|
Dapatkan
waktu Solat di http://www.solat.net/


LIKAS
BY ELECTION
N13 LIKAS-SABAH
|
|
1999 N13
ELECTION RESULT |
1. Saujin
Bin Kadir (Ind) |
100
|
2.
Datuk Yong Teck Lee (BN-SAPP) |
9,110
|
3.
Gamparoh Lajah (Setia) |
318
|
4. Yahya
Kassim (PAS) |
200
|
5. Datuk
Harris Mohd. Salleh (BERSEKUTU) |
3,576
|
6. Chong
Eng Leong (PBS) |
4,146
|
|
|
Majority |
4,962
|
Turnout |
17,717
|
Spoilt
Votes |
265
|
Percentage |
68.25% |
|
|
DARI
MARKAZ BESAR MTD N13 LIKAS
|
Alamat
|
PASTI Amal. Jalan
Pasir, Kg. Likas, Kota Kinabalu (100M
dari Masjid Kg Likas) |
e-mail
|
dpptgaru@hotmail.com |
Tel/fax
|
088-437440 |
Akaun
Bank
|
9010019540 (BIMB Wisma
MUIS) |
Peta
DUN Likas
|
Sila lihat |
Pengumuman
|
Akan dimaklumkan
kemudian |
Link
|
|
|
PAS
arahkan penyokongnya sokong calon Keadilan
LIKAS, 13
Julai (Hrkh) - PAS Sabah hari ini menyeru semua umat
Islam dan para penyokong PAS di kawasan Likas memberikan
sokongan sepenuhnya kepada calon parti Keadilan,
Christina Liew Chin Jin dalam pilihan raya kecil Likas 21
Julai ini.
Pesuruhjayanya,
Dr Datu Bandira bin Datu Alang berkata,
sokongan penuh PAS Sabah kepada Keadilan adalah tanda
setiakawan PAS terhadap calon Barisan Alternatif (BA).
"Undi
kita untuk Christina bukan untuk beliau secara peribadi
tetapi untuk perjuangan BA secara keseluruhannya,"
kata Datu Bandira kepada Harakah.
Datu
Bandira telah dilantik menjadi Pesuruhajaya baru PAS
Sabah menggantikan Haji Muhamad Abdullah.
Malam tadi,
Datu Bandira bersama dengan Setiausaha Perhubungan
PAS Sabah, Ustaz Wan Azhar Wan Wan Ahmad telah mengadakan
mesyuarat khas dengan Pengarah Pilihan Raya Keadilan
Likas, Azmin Ali.
Mereka telah
membincangkan strategi bersama bagi memenangkan calon BA,
Christina Liew dalam pilihan raya kecil Likas ini.
"Langkah
BA meletakkan hanya calon dari Keadilan membuktikan
percubaan sesetengah pihak untuk melagakan calon-calon
dalam BA tidak termakan," kata Datu Bandira.
Dalam pilihan
raya ini, calon Keadilan akan berdepan dengan Dato
Yong Teck Lee dari BN, Dr Chong Eng Leong dari PBS dan
seorang calon bebas, Joshua Kong.
Semalam,
hampir 1,000 orang mengiringi calon BA menyerahkan borang
pencalonannya di Dewan Maksak. Likas. Presiden Keadilan,
Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail memimpin perarakan itu.
Turut serta
adalah Pengerusi Keadilan Sabah, Datin Saidatul Badru Tun
Said Keruak dan Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan, Wan
Abdul Rahim Wan Abdullah.
Pilihan raya
lepas yang dimenangi oleh Dato Yong Teck Lee telah
diisytiharkan sebagai tidak sah oleh Hakim Mahkamah
Pilihan Raya Sabah, Dato Mohamad Kamil Awang.
Dalam pilihan
raya tersebut, Dato Yong telah memenangi pilihan
raya itu dengan majority 4,962 undi.
LIKAS
"BN Vs. BA"
15 Julai 2001
Likas kini sedang berpesta,
Lunas buktikan siapa pendusta,
Likas pun panas dek caci nesta,
Lunas dah terlepas satu skesta.
15 Julai 2001
Likas menjadi si medan perang,
Lunas membuat PM mengerang,
Likas nak tunjuk siapa pejuang,
Lunas dah buktikan siapa "BerUang".
16 jULAI 2001
Likas janjikan pertandingan sengit,
Lunas dah buat PM menggigit,
Likas kini bermandikan ringgit?,
Lunas mengajar Likas pun bangkit.
16 Julai 2001
Likas dikenal dek HANTU yang bangkit,
Lunas pun begitu kalau diungkit,
Likas dibantu PTI terjungkit,
Lunas punya badi bukannya sedikit.
17 Julai 2001
Bukan mencaci bukan memfitnah,
Nak sorok mana barah bernanah,
Biarpun BN janjikan tanah,
Anggaplah mereka bakal memamah.
17 Julai 2001
Biar berjuta janji ditabur,
Nak lihat rakyat yang mata kabur,
Berlagak sombong bersifat takbur,
Anggaplah mereka dah lupa kubur.
18 Julai 2001
Bukanlah kita nak buat cerita,
Nak sokong penipu kita derita,
Betul ker tipu "Warta Berita"?,
Anggaplah mereka dah sediakan kereta.
18 Julai 2001
Bukannya pelik HANTU mengundi,
Nak pastikan PTI turut berjudi,
Bas dah sedia sudi tak sudi,
Anggaplah mereka dah tabur budi.
19 Julai 2001
Bila rakyat semua dah tahu,
Nak kata apa? memang penipu!,
Bertanding semula! tak tahu malu,
Anggaplah mereka dah "kalah malu".
19 Julai 2001
Biar dah tahu nak pangkah lagi?,
Nak buat apa! "hanya taik gigi"!,
Bila menang meraka yang ber"BAHAGI",
Anggaplah mereka tak mahu rugi.
20 Julai 2001
Bila memangkah pastikan yang ADIL,
Nak memastikan calon yang aidil,
Buat apa pangkah yang KUDIL!,
Anggaplah mereka dah sedia bedil.
20 Julai 2001
Bukan sedikit kita dah ditipu,
Nak lunaskan hutang sampai kecucu,
Buatlah keputusan tanpa mengampu,
Anggaplah mereka dah gagal memacu.
Sekian Terima(lah)
Kasih,
Oleh:
Azhari(s)
Kota Kinabalu.
|
|
Dikemaskini
15 July 2001
Laman web PAS Sabah
akan diterbitkan sebulan sekali. Namun demikian ianya
akan dikemaskini dari masa kesemasa. -webmaster
PAS
SABAH ONLINE
|
- Ingin jadi ahli PAS ?
- Memahami dan
mengenali perjuangan
PAS
- Aduan
MASALAH ?
- Kemusykilan
Agama ?
|
Mat-Salleh
e-groups
|
E-mail
terus ke pas_sabah@yahoo.com
|
|