galakan. Buktinya, bancian penduduk miskin yang dibuat oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar termasuk Risda, Kesedar dan Kemas mendapati pengurangan penduduk miskin di Kelatan berkurang daripada 23,000 pada 1990 kepada 5000 pada 1998. ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan rakyat seluruhnya

PAS BUKAN PARTI PERKAUMAN
Dasar perjuangan PAS ialah Islam iaitu agama yang menjamin keadilan dan kebahagian kepada dunia seluruhnya. Justeru itu PAS akan terus memperjuangkan keadilan dan membenteras kezaliman kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama sepertimana yang dituntut oleh Allah. Kelantan, negeri yang di perintah oleh PAS adalah satu-satunya negeri yang melantik penghulu daripada kalangan bukan Melayu.

ADAKAH PAS BENCIKAN ORANG-ORANG BUKAN ISLAM?
Islam yang menjadi dasar PAS tidak pernah mengajar umatnya supaya bencikan orang bukan Islam. Islam mengajar umatnya supaya menjaga kepentingan manusia seluruhnya. Kerana itu PAS berperanan menjaga dan melindungi orang bukan Islam serta memberikan hak-hak mereka secara adil. PAS telah membuktikannya di Kelantan dan Terengganu

PAS lindungi mereka sepenuhnya, pertahankan nyawa, harta benda dan maruah mereka, sama seperti PAS melindungi nyawa, harta dan maruah orang Islam. Bahkan, anak isteri mereka merasa aman dan jauh lebih selamat kerana tidak ada lagi tempat perjudian, suami masing-masing tidak lagi berjudi dan balik malam.

BOLEHKAH PAS BERJAYA DALAM PERJUANGANNYA?
Jawapannya BOLEH sekiranya seluruh rakyat mengenali PAS melalui lidah PAS, bukannya melalui propaganda daripada mana-mana media yang tidak suka kepada PAS. Penduduk Malaysia yang berbagai kaum akan menerima PAS apabila memahami dan mengenali

PAS CINTAKAN KEDAMAIAN
PAS telah membuktikan yang ia cintakan kedamaian dan bencikan huru hara. PAS telah 10 kali bertanding dalam pilihanraya tidak pernah menimbulkan sebarang huru hara dan sentiasa mengikut lunas undang- undang walaupun hanya berjaya memerintah negeri Kelantan dan Terangganu sahaja. PAS telah berjaya memerintah Kelantan semenjak 1990 tanpa sebarang huru hara bahkan dapat menjalinkan hubungan yang erat daripada penduduk berbilang kaum dan agama.

PAS TIDAK EKSTRIM
Terdapat propaganda yang mengatakan PAS sebuah parti yang ekstrim dan PAS akan memaksa orang bukan Islam supaya menganut Islam. PAS sebuah parti yang meletakkan Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan, menafikan sekeras-kerasnya kedua-dua tuduhan di atas. PAS berpegang dengan keseluruhan arahan Allah di dalam Al-Quran termasuk arahan : "Tidak ada paksaan dalam agama". Maka PAS tidak akan sesekali memaksa orang bukan Islam supaya menganut Islam. Tetapi PAS akan berusaha memberi kefahaman Islam yang sebenar kepada orang bukan Islam.

PAS DAN NEGARA ISLAM
Konsep negara Islam telah dimomokkan begitu buruk oleh mereka yang tidak faham Islam samada dari golongan yang mengaku Islam ataupun dari orang bukan Islam. Islam selain dari sudut aqidah, ia juga mempunyai sudut kenegaraan dan politik. Untuk dunia sahaja, seseorang tidak perlu memeluk Islam tetapi boleh menerima dasar kenegaraan Islam yang berteraskan keadilan, persamaan, kehormatan, belas kasihan dan keamanan.

Atas sudut inilah PAS memperjuangkan negara Islam. Ia adalah konsep yang universal, yang berkembang mengikut keperluan semasa dan setempat bukannya satu doktrin yang statik. Lebih penting lagi, mengikut konsep Islam, usaha mewujudkan kestabilan dan memelihara kepentingan semua kaum dan agama adalah perintah keagamaan seperti digambarkan oleh kata-kata Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menyakitkan hati rakyat bukan Islam, ia sebenarnya telah menyakitkan hatiku"

PAS TIDAK MENGHALANG WANITA BERKERJA
Islam yang menjadi dasar PAS amat memuliakan kaum wanita dan tidak pernah menghalang wanita daripada berkerja. Lantaran itu PAS sentiasa mengkaji untuk meningkatkan hak-hak keistimewaan kaum wanita. Antaranya cuti bersalin 60 hari yang telah lama dilaksanakan di Kelantan. PAS juga dalam pengkajian untuk memendekkan waktu berkerja bagi wanita bagi meluangkan lebih masa kepada keluarga.

AMANAT PIMPINAN PAS
Mursyidul Am PAS,
YAB Tuan Guru Dat' Nik Abd Aziz B. Nik Mat:
"Allah AWT memberi kemudahan asasi segala infrastruktur langitnya, buminya, mataharinya, untuk kesenangan hidup manusia. Tetapi Tuhan tidak membiarkan manusia hidup dengan begitu sahaja tanpa panduan daripadaNya. Oleh sebab itu Allah SWT kirim Nabi Musa dan Nabi-Nabi yang lain termasuk Nabi Muhammad SAW."

Bekas Presiden PAS,
ALmarhum Dato' Hj. Fadzil b. Mohd Noor:
"Saya mengharap pimpinan dan pendukung PAS di semua peringkat menghayati dasar-dasar dan perjuangan kita dengan jujur dan tabah, meletakkan keredhaan Allah SWT sebagai matlamat terunggul dalam perjuangan kita. Adalah salah bagi gerakan kita meletakkan harapan bahawa dengan menyertai PAS kita akan mendapat kemewahan dunia "

 

MAKLUMAT PAS DALAM INTERNET
Laman Web rasmi PAS Pusat
Harakah Daily , Harakah terbitan Internet secara Harian.

 


LAMAN INI DITERBIT DAN DISELENGGARAKAN OLEH
Jabatan IT PAS Negeri,
Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah
 
Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan terus kepada
pas_sabah@yahoo.com
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED, 1997-2004